|
Assalamualaikum Sdr Anuar,
w'salam dari Anuar
UMNO Menghadapi Akhir Hayatnya?
Bersama-sama ini saya kemukakan jawapan dan saranan saya kepada
Sdri Zai Z di laman web Prowaris sepertimana yang diminta
beliau, katanya untuk dikemukan kepada kedua-dua
pemimimpin kita yang sedang "bertelagah", iaitu YAB Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mantan
Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saranan-saranan saya itu adalah merupakan usus-usul ringkas
kepada penyusunan semula UMNO jika didapati perlu, yang
mana tidak semestinya tepat dan sempurna, dan ada hubungannya
dengan mail terkini saya kepada Sdr mengenai "UMNO Menghadapi
Akhir Hayatnya?" ini.
Itupun kalau saranan-saranan ini boleh diterima pakai. Kalau
tidak marilah kita fikirkan bersama.
Akhir sekali, barang diingat, sekiranya UMNO "terkubur", bukan
saja orang Melayu/Bumiputra akan tinggal nama saja, dan
merempat di negara sendiri. menjadi Melayu kelas Kedua,
sepertimana yang berlaku dengan Melayu Singapura, malah kuasa
sultan dan raja-raja pun mungkin akan terjejas, terhapus,
dan "terkubur" juga.
Kalau tidak pun mungkin dijadikan boneka, tanpa sebarang kuasa,
sama ada terhadap agama atau pun adat resam orang-orang
Melayu, sepertimana yang ada pada raja-raja kita hari ini..
Bahawa kita juga diingatkan, tanpa sokongnan padu duli-duli yang
maha mulia ini, penentangan kita terhadap Malayan Union
dulu mungkin akan gagal.
UMNO dan raja-rajalah yang telah menyelamatkan kita dan
menjadikan kita bebas dan merdeka, walaupun peranan
komponon parti-parti lain ke arah itu tidak boleh dinafikan,
tetapi tidaklah begitu signifiken sangat.
British sebenarnya memberikan lebih perhatian kepada "suara" dan
"reaksi" raja-raja kita daripada rakyat, kerana semua
perjanjian mereka kepada negeri-negeri di Tanah Melayu ini
adalah secara langsung dengan duli-duli yang mulia kita itu.
Dari segi undang-undang, saya kira, sebagai rakyat kita terpaksa
mengikut saja, walaupun peranam kita semua yang menuntut
kemerdekaan perlu diberikan "perhatian" oleh British.
Dari itu marilah kita bersama-sama melindungi raja-raja kita,
memperkukuhkan UMNO, dan menjunjung kedaulatan negara,
satu-satunya tanah kepunyaan orang Melayu di dunia ini; sekali
gus mempertahankan hak kita sebagai tuanpunya negara ini.
Perang sekarang tidak perlu menggunakan senjata-senjata canggih.
Senjata yang paling berkesan ialah menerusi "penaklukan
kuasa ekonomi" dan penghakisan budaya ibunda, dengan cara
halus tanpa kita sedari.
Satu cara lagi ialah dengan "melabelkan" kita sebagai "pengganas"
atau "terrorists."
Maka itu kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada angkara
anasir-anasir luar ini, yang memang tidak akan puas hati
selagi kita tidak mengikut telunjuk dan cara hiduip mereka,
sepertimana yang terkandung di dalam ingatan yang diberi oleh
Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 120 itu.
Mudah-mudahan Allah SWT menyebelahi kita semua. Insya Allah.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Uncle M
|