|
Kenapa hanya UMNO diserang kenapa tidak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Tuan Pengarang
Isu peneroka kota, isu setinggan dan isu berkaitan
penindasan penempatan orang - orang miskin Melayu, orang -
orang Cina dan lain bangsa menjadi hebuh dalam laman ini
seketika dahulu. UMNO diperhambat. Namun yang tinggal selesa
adalah wakil MCA yang menjawat jawatan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan.
Ini bukan melibatkan Kg Berembang, Kg
Chubadak, Kg Pasir, Bt 8 Hulu Kelang yang rata - rata
penempatan Melayu sahaja tetapi juga Kg Jinjang Utara/Selatan,
Kg Baru Ampang, Kepong dan penempatan Cina yang lain.
Tetapi adakah terdapat perbezaan dalam cara
menangani penempatan dari kaum berlainan yang akhirnya hanya
menampakkan UMNO bersengketa dengan penempatan peneroka kota
dan setinggan Melayu tetapi bukan bangsa lain. Kenapa tidak
kedengaran Menteri ini berhempas pulas diasak oleh biar
pembangkang mahupun NGO dan rakyat marhaen kerana duduk
berlingkar tidak campurtangan dengan kemelut yang berlaku
dibawah Kementerian beliau?
Adakah NGO atau yang lain - lain hanya
mengasak melalui penjuru politik UMNO sahaja. Adakah dasar
dan polisi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hanya
polio bisu dan tidak perlu dihambat. Kalau polisi mereka
sudah mantap kenapa kita merungut.
Tuan Pengarang,
Kita lihat jelas bahawa setiap kali ada isu
Kerajaan Tempatan maka kita akan melihat pada satu trek
sahaja, semuanya Kerajaan tempatan punya angkara dan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hanya bisu
mengaku dengan alasan itu Kerajaan Negeri punya bidang kuasa.
Sudah sampai masanya kita tegaskan bahawa "over
lapping authorities" akan akhirnya memburukkan UMNO dan
tidak pada parti atau kaum lain.
|