![]() |
|
|
yahooM mann_iac: Assalamualaikum Sdr. Anuar. Saya bukanlah Penentang Kerajaan BN dan saya juga bukanlah salah seorang daripada penyokong Pembangkang. Sekiranya benar wujud pakatan mahu mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sekarang, saya amat setuju dan saya juga yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang turut bersetuju seperti saya.
Walaupun pada zaman pemerintahan Tun Dr. M dulu
wujud tindakan dan dasar kerajaan yang tidak betul, tapi
golongan rakyat tidak terasa susah untuk hidup di negara sediri
seperti sekarang. Masalah yang timbul cepat diselesaikan dan itu
meyakinkan rakyat terhadap pemimpin utama negara. Berbeza dengan
situasi hari ini, tindakan kerajaan yang sentiasa berubah,
keputusan yang lambat, masalah yang tidak diselesaikan dengan
segera dan macam-macam kepincangan lagi.
mann_iac: Pak Lah yang berimej bersih dan
berlatar belakang keluarga ulama gagal dalam menjaga kesucian
agama Islam dan kesejahteraan rakyat umumnya. Kenaikan harga
minyak, kenaikan tariff elektrik menekan rakyat dan terutamanya
peniaga kecil kecilan. Khairy juga dilihat menonjol secara
tiba-tiba menampakkan kebodohan Pak Lah dalam mentadbir negara.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|