|
Khairy mula menjawab. Namun jawapannya bagi saya
hanya menghina keintelektualan ahli - ahli UMNO. Beliau bukan
sahaja nampak tandus dalam menjawab tuduhan - tuduhan yang
dilemparkan kepada diri beliau tetapi hanya menunjukkan bahawa
kedudukan beliau sebagai menantu Pak Lah adalah pra syarat untuk
mendapat pinjaman bagi membeli saham - saham bernilai hampir
atau melebihi 9 juta. Apa yang jelas ialah dengan adanya Khairy
dalam syarikat tersebut maka syarikat tersebut boleh mengiringi
Pak Lah dalam misi perniagaan ke luar negeri dan pasti mendapat
kelebihan dari segi perniagaan.
Hanya satu persoalan - adakah ahli Pemuda UMNO
begitu cetek pemikirannya dan tidak melihat bagaimana Khairy
menjadi jutawan dalam sekelip mata. Pemuda harus sedar bahawa
jawapan seperti ini tidak logik dan tidak masuk akal.
|
“I borrowed the money ... everything is loaned,
not my own money. Luckily, there are people who want
to give loans (to me). I took a loan from them (ECM-Libra)
who sold their shares to me,” said Khairy, according
to Bernama.
Exchange filings showed that Khairy bought 13
million shares at 71 cents per share in three
separate transactions from acquaintance and ECM-Libra’s
chairperson Kalimullah Masheerul Hassan, chief
executive officer Lim Kian Onn and chief operating
officer Chua Ming Huat.
Khairy has been a director of ECM-Libra since July
2004, not long after his father-in-law, Abdullah
Ahmad Badawi, succeeded Dr Mahathir Mohamad as prime
minister. malaysiakini
|
Bagi pemuda UMNO - Bagaimana pinjaman itu boleh
diberi dan apa "dealing" yang sebenarnya ada? Mungkinkah dengan
menjual saham dan meletakan Khairy Jamalauddin sebagai pengarah
maka akan ada memberi kelebihan kepada syarikat tersebut?
Kita fikirkan bersama. Adakah wujud unsur - unsur
kronisma dan mungkin nepostisma berlaku? Adakah dengan Khairy
Jamaluddin menjadi pengarah dan pemberian pinjaman memberi ECM
Libra akan mendapat keutamaan? Mungkinkah ini juga "berbau"
kehadiran rasuah?
|