BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: mdamha@yahoo.com

From_Name: mansal damha

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum Sdr Anuar,

"UMNO Menghadapi Akhir Hayatnya?"

Terima kasih kerana telah menyiarkan komen saya berjodol "Mati UMNO, Mati Melayu."

Di dalam ulasan itu saya ada menyebutkan, sekiranya UMNO perlu di susun semula, atau di "reform", saya cuba memberikan beberapa saranan mengenainya (kalau masuk akal,boleh digunakan, gunakanlah).

Sebelum itu, pada hemat saya, sekiranya UMNO "terkubur", bukan saja  Melayu akan ikut sama "terkubur" atau dikesampingkan, merempat di negara  sendiri, menjadi rakyat klas kedua, sepertimana yang berlaku dengan Melayu Singapura, malah sulatan dan raja-raja Melayu juga akan ikut mungkin akan terjejas, terhapus, dan "terkubur" juga. (Nauzubillah minzalik).

Kalau tidakpun mungkin raja-raja kita akan dijadikan boneka, tanpa sebarang kuasa sama ada dari segi agama, mahupun adat resam Melayu, sepertimana yang ada pada mereka sekarang.

Kita juga diingatkan, bahawa tanpa sokongan padu dulu-duli yang maha mulia raja-raja kita ini, penentangan kita terhadap Malayan Union tidak mungkin akan berjaya.

UMNO dan raja-rajalah yang telah meneyelamatkan kita dan menjadikan kita bebas merdeka, walaupun peranan komponon parti-parti lain ke arah itu tidak boleh dinafikan, tetapi ia tidaklah begitu signifien sangat.

British, sebenarnya memberikan lebih perhatian kepada "suara" dan "reaksi" raja-raja kita, daripada memberikannya kepada rakyat; kerana semua perjanjian mereka kepada negeri-negeri di Tanah Melayu ini adalah secara langsung dengan duli-duli yang mulia itu.

Dari segi undang-undang, saya kira, sebagai rakyat, kita hanya akan mengikut saja segala keputusan yang dibuat oleh mereka, walaupun pernana kita semua yang menuntutu kemerdekaan perlu diberkan "perhatian" oleh British.

Dari itu, marilah kita bersama-sama melindungi raja-raja kita, memperkukuh dan menjunjung kjedaulatan negara, satu-satunya tanah kepunyaan Melayu di dunia ini, sekali gus mempertahankan hak kita sebagai tuan punya negara ini.

Perang sekarang tidak perlu menggunakan senjata-senjata canggih saja. Senjata yang paling berkesan ialah menerusi "penaklukan kuasa ekonomi" dan "penghakisan budaya" dengan meleka dan mengkhayalkan kita menerusi media mereka, khususnya filem-filem dan tv mereka, dadah dan sebagainya (yang sekarang kita sendiri menirunya) secara halus tanpa kita menyedarinya.

Satu lagi ialah dengan "melabelkan" kita sebagai "terrorists" (pengganas. Walhal merekalah "Bapak" pengganas.

Inilah agenda mereka sepertiman yang diingatkan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 120: Bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan senang selagi kita tidak mengikuti cara hidup mereka.

Sehubungan dengan ini, berikut ialah saranan-saanan saya sekiranya kita  hendak mendaulat dan memertabatkan Melayu/Bumiputra di neagara bertuah  ini, dan memerintah mengikut acuan Melayu-Islam Beraja.

Pertama, kita, UMNO hendaklah kembali ke pangkal jalan - betul-betul dan  benar-benar memperjuangkan bangsa,(khususnya rakyat terpingir dengan  sama rata, bukan dengan memilih bulu) agama dan negara.

Kedua, Kerajaan hendaklah mempastikan bahawa pemerintahan negara  berasaskan kepada perlembagaan negara, dan perjanjian sosial yang telah  termetrai diantara kita, orang-orang Melayu dan raja-rajanya, serta  mereka yang sanggup menerima negara ini sebagai negara mereka.

Semua hendaklah patuh kepada keluhuran perlembagaan tersebut dan  ke-empat-empat prinsip Rukun Negara yang lain, bukan saja dari segi  perkataan, tetapi yang penting dari segi amalannya.

Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, nampaknya UMNO (Kerajaan)  mungkin perlu dirombak semula atau di reform mengikut acuan yang kita  kehendaki.

Perembokan semula sistem-sistem pemerintahan ini mungkin perlu dilakukan  dari hampir semua bidang, seperti berikut:

Pelajaran

Perlunya dipiawaikan sema karikulum, bahan-bahan pengajaran dan  pendidikan tenaga pengajar tadika-tadika di negara ini, bersesuain  dengan kehendak aspirasi negara dan dasar-dasar pelajaran negara.

Yang akan dikecualikan ialah hanya tadika-tadikan kelolaan misi atau  diplomat-diplomat asing.

Kini terdapat banyak tadika seperti banyaknya sekolah, maktab dan  universiti yang juga mempunyai beranika kurikulumnyua, yang tidak  mengikut dan tidak sesuai dengan aspirasi negara.

Ini tidak membantu dalam membentuk dan mengacuankan rakyat kita ke dalam  sebuah masyuarakat yang ketaatannya dan rasa kecintaannya kepada negara  tertumpu kepada negara.

Keadaan menjadi lebih menggusarkan lagi apabila terdapat sekolah-sekolah  jenis kebangsaan kita gagal menarik minat rakyat kita sendiri menghantar  anak-anak mereka ke sekolah-sekolah tersebut.

Kita maklum bahawa daripada beberapa kajian kaedah yang paling berjaya  untuk menanam benih-benih ilmu pengetahuan ialah di peringkat awal  pertumbuhan kanak-kanak yang berumur diantara tiga hingga enam tahun.

Inilah yang telah dan terus dilakukan oleh negara-negara maju seperti Israel, Jerman, Jepun, China, Korea, Singapura, dan lain.

Mereka mempunyai pendekatan-pendekatan tertentu untuk mempastikan rasa  cintakan tanahair yang tidak berbelah bagi dipupuk dengan berkesan.

Kita tidak memerlukan tadika-tadika, sekolah-sekolah, maktab-maktab atau  universiti yang berkurikulum jauh menyimpang daripada aspirasi dan dasar  pelajaran negara.

Kita juga tidak memerlukan guru-guru yang tidak terlatih dengan baik,  bahan-bahan pelajaran dan keadah pengajaran yang boleh menjejaskan  perpaduan negara.

Dasar piawaian pendidikan ini hendaklah dikenakan kepada semua jenis  pendidikan.

Ekonomi

Malaysia hendaklah melihat secara sirius terhadap kedudukan tanah-ranah  reserve Melayu dan wakaf.

Kedua-dua bidang ini kalau digunakan dengan betul boleh menjana modal  kepada peningkatan kita orang Melayu dan Bumiputra.

Wakaf telah digunakan oleh orang Kristian untuk tujuan-tujuan tersebut.

Pakar-pakar untuk mengutara dan mencadangkan kegunaan kedua-dua sumber  yang tidak kita eksploitasi itu ada untuk mengemukakan pandangan mereka  bagi kita memikirkan bersama.

Media

Dengan wujudnya rancangan "penghakisan budya" yang dilakukan begitu luas  oleh Barat (untuk mempastikan kita mengikut cara hdiup mereka dan mereka  tidak akan senang hati sekiranya gagal), satu cara mengurus program  media elektronik dan percetakan kita hendaklah dicari. Jika perlu satu  dasar media negara yang dipantau selia dengan rapi, hendaklah  diwujudkan.

Rancangan-rancangan yang boleh merosakan moral dan cara hidup kita  sebagai seorang Melayu-Islam hendaklah dilihat secara serius.

Media atau stesyen-stesyen tv yang didapati melanggar peraturan yang  ditetapkan hendaklah dikenakan hukuman setimpal; kalau perlu ditarik  lesen penyiaran/penerbitannya, demi mempastikan matlamat mengwujudkan  masyarakat berbudaya dan bertradisikan Melayu-Islam wujud di negara ini.

Kita maklum media dunia bukan saja dikawal oleh Barat, khususnya Yahudi,  ia juga berpihak kepada mereka.

Sedikit demi sedikit suntikan budaya mereka sehari demi sehari, tanpa  disedari, akan menjadikan kita "sebahagian" daripada mereka!

Kita terlalu sebuk untuk menyara hidup, mencari nafkah di dalam dunia  yang serba bersaing ini, bersaing sengit mencari kebendaan, untuk  memikirkan apa yang akan berlaku kepada kita, khususnya sebagai orang  Melayu/Bumiputra Islam.

Kita bukan saja menerima hempitan daripada media, tetapi juga daripada  daripada orang bukan Islam untuk mengheret kita ke jalan mereka, kalau  tidakpun, cuba menghakir kepercayaan kita.

Dalam hal media ini, kita hendaklah memberi perhatian khusus kepada  Astro, TV3, TV7, dan mungkin juga TV2.

Semua program mereka hendaklah dipantau dan ditapis secara terperinci  yang mungkin, untuk mempastikan segala unsur yang bertentangan dan tidak  diingini dengan aspirasi kita hendaklah dikurangkan, kalau tidakpun  diharamkan.

Kehakiman

Kedudukan kehakiman kita yang terdapat sekarang, iaitu wujudnya  mahkamah-mahkamah common law, dan mahkamah-mahkamah syariah, hendaklah  dikekalkan.

Jangan ada kompromi atau tolak ansur akan kewujudan mereka dari segi  apapun.

Bagaimanapun, masih banyak lagi perlu dilakukan dari segi pentadbiran  keadilan, khususnya yang melibatkan rasuah dan penyalahgunaan
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762