|
PAK LAH : KEPIMPINAN MELALUI
TAULADAN
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini.com(http://www.malaysiakini.com/news/61904)
semalam bahawa Pak Lah telah bercuti ke Perth
setelah pulang seketika daripada Venezuela pada 23
Disember 2006 untuk melawat mangsa banjir di Johor.
Selepas lawatan sehari bertemu dengan mangsa banjir
di Johor dan mendapat liputan media secara meluas
untuk membuktikan bahawa Pak Lah sangat prihatin
dengan keadaan mangsa banjir, Pak Lah dikatakan
telah berlepas ke Australia untuk bercuti malah
mengambil kesempatan untuk merasmikan sebuah
restoran "PUTERI NASI KANDAR" di Perth.
Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dan anak
jati Johor melahirkan rasa terkilan yang teramat
sangat dengan sikap beliau yang hanya memperuntukkan
sehari sahaja untuk 'menjengok' rakyat Johor yang
juga merupakan kubu kuat UMNO dalam dunia. Malah,
tidak terpanggil untuk membatalkan cuti beliau serta
masih mempunyai masa untuk merasmikan sebuah
restoran. Nampaknya, Pak Lah semakin lemah dalam
pentadbirannya sehingga tidak tahu untuk membezakan
yang mana yang lebih perlu diutamakan sebagai
Perdana Menteri Malaysia.
Ketika jentera kerajaan dilabelkan sebagai "lembab
dan lumpuh" semasa operasi menyelamatkan mangsa
banjir di Johor baru-baru ini, ramai yang mengadu di
mana wakil rakyat BN. Sekarang terjawablah segala
persoalan. Patutlah ramai wakil rakyat BN di Johor
tidak kelihatan , rupa-rupanya mereka mencontohi apa
yang pemimpin lakukan. Inilah yang dikatakan "Kepimpinan
Melalui Tauladan".
Macamana orang Johor? Masih taat setia pada UMNO/BN
& kepimpinannya?
Wassalam.
|