![]() |
|
|
|
|
Apa dia sebenarnya yang perlu kita korbankan? |
|
|
Namun agak tertarik apabila menyaksikan program Forum Perdana Islam RTM 1 - mengenai Kemerdekaan. Bermula dengan satu persoalan - sanggupkah kita berkorban untuk negara? Lantas penonton yang hadir itu menjawab Ya ! Saya sanggup. Benarkah kita sanggup? Berkorban apa sahaja demi negara ? Ini persoalan berkorban , berkorban bukan satu perkataan kecil. Berkorban bukan mengeluarkan 10 sen dari kocek dan meletakan di tabung - tabung yang semakin bersepah di tepian jalan - sumbangan surau, anak - anak yatim piatu yang kini diajar mengemis cara moden oleh opurtunis yang menjual minyak urut - kalender 2007 dan berbagai produk yang hasilnya dikongsi seorang sedikit - rumah anak yatim sedikit kapitalis itu yang selebihnya. Inikah erti berkorban - duduk mengangguk, menyokong dan terus berdiri tanpa sedar bahawa sekeliling mereka sudah punya sampah yang banyak. Apa dia sebenarnya yang perlu kita korbankan? Apa perlukah kita berkorban lagi? Bukankah zaman ini zaman aman - tidak ada penjajah dan kedudukan ekonomi yang semakin maju. Kenapa kita perlu berkorban? Apakah bentuk - bentuk pengorbanan yang perlu kita lakukan sekarang? Adakah kita perlu mengurangkan tuntutan kenaikan gaji sebagai pengorbanan kepada negara? Mungkinkah dengan membiarkan kenaikan harga - harga barang - barang itu satu pengorbanan untuk negara? Kenaikan petrol satu bentuk pengorbanan untuk negara, mungkin? Apa dia sebenrnya yang perlu dikorbankan semperna hari merdeka? Sebenarnya pertanyaan pengorbanan untuk negara ini amat mengelirukan. Apa sebenarnya pengorbanan yang perlu lagi kita beri.
Mungkin ini satu pengorbanan yang perlu kita buat. Minyak dari Petronas bukan milik rakyat tetapi milik kerajaan. Milik kerajaan bererti pembangunan - pembangunan bererti kemakmuran rakyat dan kemakmuran rakyat bererti terhentinya program - program Bersama Mu yang meminta rakyat membantu rakyat miskin yang gagal di bela oleh kerajaan. Mungkin inilah cara kita berkorban. Kita berkorban untuk menampung kegagalan kerajaan dalam Dasar Ekonomi Baru, kegagalan kerajaan dalam kehilangan wang rakyat akibat memperjudikan wang rakyat dalam dagangan mata wang, akibat keborosan kerajaan , kos - kos rasuah dan sebagainya. Ini perlu di tanggung oleh kerajaan sebagai satu pengorbanan. Mungkin juga kenaikan harga elektrik bagi meneruskan keuntungan syarikat Independent Power Producer dan membebankan rakyat satu pengorbanan yang perlu dibuat demi pembangunan. Lantas adakah pengorbanan ini untuk negara ? Mahukah kita meneruskan pengorban yang sedemikian? Kenyataan Pak Lah hari ini harus kita kaji sedalam - dalamnya. Adakah maksud Pak Lah keuntungan Petronas bukan syarat memakmurkan rakyat dari segi mengurangkan kos kehidupan mereka? Sekiranya tidak benar - apa sebenarnya makna keuntungan Petronas? Jalan - jalan penuh dengan TOL, elektrik meningkat naik, air yang sepatutnya murah kini meningkat dengan penswastaan dengan alasan sama - membekal air bersih , mengganti paip sekali dan mengutip bertahun - tahun keuntungan buat syarikat tertentu.
Adakah ini satu pengorbanan - bermaksud bersedia,
kerana setiapkali kerajaan memerlukan "bailout" mereka akan
datang kepada kita menggesa pengorbanan dari kita untuk
segelintir mereka yang sedang memakmurkan diri hasil dari rakyat
membanting tulang empat kerat mereka. |
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|