|
formmail.to: umnoreform
From_Email: lunyai
From_Name: jambolseven@gmail.com
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Assalamualaikum,
w'salam - Anuar Mohd Nor
Saudara pengarang, saya sebenarnya tidak berapa setuju dengan
tindakan beberapa pemimpin PAS yang rajin mendengar dan
mengiktiraf penerangan Mahathir yang suatu ketika dahulu
terkenal dengan kekejamannya terhadap musuh-musuhnya
sendiri bahkan terhadap rakyat yang tidak menyebelahinya.
Tindak-tanduk Mahathir yang memecat Anwar Ibrahim pada waktu
beliau bertakhta masih tidak dapat saya lupakan kerana
perbuatan biadap beliau terhadap seorang manusia yang
dikerjakan seperti binatang pada waktu itu tidak
sepatutnya disokong.
Saya sungguh terkilan apabila melihat gambar-gambar Mahathir
dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin PAS didalam majlis
dialog tersebut. Tindakan pemimpin PAS dilihat seperti "lupa
diri" dan mereka terus melupakan apa yang telah dilakukan
oleh Mahathir terhadap mereka dan PAS sendiri.
Umpama mencari publisiti murahan, umpama mencari sokongan
daripada cebisan kuasa yang diperolehi daripada Mahathir,
Umpama menangguk di air yang keroh, Umpama menjilat ludah
sendiri, dan banyak andaian yang boleh dilemparkan
terhadap mereka.
Saya hairan apa motif pemimpin-pemimpin PAS menghandiri majlis
tersebut. Tidak hanya menghadiri bahkan umpama menyanjung
Mahathir umpama beliau seorang yang tidak melakukan
sebarang kesalahan lampau. Walaupun Mahathir mengaku
beliau telah melakukan banyak dosa, tidak sepatutnya
beliau disokong sedemikian rupa.
Perlu diingat bahawa apa yang dipraktikkan oleh media masa kini
adalah apa yang diajari oleh Mahathir juga. Perlu diingat
apa yang dilakukan oleh menteri-menteri didalam Umno/BN
kini juga adalah hasil didikan Mahathir juga. "Menyokong
kepimpinan PM tidak berbelah bahagi"...
Taklah dihairankan apa yang dibuat oleh penyokong dan pengikut
Umno/BN, tetapi saya sungguh hairan apa yang diinginkan
oleh pemimpin-pemimpin PAS terhadap mahathir yang sudah
tidak ada kuasa, yang juga pernah menganiayai mereka ???.
Hairan sungguh hairan.
|