|
formmail.to: umnoreform
From_Email: X_UMNO@YAHOO.COM
From_Name: Kamal Zidan
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Shamsul Iskandar AMK Golongan yang ketinggalan
Kenyataan Shamsul Iskandar yang membantah pihak yang menghalang
dan menentang kumpulan artikle 11 suatu kenyataan orang
yang ketinggalan. Jangan silap langkah brother Sham.
Ingatlah kerana kenyataan kamu, menjadi penyebab utama Keadilan
akan ketinggalan terus daripada arus perdana masyarakat.
Walaupun kenyataan itu mendapat sokongan bukan Islam dan
beberapa individu orang Islam, ia pastinya akan
mendatangkan kemarahan orang Islam.
Memang ketinggalan. Dalam keadaan semua orang Islam menentang
kumpulan artikle 11 yang memperjuangkan penubuhan IFC AMK
hendak lari daripada kehendak masyarakat. Lihatlah
sokongan terbuka secara besar-besaran terhadap kumpulan
yang menentang kumpulan artikel 11 ini.
Penubuhan Badai, Front Bertindak Anti Murtad FORKAD,
Pertubuhan-pertubuhan pembela Islam PEMBELA yang menggabungkan
80 Ngo seperti Abim, Jim, Mahtma, Kimma, Gamis, PKPIM,
Muafakat, PAKIDA, ACCIN, PUM, Shura, Teras, dan lain-lain
serta penubuhan Peguam Pembela Islam merupakan reaksi
besar-besaran yang akan menggerakkan seluruh umat Islam
membantah kumpulan artikle 11 ini.
Shmsul perlu tahu yang menentang dalam demonstrasi BADAI di
penang bukan orang Pas sahaja, malah golongan India Muslim
dan pekerja-pekerja kedai mamak juga anatara golongan yang
turun menentang. Sokongan padu daripada tokoh-tokoh Islam
bukan politik seperti Dato Harussani Mufti Perak, Datok
Ishak Baharum bekas mufti Selangaor, Dato Sheikh Azmi Ahmad
Bekas mufti Pulau pinang, Dato Hasan Ahmad Mufti Pulau
Pinang sekarang, Dato Sheik Murtaza Mufti negeri sembilan
dan ramai lagi tokoh-tokoh agama dalam masyarakat.
Selain itu sokongan terhadap gerakan anti IFC dan kumpulan
artikle 11 ini dapat dilihat dengan kehadiran 15 ribu umat
Islam dalam forum siang hari yang diadakan di Masjid
Wilayah Ahad lalu. Walhal penganjur forum itu hanyalah
Ngo-ngo yang biasanya sukar untuk menghimpunkan jumlah yang
ramai. Tambahan pula diadakan disiang hari. Amat jarang forum
agama diadakan pada siang hari.Tetapi kerana isu ini
sensitif, maka mayarakat turun beramai-ramai untuk bersama
dengan gerakan ini.
Brother Shamsul juga perlu tahu roadshow yang dibuat oleh FORKAD
di seluruh negara juga mendapat sokongan dengan kehadiran
ramai. Forum anti IFC dam murtad di kerdau Temerloh dua
minggu yang lalu berjaya menarik tiga ribu pengunjung di
sebuah kawasan yang jauh daripada bandar. begitu juga
Forum di Pantai Dalam 21 Julai, di Selayang 24 Julai, di Masjid
Arrahman UM 23 julai di Subang Jaya 24 julai dan merata tempat
lagi berjaya menarik perhatian ramai.
Malah Shamsul juga perlu tahu, bukan semua pemimpin keadilan
sependapat dengan kamu. AMT Keadilan Dr Badrul Amin,
Saifudin Nasation dan ramai lagi turut bersama-sama dengan
gerakan menentang kumpulan artikle 11 dan terlibat dalam
siri-siri ceramah dan forum seluruh negara.
Shamsul juga perlu tahu, ramai bekas-bekas pemimpin keadilan
turut bersama gerakan ini. Antaranya bekas naib President
Keadilan Ahmad Azzam Abd Rahman, Sheikh Azmi Ahmad, bekas
Setiausaha keadilan Anuar Tahir, bekas pimpinan Keadilan Saari
Sungip dan ramai lagi turut bersama menentang kumpulan
Artikle 11. Dimanakah duduknya kamu Shamsul.
Walaupun mungkin Shamsul hanya mahu bercakap sekadar soal
kebebasan bersuara sahaja, namun kerana ia berkaitan
dengan isu ini, maka ia akan mendapat tebntangan dan
kemarahan umat Islam.
|