BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

DEB (Dasar Ekonomi Badawi)

Utusan dijangka merge dengan NST Sama dengan Sime, Golden Hope dan Guthrie Ramai pekerja-pekerja susah hati. Mungkin takut hilang pekerjaan nanti. Inilah dilemma orang makan gaji. Terutama mereka yang ada anak bini. Ditambah pula kos kehidupan yang tinggi. Harga barang naik dari tekanan inflasi.

Minyak pun dikatakan akan naik lagi. Sebab kerajaan dah tak nak bagi subsidi. Malaysia dijangka jadi net-importer minyak asli. Hasil minyak entah ke mana pergi. Yang kita nampak Twin Tower dan KLCC.

Apa yang rakyat kebanyakan perolehi Peladang, buruh kasar, nelayan dan petani. Masih papa kedana kais pagi makan pagi. Kos perubatan kena tanggung sendiri. Pelajar miskin sangkut di universiti. Sebab tak mampu adik-adik ramai lagi. Terpaksalah jadi pekerja industri
 

Sebab itu kita mahu pertikai DEB. Siapa yang sebenarnya untung dari polisi ini. Kalau bukan anak-anak dan kroni. Dan mereka yang rapat dengan Menteri. Mendapat lesen free dan beribu-ribu AP
 

DEB sebenarnya alat kerajaan Badawi. Untuk terus berkuasa sebagai Perdana Menteri. Sentimen kaum akan dimainkan oleh parti.  Lihat saja perhimpunan UMNO baru-baru ini. Hunus dan cium keris dalam dewan PWTC

Perkauman bukan ajaran Islam yang suci. Islam tidak suruh amalkan diskriminasi. Islam menjaga hak semua termasuk minoriti. Ini dia pemimpin korup dalam parti

Eloklah rakyat semua sedar hal ini. Jangan kita pilih pemimpin macam ni. Muka cuma manis tapi lain di hati. Cakap lembut tapi hati keras dan mati

Keris Silau
6 December 2006.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762