BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

From: user@FormMail.To
Reply-To: "mdamha" <mdamha@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com

Date: Thu 09/21/06 07:21 PM

Assalamualaikum Sdr Editor,

"Kepada Mereka yang Berkenaan"

Kata pepatah lama: "Jung pecah, jerung yang kenyang."

Di sarankan bermesyurah tidak dihiraukan. Segala-gala nampaknya telah terbungkar. Mereka yang bertelagah ingin menegakkan benang basah, akhirnya telah mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya.

Apa yang dapat disimpulkan ialah seperti kata bijak bistari, nampaknya "harapkan pagar, pagar makan padi."

Inilah akibatnya bila tiada yang sanggup mengalah bila kepentingan segelintir di utamakan, kepentingan ramai diabaikan atau kurang diberikan perhatian yang sewajarnya.

Yang berkedudukan dan berpendapatan besar mana dapat merasakan rakyat biasa menghadapi dengan masalah kenaikan harga beberapa barangan dan perkhidmatan. Mungkin mereka pernah merasa, tetapi sekarang tidak "terasa."

Kedudukan sekarang terhadap apa yang sedang berlaku, seperti kata pepatah: "Menang jadi abu, kalah jadi arang" dan "gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah."

Kalau "perbalahan" terus berlarutan, Melayu-Bumiputralah yang akan menjadi mangsa; yang akan terpinggir di bumi sendiri, dan mungkin pupus di suatu hari - seperti yang pernah berlaku dengan kumpulan manusia di beberapa tempat di muka bumi ini.

Bila Melayu-Bumiputra terus diuji dan dikesampingkan oleh mereka yang berkuasa dan berkepentingan, tunggulah masa dan padahnya nanti akibat daripada ketidakperhatinan mereka terhadap bangsa, agama dan negaranya.

Janganlah hendaknya dijadikan slogan ini seperti menanam tebu di tepi bibir.

Manusia boleh berbohong kepada sesetengah manusia lain di sesuatu masa, tetapi bukan kepada semua manusia setiap masa.

"Sandiwara" dan "drama" mainan manusia-manusia ini sedang di dalam perhatian mereka yang benar-benar perihatian akan nasib dan masa depan bangsa, agama dan tanahairnya.

Bagaimanapun, yang jelas, orang lain di dalam hati bersorak dan bertepuk tangan, gelak ketawa menyaksikan gelagat para pelakun ini. Umpama "jerat telah mengena."

Di dalam hati mereka berkata: "Biarkan, biarkan si Luncai hendak terjun dengan labu-labunya! - Hidup Melayu !

Tetapi, apakah punca sebenarnya di sebalik pertikian yang sedang berlaku?

Tidak lain dan tidak bukan ialah: Kuasa, Kedudukan dan Kebendaan.

Kuasa, Kedudukan dan kebendaan adalah kunci kepada kebahagian hidup, kata mereka. Tetapi, adakah ini benar? Lihat apa yang sedang berlaku di Thailand?

Kuasa dan kebendaan boleh ditarik balik dengan sekelip mata oleh yang Maha Esa bila-bila masa dikehendakiNya. Ia tidak kekal. Lebih-lebih lagi kalau pemegang kuasa tidak amanah; dengan membuat sesuatu "berlebih-lebihan" tanpa batasan.

Lumrah dan penyakit manusia rata-rata ialah disebabkan "keterlebihan" dalam segala yang dilakukannya.

"Keterlebihan" yang tidak terkawal inilah nanti yang boleh mempesongkan akidah dan pertimbangan mereka.

Hakikatnya, manusia memang tidak dapat menentukan di manakah letak duduknya tali pemisahan diantara, "keberlebihan" (keterlaluan, keterlampaujan) dan "kesederhanaan", khususnya diantara "Kuasa" dan mengejar "Kebendaan", misalnya.

Kepincangan diantara kedua-duanya pasti.lambat laun akan membawa padah, bukan saja kepada manusia itu sendiri, tetapi juga kepada semua mereka yang menagguk harapan daripadamya.

Kewarasan fikiran diperlukan bagi menagani pertikian yang tidak diingini oleh semua yang betul-betul perhatian terhadap bangsa, agama dan negaranya.

Kembalilah ke pangkal jalan.

mansal

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762