BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: mdamha@yahoo.com

From_Name: mansal damha

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum Sdr Anuar,

Mengenai Inter-fatih Commission, dan sebarang perbincangan mengenai perkara-perkara yang bersabit dengan isu-isu sensitif, saya cadangkan supaya Kerajaan bersikap tegas menanganinya.

Syor saya, Akta Hasutan hendaklah digunakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengannya, disamping Akta-akta yang berkaitan dengannya, termasuk merujuk kepada Perlembagaan Negara.

Disamping itu, kita juga hendaklah tegas menangani lain-lain masalah yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Kalau kita tidak bertindak segera, mereka yang berkenaan akan menganggap kita "lemah" dan lebih mengutamakan "perpaduan kaum" daripada melihat bahawa "perpaduan" itu akan akhir-akhirnya terjejas sekiranya Kerajaan tidak melaksanakan tanggungungjawabnya bagi memapastikan "keutuhan, kesejahteraan serta kedaulatan" negara terjamin.

Tanpa "Keutuhan, Kesejahteraan serta Kedaulatan", negara akan hancur dan berpecah-belah dan perpaduan tidak akan tercapai.

"Perpaduan" negara telahpun ditetapkan asas-asasnya di dalam Perlembagaan dan Kontrek Sosial yang ditandatangani oleh para pejuang kita, khususnya kaum Bumiputra, sultan dan raja-raja kita, sebelum negara merdeka dengan mengambil kira pandangan daripada semua pihak.

Ketegasan adalah perlu dalam sebarang usaha untuk menenegakkan "keadilian."

Rakyat selepas meredeka yang tidak bersedia menerima pakai apa yang telah dipersetujui oleh para pejuang merdeka dulu, hendaklah memilih sama ada ingin kekal tinggal di negara ini ataupun berhijrah ke negara lain.

Tidak ada dalam dunia ini yang memberikan segala-galanya kepada rakyatnya, khususnya mereka yang bukan "penduduk asli" negara mereka.

Kebebasan bersuara hendaklah dilakukan dengan bertanggungjawab.

Apa yang berlaku dan di amalkan di negara lain, khususnya Barat, tidak semestinya sesuai untuk negara kita.

Malah negara-negara Barat yang melaung-laungkan hak asasi manusia, dan segala macam kebebasan, sendiri TIDAK BEBAS dan TIDAK ADIL, bukan saja terhadap rakyatnya tetapi juga terhadap orang lain.

Di mana ada negara yang "adil" kepada rakyatnya, apatah lagi kepada para penduduknya yang terdiri daripada kaum yang mendatang.

Sekali lagi diminta Kerajaan hendaklah tegas dan berlaku "adil" kepada semua pihak dengan MENANGANI ISU-ISU SENSITIF daripada menjadi merebak dan tidak terkawal.

Gunakan segala kuasa undang-undang yang ada bagi membentrasnya sebelum terlambat; sebelum nasi menjadi bubur; dan sebelum terlepas daripada kawalan kita.


mansal damha


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762