|
formmail.to: umnoreform
From_Email:
mdamha@yahoo.com
From_Name: mansal damha
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Assalamualikum Sdr Anuar,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sdr
Meon yang telah memberi tindak balas ikhlas kepada satu
pandangan-lepas saya terhadap apa yang berlaku berkaitan dengan
isu pinjaman wang untuk membeli saham.
Pertama, biarlah saya tegaskan di sini bahawa saya menulis
BUKAN sebagai mewakili PROWARIS. Saya menulis dari segi pendapat
peribadi sendiri.
Justru itu, janganlah libatkan PROWARIS dalam hal ini.
Saya kira PROWARIS terlibat kerana Sdr Pengarang menyebutkan
bahawa saya adalah terdiri daripada salah seorang barisan
pemimpin NGO itu?
Walaupun ini benar, tetapi ia TIDAK semestinya dianggap atau
disalah anggap, (sama ada dengan sengaja atau tidak) oleh
mana-mana pihak, bahawa tulisan pribadi saya mewakili PROWARIS.
Kedua, sekali lagi saya mesti berterus terang bahawa, ketika
saya menulis pandangan saya itu, saya telah terpikir sejenak
tentang ANDIAN (yang bermaksud SEKIRANYA, atau hanya
berangan-angan..... KALAULAH aku....) dibenak saya itu.
Justru, persoalan yang saya kemukakan itu adalah HANYALAH
sebagai ANDIAN. Tidak lebih dan tidak kurang. Tiada niat udang
di sebalik batu. Ikhlas.
Di benak saya bertanaya-tanya, kalaulah saya, sdr dan sesiapapun
tidak ada kaitan/hubungan dengan orang-orang tertentu yang
berpengaruh, bolehkah orang itu dapat pinjam begitu banyak (nak
pinjam sedikitpun dari bank begitu susah, sebab itulah ramai
berjumpa Along), inikan pula begitu banyak? Pinjam dengan Along
bunganya pun tinggi.
Soalan serupa ini tidaklah bertujuan dan semestinya
mempersoalkan mana-mana personaliti tertentu. Jauh sekali
daripada mengatakan si polan, si polan itu "berbohong"
sepertimana yang Sdr Meon cuba membayangkannya (sama ada
bernaitu baik atau tidak).
Yang penting perlu dilihat daripada persoalan saya itu ialah:
Apakah punca yang boleh berlakunya ketidakseimbangan layanan
terhadap seseorang di dalam sesebuah negara yang mengamalkan
sistem pemerintahan bermirip/berpaksikan sekularisme?
Dengan kata-kata lain, apa yang saya cuba utarakan hanyalah
menjurus kepada (apakah akibat daripada) corak pemerintahan
negara dan sistem-sistem yang dianuti melahirkan keadaan
sepertimana yang berlaku?
Di benak saya sering bermain persoalan-persoalan tentang
sebab-akibat, dan saya cuba menganalisisnya sejauh mana termampu
oleh minda kerdil saya ini.
BUKAN, dan TIDAK ada niat atau kaitan sama sekali untuk saya
mempersoalkan mana-mana personaliti, pihak atau orang-orang
tertentu. Kalaupun saya sebut nama-nama mereka, itu adalah
secara kebetulan saja.
Malah kalau ditinjau lebih jauh lagi, persoalan saya itu
melibatkan apakah yang menyebabkan berlakunya angkara di seluruh
dunia sekarang, khususnya diantara negara-negara Islam dan bukan
Islam.
Saya cuba mencari dan mengenal serta membawa Sdr2 semua berfikir
sejenak akan nasib kita sebagai orang Islam yang jauh dilamun
duka nastapa angkara sistem-sistem pemerintahan yang melahirkan
manusia rakus, durjana, zalim, dan tidak berperi kemanusiaan,
yang amat bercanggah sekali dengan peradaban dunia kemurnian dan
kemuliaan hidup manusia di zaman Rasulullah s.a.w. bila mana
mereka berpegang teguh ajaran Allah Azawajallah.
Itulah sebenarnya nawaitu di sebalik tulisan saya itu
Diharap Sdr Meon, Sdr2 dan rakan-rakan yang lain dapat memahami
apa yang sebenarnya tersirat dibenak saya ketika itu.
Sekiranya tulisan saya itu telah menimbul atau menyebabkan
sebarang salah tanggapan (sama ada disengajakan atau tidak)
kepada mana-mana pihak, saya pohon maaf seribu maaf.
Kesilapan dan kelemahan itu datangnya dari saya. Kepada
Allah SWT jua saya kembalikan limpah kurnia, rahmat dan
hidayahNya.
Sekian. Wallahu'alam.
mansal damha
|