|
Sebagai diktator dan pemimpin parti
Melayu Mahathir menggunakan kuasa dengan sesuka
hatinya saja. Pada sesetengah orang , beliau adalah
berjaya dan menguatkan kedudukan orang - orang
Melayu. Dengan kuasa yang ada padanya beliau boleh
merupakan satu - satunya manusia yang mampu
mentadbir negara ini dengan sebaik - baiknya. Tetapi
hasilnya mungkin buruk. Kita tidak harus menafikan
hak - hak dan kedudukan penduduk lain negara ini
yang menganggap Malaysia ini tanahairnya.
Kita boleh mentadbir kerajaan dan
memastikan keselamatnnya dengan kuasa yang ada pada
kita , melemahkan orang yang lain, tetapi kita akan
menimbulkan perasaan benci dan tidak puashati
dikalangan rakyat di sini. Bahayanya , mungkin akan
tiba masa -nya apabila musuh yang besar itu tiba -
tiba mahu campurtangan di dalam urusan negara kita
kerana ramai orang - orang nya , seperti saya
sebutkan awal tadi , telah dianiyai.
Ini memang berlaku di negara - negara
jiran dan seboleh - boleh janganlah hal ini
dibiarkan terjadi juga disini.
Apa sahaja yang kita buat, kita harus
memikirkan kebaikan dan keselamatan negara dan
rakyat kita. ALLAH akan menolong orang - orang yang
berlaku adil dan baik, tetapi ALLAH tidak akan
membantu orang - orang yang tamak , zalim dan jahat.
oleh itu berhati - hatilah.
Saya telah pun meluahkan perasaan
saya secukupnya, dan kini saya mengajak saudara -saudara
berjuang untuk menghidupkan UMNO46. Kejayaan kita
akan memastikan keselamatan masa depan negara dan
rakyat kita.
Pencapaian cemerlang UMNO asal telah
pun dilupakan. UMNO yang abru, melalui muslihat
kehakiman , lahir sebagai UMNO tetapi dengan undang
- undang tubuh yang berbeza sehingga meletakkan
presidennya sebagai diktator yang maha agung. Ahli -
ahli politik setengah masak memang menyokong kerana
kononnya mereka pun penting.
Dahulu orang - orang memuja UMNO.
Sekarang mereka tiba - tiba berubah hati menentang
dan memburuk - burukkan namanya pula.
|