BALIK KE MUKA UTAMA

Pembelaan terhadap Pak Lah - meludah ke langit


 

Maka semuanya akan terbuka. Pekong UMNO dibawah pemerintahan Mahathir dan Abdullah Hj Ahmad Badawi juga akan terbuka. Kenyataan media oleh kepimpinan UMNO sendiri dilihat membocorkan kepincangan yang selama ini wujud dalam UMNO sebagai parti yang dominan dalam kerajaan Barisan Nasional.

Dalam menyerntuh kepimpinan yang mengamal kronis, jawapan Pak LAh sebagai " anak Mahathir dapat lebih banyak dari anak beliau adalah satu jawapan yang paling malang sekali. Kehadiran jawapan seperti itu yakni mengukur tahap pengamalan kronisma dalam kepimpinan UMNO hanya membenarkan tuduhan kronisma dalam UMNO dan ini semakin memburukkan UMNO pada pandangan rakyat. Amat malang sekali, sedang rakyat memerhati kebenaran tuduhan parti  - parti pembangkang terhadap amalan kronisma , kita dalam UMNO sedang bertikam lidah mengenai alaman kronisma siapa yang lebih besar dan lebih berdosa.

Kenyataan akhbar :

Bernama 26hb Oktober 2006

Begitu juga dakwaan Dr Mahathir terhadap anaknya (Kamaludin) yang mendapat projek walaupun tidak mempunyai kemudahan (kemampuan) adalah tidak benar, katanya.

Abdullah berkata Dr Mahathir mendakwa Scomi Bhd mendapat kontrak mengangkut arang Tenaga Nasional Berhad tetapi tidak mempunyai kapal, walaupun sebenarnya syarikat itu mempunyai 180 buah kapal sendiri untuk beroperasi.

"Pasal tak dak (tiada) kapal itu tak betul, memang dia (Scomi) ada kapal...180 kapal yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang Scomi ambil alih. Anak dia (Dr Mahathir) pun dapat juga (kontrak) cuma tak tunjuk saja dan projek yang anak dia dapat lebih besar dari apa yang Scomi dapat," katanya.
 

Bukankan ini hanya membunuh UMNO dan terus meletakan UMNO dalam keadaan yang tidak selesa pada pandangan rakyat?

Banyak lagi kenyataan yang menunjukkan kepincangan UMNO biar sewaktu pemerintahan Dr Mahathir dan Pak Lah. Keadaan kononnya amalan diktator Mahathir yang benar - benar wujud dan budaya takut menakutkan oleh kerajaan biarpun dilakukan lebih teruk dari masa pemerintahan Pak Lah seperti yang didakwa oleh Zainuddin Maidin hanya memburukkan UMNO dan memburukkan kepimpinan kabinet Pak Lah yang terdiri dari mereka yang membenarkan kepincangan pemerintahan Mahathir.

Ini hanya menunjukkan kabinet yang ada - yang menyokong Mahathir sebelum ini, sungguhpun berlaku kepincangan pentadbiran Mahathir tetap berdiam membelakangi hak rakyat adalah mereka yang tidak cukup prinsipal diri, penakut dan mereka yang hanya tahu mengangguk. Ini akan mengundang persoalan relevansi UMNO dalam perjuangan khususnya Melayu.

Bernama 28 Oktober 2006 - Zainuddin Maidin

"Dr Mahathir telah terlupa atau sengaja melupakan cara yang telah dilakukan dalam pelaksanaan kebebasan akhbar, politik dan ekonomi semasa menjadi Perdana Menteri.

"Tidak dapat dinafikan kejayaan beliau dalam mempraktikkan demokrasi telah menonjolkan sifat-sifat ketegasan dan autoritatif. Walaupun beliau memberikan kebebasan bersuara dan memaafkan rakan-rakan yang menjadi musuh politiknya, tetapi dalam proses kemantapan kuasanya, beliau telah membina auranya yang menyebabkan beliau bukan sahaja dihormati tetapi juga ditakuti," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
 

 

Akhirnya mereka meludah kelangit

Akhirnya mereka hanya meludah ke langit menunjukkan betapa buruk diri mereka sendiri yang mengkritik Mahathir tetapi bersama Mahathir dalam pemerintahannya. Adakah mereka sebenarnya memperjuangkan nasib rakyat atau nasib mereka sendiri. Kini mereka dalam kabinet Pak Lah, melaung - laungkan slogan - kami menyokong Pak Lah biar apapun kepincangan yang dilakukan oleh beliau seperti kami menyokong Mahathir biarpun apa keburukan dan kejahatan yang dilakukan. Adakah ini tidak memburukkan mereka sendiri? Adakah ini tidak menunjukkan kualiti rendah kepimpinan UMNO yang ada?

Mereka hanya meludah ke langit dan akhirnya menimpa diri mereka sendiri.

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762