BALIK KE MUKA UTAMA

keADILan, PAS, NGOs akan adakan perhimpunan menentang kehadiranCondoleeza Rice di Persidangan Menteri Menteri Luar Asean . Perhimpunan ini kerana menentang sokongan AS terhadap rejim pengganas Zionis-Israel. Antara pemimpin yg telah mengesahkan kehadiran dalam demo ini antaranya ialah Mohamad Ezam Mohamad Nor,Ketua Angkatan Muda Malaysia, Tian Chua, Timbalan ketua Penerangan keADILan Pusat,Salehuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS dan perhimpunan ini akan turut
dihadiri oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Dengan menganjurkan perhimpunan ini juga Angkatan Muda ingin menegaskan sikap menentang agenda perang anti teroris/Pengganas anjuran AS yg kini menghalakan ugutan kepada Korea Utara dan Iran, Angkatan Muda keganasan atau terorisma ini perlu ditangani dengan bijaksana dan mengembalikan keadilan kepada semua pihak. Perang, penindasan dan kezaliman dilihat bukan penyelesaian malah merumitkan dan memparahkan lagi keadaan.

Angkatan Muda juga mengutuk sekeras kerasnya dan merayu masyarakat dunia bersatu untuk menghentikan pencerobohan Israel terhadap Palestin dan Lubnan.

Angkatan Muda Malaysia juga menyatakan rasa kesal atas sikap berpura - pura kerajaan Malaysia yang di depan khalayak tempatan kononnya anti Amerika tetapi di hadapan regim itu pemimpin kita menyembah lemah.

Kerajaan Malaysia masih belum memberikan penjelasan mengenai pembayaran sejumlah besar wang tunai negara kepada pelobi asing semata - mata membolehkan Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menteri (pada ketika itu) bertemu dengan Presiden Amerika di Rumah Putih.

Sebagai Presiden OIC Malaysia terlalu lemah dan sentiasa bermuka muka dalam menghadapi perkara ini. Dalam keadaan rakyat seluruh dunia mengecam tindakan ketenteraan Amerika dan Regim Zionis Malaysia telah menjemput Seramai 3,000 anggota tentera laut Amerika Syarikat dan Malaysia untuk menjalani latihan kesiapsiagaan bersama dalam Eksesais Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT) di perairan Laut China Selatan dan Mersing, Johor, selama 10 hari bermula Isnin. Apa penjelasan Abdullah selaku Pengerusi OIC dan Pengerusi NAM ?

Angkatan Muda menyeru seluruh rakyat turun sama pada Jumaat 28 Julai (Esok) selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru dan kemudian akan berarak ke depan kedutaan Amerika.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengerusi
Biro Bencana dan Hal Ehwal Masyarakat
Angkatan Muda Malaysia.
0176688404


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762