BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Kawan

Pak Lah dalam kenyataan di dada akhbar tempatan sekali lagi menegaskan bahawa dialog agama itu boleh dilakukan. Adakah Pak Lah mengeluarkan kenyataan bertulis itu pada Lim Kit Siang untuk kepentingan sokongan masyarakat bangsa asing.

Kita perlu sedar bila dialog itu dibuat ianya bersekitar dengan isu percanggahan ajaran Islam dengan perlembagaan yang ada. Mereka tidak akan dapat terima kehendak Islam biar bagaimana kita jejaskan. Kita lihat isu yang dibawa oleh mereka adalah konon - konon hak kebebasan individu merangkumi hak untuk memilih agama. Kita tidak perlu berdialog tetapi kita perlu menegaskan bahawa Agama kita ISlam tidak membenarkan seseorang itu murtad. Itu sahaja. Kenapa mahu berdialog kerana ini tidak akan dapat jalan penyelesaian. Jalan penyelesaian adalah satu - ikut ajaran Islam untuk orang  - orang Islam tidak kira sekiranya mereka lahir Islam atau ,memeluk Islam.

Pak Lah seharusnya lebih tegas kerana umum tahu - dialog yang mahu diadakan adalah untuk mempertikaikan hukum Islam. Saya tidak lihat ini boleh membawa keuntungan malah akan lebih mengeruhkan keadaan. Bagi saya ajaran Islam itu perlu ditegakkan dan bagi mereka bukan Islam mereka harus akur dengan hukum - hukum Islam yang melibatkan orang  - orang Islam. Bagi saya beri penerangan dengan ketegasan.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762