|
formmail.to: umnoreform
From_Name: Pejuang
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Ini adalah tindakan paling bodoh.
Ramai rakyat kat negara ini masih mampu beli rumah
250K dan ke atas. Lepas ni, yang 150K jadi
250K, yang 200K jadi 250K dan yang 250K jadi
300K. Yang rugi adalah rakyat. Rumah rumah yang
sediikit elok yang sebelum ini mampu di beli
sekarang tidak mampu dibeli. Nampaknya kita biarkan
orang asing yang duduk elok elok dalam negara
kita.
Pentadbiran kita memang bodoh
formmail.to: umnoreform
From_Email: itamj@yahoo.com
From_Name: azli
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: kenape pemimpin kita sekarang ni makin
bangang?sudah la jual tanah, ni rumah pun nak
kena jual pastu takde limit plak tu. sya
berpandangan tak jadi hal bagi rakyat mmbeli rumah
250k tu sekiranya kerajaan yg ada ni sentiasa
berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan
mengkayakan rakyat. ini tak, dah la gaji seciput,
ekonomi lembap, dinaikkan plak tol api air dan
minyak..rakyat yg baru nak menyimpan dahhh
miskin balik.
Saya mencadangkan smua pihak bangkit menentang
cadangan bodoh ni. Tentu ada jalan lain bagi mmbentu
kntraktor dan pemaju hartanah. Apa yg penting
jgn sekali2 mnjual hak kita kepada orang asing. saya
merasakan cadangan ini ada kaitan dengan
kepentingan peribadi sestengan pihak dalam
umno, bn dan kroni2 nya.
formmail.to: umnoreform
From_Email: feeza895@hotmail.com
From_Name: fiza
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: Bimbang kerana keupayaan kewangan asing
memungkinkan mereka membeli sebanyak hartanah
yang boleh, kesan jangka panjang, rakyat Msia
menyewa rumah orang asing di negara sendiri.
formmail.to: umnoreform
From_Email: rolland_lasah@yahoo.com
From_Name: Lanros
Subjek: Comment
Segera: Yes
Pesanan: Habislah!sekarang ini orang Melayu dah
macam Pak Kadok menang sabung, orang Melayu
semakin lama semakin pupus di tanahair sendiri,
dengan sikap pemimpin yang dah hilang maruah diri,
saya rasa perasaan saya makin tertekan dengan
situasi yang sedang berlaku, kalau dilihat
sekeliling Tanah Melayu ini memang bukan milik orang
Melayu lagi! Orang Melayu semakin alpa dengan
kedudukan, hiburan, penagihan, bangsa lain
mengaut segala keuntungan. Tidak lama lagi jadi
macam negara plastine le! macam Bosnia!. Wahai
pemimpinku! pandanglah kebawah, lihatlah
keadaan sebenar, jangan sibuk nak cari keuntugan,
sedangkan orang Melayu semakin dikepung, makin
dihimpit.
ANTARA YANG MENYOKONG
formmail.to: umnoreform
From_Email: al_jerami@yahoo.com.my
From_Name: Al-Jerami
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Saya rasa pembangunan di sektor perumahan
kini telah agak berlebihan. Oleh itu,mungkin
banyak rumah dan bangunan yang sukar dijual,
terutamanya yang berharga RM250,000 ke atas.
Sekiranya tidak dijual kepada orang asing, siapa
pula yang akan membelinya? Sedangkan pelaburan
sudah banyak dibuat.
Memang penjualan secara besar-besaran kepada orang
asing boleh dianggap sebagai "menjual negara".
Akan tetapi, berdasarkan pengalaman yang lalu, orang
asing yang mahu membeli rumah di negara ini (khasnya
rakyat Singapura), tidaklah terlalu ramai.
Oleh itu, menjual rumah yang berharga RM250,000 itu
kepada orang asing, dirasakan masih wajar
dilakukan untuk mengatasi lambakan rumah pada masa
ini.
formmail.to: umnoreform
From_Email: Shake_kuan@yahoo.com
From_Name: Berahim Shake
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Apakah kajian telah di buat,pm selalu kata
halusi tentang kebenaran kpd warga asing utk
membeli rumah 250ribu keatas,apakah ia
merancakan ekonomi negara atau mempercepatkan
penggadaian negara tercinta.
Apakah
hanya itu saja cara yg ada bagi mengembangkan
ekonomi negara yg kian menguncup??? berapa
ramaikah rakyat negara kita yg telah memiliki
rumah sendiri,termasuk golongan yg maseh lagi
berkedudukan setinggan?
Yang pasti tindakan itu akan menyebabkan para pemaju
hartanah akan terus meningkatkan pembenaan
rumah2 mewah yg tak mampu dibeli warga sendiri
dan mereka lah yg paling beruntung krn dgn cara itu
mereka dapat mengaut keuntungan berlipat x
ganda.Inilah modal insan yg dilaung laungkan
segala kesenangan milik warga asing sedangkan rakyat
sendiri menjadi perempat seperti yg berlaku di
kg beremban ampang baru2 ini.
Jangan sampai kera di hutan di susukan anak di
rumah mati kelaparan sudahlah jika beginilah
caranya memang benar pm kita "menghalusi" bagaimana
caranya utk menghalau warga kita dari seluruh
bandar ke daerah luar bandar agar rumah2
setinggan mereka dapat didirikan rumah 250ribu
keatas bagi menempatkan warga asing istimewa
seterusnya menunjukan kepada dunia bagaimana
mewahnya negara kita.Inilah hadiah terbaik sempena
tahun baru 2007 dari kerajaan utk rakyat 2007
adalah tahun membeli Malaysia dan tahun hijrah
bagi rakyat bandat wallahualam,
formmail.to: umnoreform
From_Email: kampung_guyy@yahoo.com
From_Name: org kampung
Subjek: Comment
Segera: Yes
Pesanan: Mulai esok warganegara asing boleh membeli
unit kediaman berharga melebihi RM250,000
seunit tanpa perlu mendapatkan kelulusan
daripada Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC) Unit
Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai warganegara Malaysia, saya merasakan ini
satu tindakan yg kurang bijak dan tidak
sepatutnya berlaku.Dalam kita sibuk membuat
persediaan menyambut kemerdekaan yg ke-50 thn,muncul
pula satu tindakan utk menjual negara.
Pandangan saya, badan-badan kerajaan yg berkaitan
mestilah memainkan peranan dalam memacu
halatuju sektor hartanah negara.Mestilah melakukan
kajian yg menyeluruh dari segi kamampuan rakyat
malaysia yang semangnya dari tahun ketahun
kuasa membeli dan mampu milik adalah makin
berkurangan, disebabkan oleh kos sara hidup yang
semakin meningkat.
Sepatutnya rumah-rumah kediaman mampu milik perlulah
diberi keutamaan bagi membolehkan asset negara
akan dimiliki oleh rakyat negara Malaysia
juga.Kurangkan membina aset-aset yang beharga
ratusan ribu ringgit yg mana sudah tentu rakyat
tidak mampu utk memilikinya.
Dalam pada itu juga, sepatutnya harga rumah
dimalaysia perlulah dipantau dan dikawal.Ini
adalah kerana rumah merupakan barang keperluan
setiap rakyat.Trend harga rumah juga sentiasa
meningkat dengan diluar jangkaan setiap
tahun.Ini pada tahun 2006.Bayangkan harganya 5 atau
10 tahun lagi atau ketika zaman anak2 kita
nanti.Tidak mustahil sebuah rumah kos
sederhana akan beharga hingga RM500,000.00. Tatkala
itu wang kita nilainya makin mengecil. Jika 10
- 15 thn lalu RM50 dianggap besar.Namun tidak
sekarang.
Justeru adakah trend ini hendak dibiarkan? Ini belum
diambil kira rakyat2 yang semangnya
berpendapatan kecil.Kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.Nampaknya tiada masa utk mereka
rehat bagi menghilangkan lelah atau merasa
kesenangan.Kerana setiap tahun mereka perlu
memikirkan perancangan bagi menampung kos kehidupan
spt minyak, tol, harga barang2 keperluan yg
wajibb.... meningkat dari tahun
ketahun.Malangnya rakyat malaysia.
MERDEKA.....
MERDEKA.....
MERDEKA..... tiada makna......
From_Email: abuya@gmail.com
From_Name: Pak Abu
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: Rasanya ada baik dan ada buruknya. kalau
nak timbang betul-betul.... mesti kena
klasifikasikan rumah atau bangunan tersebut.
1. harga ..... Mesti lebih RM400k
2. Jenis ...Kondo dan yang sewaktu dengannya, rumah
teres tak leh, itu
untuk rakyat Meleysia saje.
3. Lokasi... e.g. Johor 10% aje, Melaka 10 %, Kuala
Lumpur 15 % etc.
4. Latar belakang pembeli kena siasat... kena taukeh
dah, kan haru!!!! Malaysia jd transit.
5. Orang bisness, kena buka ofis di Meleysia, takkan
nak simpan Mistress aje kat kondo....
6. Sales and purchases mestilah Lawyer Meleysia,
bagi peluang cari makan.....
7. Status harta kena lapur dari semasa ke masa...
supaya tak sempat nak lakukan aktiviti luar
kawalan undang undang Malaysia.
Tima kasih
Pak Abu..Ya.
|