BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

 From: user@FormMail.To
Reply-To: "Kunta Kinte Malaysia" <demokrasimalaysia@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Mon 11/06/06 06:44 PM

formmail.to: umnoreform

From_Email: demokrasimalaysia@yahoo.com

From_Name: Kunta Kinte Malaysia

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Saudara Pengarang UMNO-Reform,

Merujuk kepada artikel tersiar, "TUDUHAN DR.M DAN LAMAN WEB TOPENG UMNO  MERBAHAYA" oleh seseorang yang menggunakan nama ABDUL RAHIM MAT KENEN  dan mengaku KETUA UMNO CAWANGAN PASIR PENAMBANG.

Laman KMU turut menerima artikel tersebut dan memutuskan untuk tidak  menyiarkan kerana semakan kami di laman web SPR mendapati no kad  pengenalan yang beliau beri tidak wujud dalam daftar pemilih. Adalah  aneh untuk seorang Ketua UMNO Cawangan tidak mendaftar untuk mengundi.  Justeru saya berpendapat nama dan jawatan yang digunakan merupakan satu  penipuan.

Bagaimanapun, izinkan saya mengulas sedikit mengenai tuduhan terhadap  laman mykmu.net (beritakmu.net).

Beliau mendakwa laman kami merupakan antara laman yang memaki hamun Tun  Dr. Mahathir dan UMNO suatu ketika dahulu -"Mungkin Tun terlupa bahawa  tiga laman web tersebut (baca: Malaysia-Today, KMU dan UMNO-Reform)  telah mengkritik dengan hebat Tun semasa menjadi perdana menteri. Malah  laman web tersebut juga memaki hamun, mencarut, mencaci dan menghina Tun  sekeluarga dan keturunan Tun."

Dakwaan ini bukan sahaja tidak benar malah memalukan UMNO jika benar  beliau seorang ketua cawangan.

KMU sejak 1999 diketahui umum sebagai penyokong UMNO di internet yang  setia sehingga kadang-kadang dianggap sokong membabi buta. Menerusi  artikel dan forum kami, terbukti KMU bukan sahaja mendokong perjuangan  UMNO tetapi juga menyokong Dr. Mahathir Mohamad. malah KMU sehingga 2004  merupakan penyokong yang setia kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru mendakwa kami hanya menjadi penyokong Tun Mahathir ketika Tun Mahathir menentang Abdullah Badawi adalah tidak tepat.

KMU juga lebih awal mengkritik kepimpinan Abdullah Badawi dan  campurtangan berleluasa Khairy Jamaluddin lama sebelum Tun Dr. Mahathir  Mohamad mengkritik Abdullah Badawi.

Kami mula mengkritik Abdullah Badawi sejak awal 2005 lagi. Setahun lebih  awal dari kritikan Dr. M ke atas Pak Lah.

Justeru mendakwa kami menyokong Dr. Mahathir membuta tuli juga adalah  tidak tepat.

Dakwaan kami menggunakan Logo UMNO adalah tidak tepat sama sekali.Kami  menukar nama Kelab Maya UMNO kepada Kumpulan Menyokong UMNO sebaik  sahaja menyedari bahawa arah pemikiran kami sudah tidak sealiran dengan  pentadbiran negara hari ini.

Benar kata Tun Dr. Mahathir, "berani kerana benar, takut kerana salah."  Tapi Keberanian harus bertempat bagi mentimun seperti kami.

Namun kami bukankah anonymous langsung. Sebahagian besar penggerak KMU  sememangnya dikenali oleh pemimpin UMNO pelbagai lapisan. Malahan  pembantu-pembantu Khas Perdana Menteri pun mengenali sebahagian daripada  kami.

Saya sendiri pernah bersemuka dengan seorang Menteri dan Setiausaha  Kerja UMNO beberapa bulan lalu. Justeru tidak timbul soal takut kerana  salah.

Ahli-ahli KMU juga berada dalam majlis penerangan UMNO di Selangor,  Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Perlis. Malangnya, kesemua majlis  penerangan tersebut gagal sama sekali menjawab persoalan-persoalan yang  dikemukakan. Malahan sebahagian soalan langsung tidak dijawab oleh MT  UMNO yang hadir.

Yang menimbulkan keanehan kepada saya ialah bila penulis ini menulis,  "Mungkin Tun juga terlupa perjumpaan profesional wanita Melayu di Shah  Alam pada 13 Oktober 1998 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu oleh  polis dan kami semua merengkok di lokap Bukit Aman selama dua hari?"

Berdasarkan kenyataan di atas siapa yang mengkhianati UMNO? KMU atau  penulis ini?

Jika penulis ini boleh menipu sejarah perjuangan KMU dengan mendakwa  kami memaki Tun Dr. mahathir sebelum ini, tentulah kenyataan beliau  mengenai Operasi Lalang 1987 lebih meragukan.

Operasi Lalang 1987 tiada kena mengena dengan mengkritik Dr. Mahathir.  Balik bacalah sejarah. Operasi lalang 1987 berkenaan ketegangan akibat  isu Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina. Bukan sahaja pembangkang,  malah pemimpin UMNO juga turut ditangkap.

Demikian juga isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila dipecat beliau  menjelajah seluruh negara berceramah dan berkempen. Beliau dan penyokong  beliau hanya ditangkap dibawah ISA apabila mereka berarak secara  besar-besaran di Kuala Lumpur, merosakkan harta benda PWTC dan  kemudiannya menuju Seri Perdana.

Berdasarkan tulisan Ketua UMNO Cawangan (palsu?) ini memang benarlah  ramai juga Melayu Mudah Lupa.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762