BALIK KE MUKA UTAMA

 

lain - lain komen mengenai tajuk : INI HANYA MEMBUKA PEKUNG KEPIMPINAN

http://arahkita.blogspot.com/2006/11/ini-hanya-membuka-pekung-kepimpinan.html
 

Anonymous said...
Assalamualaikum Sdr Anuar,

Saya pernah memetik kata-kaa bijak bistari di halaman ini dulu, iaitu: "Kita boleh membohongi sesetengah manusia pada suatu masa, tetapi tidak boleh melakukannya kepada semua manusia setiap masa," kerana akhirnya pembohongan itu akan terbongkar.

Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Juga, dalam dunia kebendaan yang beteraskan kepada sistem-sistem sekularism ini, kerakusan menjadi norma dan naluri semulajadi manusia - pergi jahanam kepada peraturan dan kemanusiaan.

Sangking tidak mahu menjadi seperti "hinanya besi kerana karatnya, dan hina manusia kerana tidak berharta" inilah menyebabkan mereka tidak tahu di mana garis perpisahan diantara "kerakusan" dan "kesedrhanaan."

Naluri manusia memang cenderung kepada "kerakusan." Dah dapat banyak hendak lebih banyak lagi. Mereka sentiasa berasa tidak cukup; sentiasa berasa kurang. Akhirnya batasan-batasan undang-undang, peraturan, mahupun kemanusiaan tidak lagi menjadi keutamaan dan sempadan pemisahan perilaku mereka.

Saya tidak mengatakan bahawa manusia tidak dan jangan merebut keduniaan dan kebendaan.

Soalnya: Tahu atau sedarkah kita di mana letaknya "keserhanaan" sepertimana yang dituntut dalam Islam kepada umatnya itu?

Inilah delima kehidupan seseorang insan yang bernama manusia itu.

Juga, sepertimana yang sering saya katakan di sini, bahawa sesuatu perkara berlaku mestilah berpunca.
Punca atau punca-punca itulah yang menyebabkan akibat-akibatnya.

Sekiranya kita terus menerus membincangkan akibat-akibat tersebut tanpa mencari dan membetulkan punca-puncanya, selagi itulah kita tidak akan dapat menghuraikan segala permasalahan yang kita hadapi.

Di sini kita ada dua pilihan: Satu terus ikut sistem-sistem pemerintahan yang akan terus menerus akan melahirkan manusia-manusia durjana, atau sistem-sistem yang akan melahirkan insan yang mulia?

Adakah, misalnya, kita hendak membenarkan media menentukan kehidupan kita? Adakah kita hendak membenarkan sistem pendidikan kita melahirkan manusia yang tidak dapat berfikir dan tidak kritikal? Adakah kita mahu biarkan kepincangan ekonomi diantara kaum, bandar dan desa, dll menghantui kita? Adakah kitan hendak mengekalkan sistem kehakiman kita lebih berpihak kepada mereka yang "berada" daripada mereka yang "tidak/kurang berada?"

Sistem-sistem permerintah secara sekularism yang menekankan kepada kebendaan inilah melahirkan ramaii manusia berkepincangan hari ini.

Kerana manusia rata-rata dari segi semulajadinya adalah merupakan mereka yang pada asasnya "pak turut" dan "uncritically imitative", sukakan hiburan, berpeleseran, sesuatu yang mudah dan tidak memberatkan fikirannya. Dan inilah yang dieksploitasi oleh sistem media sekularisme itu.


Justeru, tepuklah dada dan tanya selera!

Mengikut pilihan pertama, yang ramai dianuti dunia sekarang, iaitu ialah sistem demokrasi.

Demokrasi pula ada bermacam-macam jenis: demokrasi liberal, demokrasi terpimpin, demokrasi otokrasi, dan sebagainya. Semuanya ini adalah tertakluk kepada "darjah" atau "degree of" kedemokrsiannya.

Tetapi, justru manusia itu manusia, (tidak sempurna), apa juga sistem pemerintahan yang dianutinya tidak dapat memuaskan hati mereka.

Manusia cuba bercakap tentang keadilan, kesamarataan, kesaksamaan; malah perkataan demokrasi itu sendiri, adalah merupakan sesuatu yang mudah diucapkan, tetapi tidak mudah diamalkan.

Pekung yang terdedah dan didedahkan bersabit dengan pemimpin dan mantan pemimpin negara kita hari ini adalah hasil daripada sistem demokrasi dan betapa tidak sempurnanya kita sebagai manusia.

Demokrasi liberal atau setengah bebas membolehkan kita bersuara meluahkan pendpat yang rata-rata boleh dikatakan subjektif. Dalam istilah ekonominya ialah citrus paribus (kalau sesuatu keadaan itu kekal saksama) barulah sesuatu yang diperkatakan itu dapat dicapi.

Justru inilah juga maka kita sebagai manusia diperlukan mengakui wujudnya fitrah alam; fitrah kekuasaan yang berada di luar kemampuan kita mengatasinya. Iaitu fitrah yang ditentukan oleh Pencipta kita, Allah SWT yang maha agong.

Bila manusia mula mengikut sesuatu sistem yang menidak atau memmikirkan wujudnya sesuatu kuasa yang lebih berkuasa daripadanya, maka itulah akan timbul kepincangan hidup mereka.

Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang, tetapi DIA, Allah SWTlah yang akan menentukan segala pada akhir-akhirnya.

Pendedahan pekung kepimpinan sepertimana yang dikatakan itu adalah amalam demokrasi ala Barat/Malaysia kita. Ini tidak dapat tiada akan berlaku dalam sesebuah negara yang mengamalkannya (bergantung kepada darjah kedemokrasian yang diamalkan).

Persoalannya, sama ada pendedahan itu "baik" atau "tidak" (yang juga merupakan sesuatu yang subjektif) pada kita sebagai orng Melayu, khususnya sebagai pemimpin negara?

Baiknya, rakyat semua akan tahu kepincangan yang berlaku dan dilakukan oleh para pemimpin tersebut, dengan itu kita boleh menilai dan cari jalan untuk cuba membaikinya.

Tidak baiknya, bilamana ia melibatkan para pemimpin negara yang diharapkan dapat membela kepentingan ramai tetapi telah menghampakan mereka, dan rakyat tidak dapat mengecapi nikmat yang diharapkan. Terutama sekali bilaman hanya segelintir manusia (Melayu) tertentu sahaja yang menikmatinya

Manusia mengharapkan kesejahteraan seimbang semungkinya, yang boleh dikecapi oleh seluruh rakyat, khususnya penduduk desa yang ramai menjadi para penyokong para pemimpin itu.

Bilamana segeliinter manusia pilihan yang menikmati kekayaan negara, maka permasalahan mulalah timbul. Mereka tidak lagi dapat melihat demokrasi sebagai suatu instrumen pemerintahan yang "adil", yang dapat membela nasib mereka.

Ambil contoh negara Brunei umpamanya. Sebauh negara yang diperintah oleh seorang Sultan yang telah berjaya mengagih-gihkan kekayaan negaranya hampir ke selurh negara. Ia mengamalkan demokrasi yang berteraskan Islam beraja.

Kehegemonian rakyatnya membolehkannya melaksanakannya dengan lebih mudah, berbanding dengan keadaan kehetrogenian penduduk Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya ini.

Begitu juga dengan Singapura. Majoriti penduduk terdiri daripada kaum China boleh menguasai kepelbagain penduduk yang minoriti. Sama seperti negara-negara lain.

Malaysia adalah unik. Nisbah penduduknya hampir sama. Britain yang mempunyai rakyat majmuk yang majoritiny terdiri daripada orang Inggeris, menghadapi masalah memerintahnya, walaupun ia merupakan sebuah negara demokratik liberal.

Malah Britiain ingin belajar daripada Malaysia bagaimana hendak mentadbir sebuah negara majmuk seperti negaranya.

Hakikat Malaysia telah mampu dapat mengagih-agihkan kekayaannya hampir sama rata, (walaupun ramai yang merungut mengatakan bukan demikian keadaannya - disebabkan wujudnya keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu), adalah merupakan sesuatu yang harus disyukuri semua.

Apa yang nyata, apa juga corak/ sistem pemerintahan yang dianuti sesebuah negara, tidak dapat memberikan kepusan sepenuhnya kepada semua, selagi manusia itu tetap sebagai manusia dengan serba kekurnganya.

Manusia hanya mampu melakukan sedayaupaya untuk "mensejahterkan" rakyatnya seramai mungkin.

Akhir sekali, sebagai imbasan kembali, bahawa kalau tidak silap saya, ProWarislah yang telah menyarankan supaya keuda-dua pemimpin negara kita itu bertemu, dengan syarat mempunyai seorang tengah untuk memandu/menjadi saksi, kalau perlu, tentang apa yang berlaku di pertemuan tersebut, sekiranya timbul sebarang masalah kemudian.

Di samping itu, sebagai orang tengah dia juga boleh menetapkan "peraturan-peraturan" yang perlu dipatuhi kedua-dua pihak tentang perjalanan pertemuan tersebut, bagi mepastikan kelicinannya.

Tidaklah akan timbul nanti sebarang "kritikan" dan rasa "tidak puashati" (sepertimana yang berlaku baru-baru ini) daripada pihak-pihak tertentu hasil pertemuan tersebut.

Dalam amalan demokrasi, tiap-tiap warga tidak harus dihalang atau disekat menyatakan apa yang perlu dan ingin dinyatakanya.

Kenyataan-kenyataan tersebut hendaklah dijawab, kalaupun tidak di masa pertemuan tersebut, tetapi secepat mungkin selepasnya untuk mengelakan sebarang kemungkinan spekulasi yang tidak diingini.

Sekian, wallahu'alam.

mansal damha

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762