|
Adakah Khir sebenarnya
takut pada Zakaria?
ROSLAN SMS
Terbayang difikiran saya besar kemungkinan
perkara ini dibenar.
Saya biasa mendengar yang ADUN Pelabuhan Kelang ini,
Zakaria Md Deros yang pernah satu ketika dahulu
melempang ADUN DAP YB Sdr Teng Chang Khim di lobi
Dewan Undangan Negeri Selangor, adalah seorang yang
BRUTAL dan sering menghebah-hebahkan darihal
pengaruhnya dengan orang atasan (lebih atas dari
Khir lagi, mungkin di tingkat 4 dan 5).
Zakaria kini terjebak dengan skandal ISTANA RM5 juta
nya yang dibina di sebelah kawasan rumah kos murah
di Pandamaran. Anehnya Majlis Perbandaran Kelang
atau MPK tidak berani mengambil tindakan terhadap
beliau kerana enggan mengemukakan pelan ISTANA nya
itu untuk kelulusan MPK terlebih dahulu. Sehinggalah
apabila YDP MPK ditekan oleh pihak akhbar barulah
Menteri Besar konon-kononnya meminta laporan dari
MPK sedangkan ISTANA itu telah lebih 90% siap!
YB teng telah pun membuat laproan kepada BPR dan
Lembaga Hasil Dalam Negeri darihal kekayaan luar
biasa Zakaria ini namun seolah disepikan begitu
sahaja.
Dan kini muncul pula isu baru. Kerajaan negeri
pimpinan Khir dilaporkan telah memberi persetujuan
untuk melantik Zakaria, anak lelakinya Zainuri dan
menantunya Roslinda Abdul Jamil sebagai ahli Majlis
Perbandaran Kelang yang baru.
Sungguhpun banyak pihak telah menyuarakan darihal
ketidaksesuaian perlantikan yang melibatkan kaum
keluarga seumpama ini namun Khir seolah memekakkan
telinganya dan terus melantik juga. Apabila ditanya
pemberita mengapa demikian, Khir menjawab:
Asalkan mereka tidak menyalah-gunakan kedudukan
mereka, tak mengapa
Sebelum ini MPK melalui arahan kerajaan negeri
pernah melantik anak beranak Spekaer Dewan, Onn
Ismail (Pengerusi Tetap Umno) sebagai ahli majlis
MPK iaitu anak perempuannya Nor Hayati, bekas
suaminya Suffian dan menantunya Faizal Abdullah.
Bagi saya ini adalah bukti betapa kuat dan
berpengaruhnya Zakaria sehingga MB pun tak mampu
mengahalang kemahuannya, atau MB sendiri cari makan
kerana mahukan bantuan dari pengaruh Zakaria,
entahlah.
Yang jelas rugi adalah negeri Selangor, yang jelas
malu adalah bangsa Melayu kerana pimpinan mereka
sungguh longgar dan tidak memperdulikan pandangan
orang-ramai.
Kepada Khir: Selamat Hari Raya: berani kerana benar,
takut kerana salah.
________________________________________________
SILA KE BLOG ROSLAN SMS http://n32.blogspot.com
SUDAH TONTON TV ALTERNATIF http://wtv8.tv |