BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Mula-mula Utusan Melayu terbunuh, ini yang terakhir:
 

 

Posted on 27 November 2006 by Mack

ADOI magazine, the trade publication for the advertising industry, reported through SMS alert that NSTP and Utusan Melayu will merge to form the largest media grouping, with a combined circulation of 800,000 daily.

 

Now that's a mammoth number, encapsulating a myriad of publications with very high numbers. Monsterblog managed to sneak some figures, as of June 2005, for the papers we think will be involved in this merger:

Berita Harian (Circulation 231,163 / Readership 1,506,000 )

Harian Metro ( Circulation 229,829 / Readership 1,452,000 )

Utusan Malaysia ( Circulation 228,802 / Readership 1,463,000 )

Kosmo ( Circulation 35,000 / Readership 210,000 )

That bring this media behemoth to a combined readership number exceeding 4.5 million readers. Media cross-selling and combo package pricing (together with Media Prima's broadcast stations and recent acquisition Big Tree) is now a distinct reality, and might see prices going down, but individual ad buys on separate media entities going gradually upwards. As of now, it's hard to gauge the feeling of media buyers and advertising industry players, but I reckon I would stay tuned to ADOI for that.

On another perspective, such media aggregation under one company might come under harsh criticism from many media watchers. How that happens remains to be seen. The fact remains for now that this is big news, in almost every aspect.

....and

Identiti Dan Peranan Utusan Mesti Kekal - Abdullah

 

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata identiti dan peranan akhbar Utusan Malaysia mestilah dikekalkan sekalipun berlaku perubahan dalam struktur syarikat.

Perdana Menteri berkata sebagai akhbar yang telah lama bertapak di negara ini, kemegahan dan kemasyhurannya tidak harus diketepikan begitu sahaja.

"Daripada segi peranan, imej, tradisi, sesuatu surat khabar yang dah lama itu tentulah kita harap akan berterusan.

"Takkanlah kita nak lupa surat khabar ini, yang kemegahan, kemasyhurannya, ia bergantung kepada lama mana ia dapat hidup.

"Pastinya Utusan telah berjaya sejak bertahun lamanya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Perdana Menteri diminta mengulas cadangan penggabungan Utusan Melayu (M) Bhd dan kumpulan the New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Urusniaga saham kedua-dua syarikat itu telah digantung hari ini dan satu pengumuman akan dibuat berhubung cadangan penggabungan itu pada Isnin, 4 Dis.
 

 
Sayonara Utusan Malaysia:
 

 
Walaupun saya penulis upahan pembangkang, dan perkauman bukan game saya, tapi dah saya Melayu, bila baca Utusan Malaysia, saya rasa baca surat khabar Melayu dan teringat kat Utusan Melayu yang pak saya selalu baca.... Apa nak buat, sayonara la Utusan Malaysia>>>
 
(gambaq-gambaq saya cilok dari Screenshots - mintak maaf Tuan Jeff!)
 
The Old Man is yet to say anything... but people already ask:
 
 
 
And who can save it? Some members of the Umno Supreme Council, which is meeting at this very minute, are expected to raise the NSTP-Utusan Melayu merger talk at the meeting. They have been kept out of the loop and this they found disturbing.
 
It's been days since a Singapore daily broke the story about the merger of the two Umno-linked media companies. This morning the counters of both companies were suspended and still nobody has officially said anything about it.
 
The journalists and editors at Utusan Malaysia, always proud of their "Malay chauvinist " newspaper and the fact that they are deemed as representative of Umno and the Malays' voice, are very demoralized. Some are angry.

Watch out for updates.
 
....untungkan Umno atau siapa?
 
Gabungan Utusan-Media Prima: Sidang Khas Perhimpunan UMNO Perlu Diadakan
 

 

 
Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Penggabungan Utusan - Media Prima tidak boleh dilakukan hanya dengan persetujuan pemegang saham Utusan Melayu (M) BHD dan Media Prima BHD semata-mata. Majoriti pemegang saham Utusan Melayu (M) BHD hanya merupakan pemegang amanah bagi pihak ahli UMNO.

Oleh kerana penggabungan ini akan menghakis kuasa dan pegangan UMNO dalam syarikat tersebut, maka ia harus mendapat kebenaran daripada ahli UMNO.

 
Mereka yang memegang saham majoriti dalam Utusan Melayu bagi pihak UMNO tidak berhak sama sekali mengundi untuk menghapuskan penguasaan majoriti saham dalam syarikat tersebut.

Justeru cadangan ini hanya mempunyai dua jalan sama ada melalui keputusan Majlis Tertinggi UMNO atau memanggil sidang khas Perhimpunan Agung UMNO bagi membincangkan isu ini.

Oleh kerana Majlis Tertinggi UMNO telah terbukti tidak berkesan dan terbabit dalam salah etika kerana membincangkan usaha menggagalkan pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perwakilan Kubang Pasu; maka jalan yang paling afdal ialah memanggil Perhimpunan Agung UMNO Khas bagi membincangkan isu ini.

Penggabungan ini perlu dibincangkan secara serius oleh UMNO kerana ia membabitkan perjuangan orang Melayu, Islam dan kedudukan parti tersebut dalam senario politik masa depan.

Telah terbukti bahawa Media Prima gagal sama sekali menjaga kepentingan orang Melayu, Islam mahu pun UMNO sejak mengambil alih TV3, Kumpulan NSTP, NTV7, TV8 dan menubuhkan TV9, Hot FM, FLY FM.

NSTP dibawah kawalan Media Prima telah menekan para editor kanan berbangsa Melayu agar menerima Skim Pemberhentian Sukarela (VSS). Namun dalam masa yang sama akhbar tersebut membawa masuk wartawan-wartawan berbangsa India yang dilatih oleh akhbar asing sebagai editor dan pemberita kanan.

NSTP juga beberapa kali menerbitkan artikel dan kartun yang menghina umat Islam negara ini. Akhbar ini juga akan diingati kerana mempertikaikan perbincangan Dasar Ekonomi baru oleh Pemuda UMNO.

Manakala TV3 pula sudah diketahui umum menjejaskan imej UMNO dengan teruk dengan serangan berterusan terhadap beberapa pemimpin kanan UMNO demi menjaga kepentingan individu tertentu lain dalam UMNO.

Penggabungan ini juga akan menyebabkan sebahagian kakitangan pengurusan akan diberhentikan. Ini lumrah penggabungan yang tidak dapat dielakkan. Siapakah yang akan menerima nasib malang ini jika bukan para pengurus dan editor kanan Melayu di Utusan?

UMNO juga harus memprtimbangkan hakikat penggabungan dua akhbar berbahasa Melayu, Utusan dan Berita Harian di bawah satu entiti tidak akan memberi faedah kepada UMNO mahu pun orang Melayu secara keseluruhannya.

Dalam jangka masa panjang, editorial kedua-dua akhbar akan menjadi stereotaip dan kecenderungan akhbar dalam "kandang" (stable) yang sama akan mengecilkan pasaran akhbar berbahasa Melayu. Orang Melayu akan mempunyai pilihan yang terhad dalam membicarakan isu-isu semasa. Dalam jangka masa panjang tidak mustahil jumlah pembaca kedua-dua akhbar ini akan berkurangan.

Lebih menggerunkan kepada UMNO, penggabungan ini akan menyebabkan kembalinya zaman penguasaan media oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Sungguhpun ketika itu kedua-dua konglomerat media ini tidak bergabung tetapi kejayaan Anwar menguasai kedua-dua Media ini menyebabkan banyak pemimpin UMNO menjadi mangsa strategi politik Anwar ketika itu. Justeru akan adakah "Putera Mahkota UMNO" baru yang bakal menguasai pandangan massa dan UMNO melalui penggabungan ini?

Banyak lagi isu yang akan berbangkit dari penggabungan ini, justeru jalan terbaik ialah membenarkan satu perbahasan khas UMNO sebelum satu pengundian sulit dijalankan. Pemilikan Utusan oleh UMNO mempunyai satu sejarah perjuangan yang panjang dan berliku.

UMNO terpaksa menghadapi mogok, tentangan dan pelbagai krisis untuk menguasai Utusan dan memastikan akhbar ini menjadi suara orang Melayu dan Islam di negara ini. Jangan dilupai sejarah perjuangan ini.

Justeru keputusan penggabungan ini tidak seharusnya diputuskan sama ada oleh anak-anak muda yang tidak mengenal sejarah Utusan Melayu dan UMNO, atau oleh manusia-manusia oportunis sekeliling Perdana Menteri yang hanya memikirkan usaha mengaut keuntungan, mahu pun oleh pemimpin UMNO yang telah lupa sejarah kerana dibuai kedudukan.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762