![]() |
|
|
|
|
|
|
|
Khairy mula berperang
Selama ini Khairy Jamaluddin tidak mengambil sebarang langkah aggresif untuk menjawab tohmahan mengenai dirinya. Mungkin Khairy akan turut menjawab persoalan - persoalan yang membabitkan dirinya dalam ECM Libra, penjualan saham - saham syarikat penting negara ini kepada Singapura. Setakat ini banyak persoalan - persoalan mengenai ECM Libra yang belum terjawab dari pembelian saham bernilai berjuta ringgit oleh anak muda yang baru menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda sehingga kepada penglibatan Khairy dengan penjualan syarikat - syarikat Malaysia ke Singapura. Khairy kini di tuduh oleh Tun Dr Mahathir sebagai antara orang - orang yang berkuasa di Malaysia. Tun Mahathir yang menyifatkan dirinya terpanggil kembali atas dasar mahu menyelamatkan maruah Malaysia menafikan bahawa beliau mahu merebut semula kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia sebaliknya mengatakan bahawa Pak Lah gagal bertindak memimpin malah telah menyerahkan kuasa kepada beberapa orang yang rapat dengan beliau termasuklah Khairy Jamaluddin. Setakat ini penjelasan yang diberi oleh kerajaan Pak Lah adalah " tidak perlu menjawab" katanya sewaktu sesi penerangan di Kelantan. Mungkin seri penerangan Khairy Jamaluddin mengenai perkara - perkara yang melibatkan beliau tidak seharusnya terkepong dalam sirkulasi Pemuda UMNO sahaja tetapi harus diterangkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini penting kerana bukan sahaja beliau dapat memberi penerangan mengenai diri beliau tetapi juga membersihkan tuduhan terhadap Pak Lah yang dianggap kini gagal mentadbir dengan sempurna.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|