BALIK KE MUKA UTAMA

Jenazah orang Islam dibakar cara agama lain di Johor


Jenazah saudara baru dibakar
Harian Metro 6 sep 2006, Edisi Selatan: Jenazah
saudara baru dibakar

KULAI: Saya terkejut apabila diberitahu jenazah Mahendran akan dihantar ke pusat pembakaran mayat di Jalan Kota Tinggi,? kata Firdaus Goh Abdullah, 52, rakan kepada seorang peguam saudara baru yang jenazahnya didakwa dibakar mengikut upacara agama asal oleh keluarganya, petang semalam.

Menurut Firdaus, beliau terkejut apabila mendapati jenazah rakan baiknya R R Mahendran, 40, atau nama Islamnya Rafie Syazwan Abdullah berada di dalam sebuah van ketika mahu menziarahinya di rumahnya di Taman Nong Chik kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Saya mahu menziarahi jenazahnya. Bagaimanapun sebaik sampai di rumahnya didapati keranda yang mengandungi jenazah rakan baik saya berada di dalam sebuah van.

Saya bertanya kepada pemandu van terbabit dan diberitahu mahu di bawa ke tempat pembakaran mayat di di Jalan Kota Tinggi,? katanya.

Firdaus seorang saudara baru berkata, dia mengenali Allahyarham sejak 10 tahun lalu dan mendapat berita rakannya itu meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi semalam dan jenazahnya dibawa ke rumahnya di Taman Nong Chik.

Bagaimanapun, hasrat saya memberikan penghormatan terakhir sebagai orang Islam tidak kesampaian kerana apabila tiba, Mahendran sudah pun di dalam keranda dan van, katanya.

Difahamkan jenazah Mahendran yang dipercayai memeluk Islam kira-kira lima tahun lalu, diuruskan mengikut upacara agama asalnya oleh keluarganya.

Mahendran, dipercayai meninggal dunia di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kira-kira jam 2 pagi semalam akibat serangan sakit jantung dan jenazahnya dibawa pulang ke Johor Bahru oleh isterinya yang juga dipercayai seorang saudara baru berasal dari Sarawak.

Firdaus berkata, dia ke pusat pembakaran mayat dan nampak ahli keluarga Mahendran termasuk isterinya ada di situ.

Katanya, dia tahu Mahendran memeluk Islam dan mendakwa Mahendran sering membuat rumah terbuka setiap kali menyambut Aidilfitri dan menyifatkan rakannya itu seorang yang sangat baik dan bijak mengendali pelbagai kes jenayah di mahkamah.

Wakil media yang tiba di pusat pembakaran itu kira-kira jam 7 malam, semalam, dimaklumkan ahli keluarga sudah pulang selepas menghantar jenazah Mahendran.

Wakil Jabatan Agama Johor (JAJ) yang turut berada di pusat pembakaran itu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Zainal Abidin Osman dan Pengarah JAJ, Datuk Mohd Zaini Osman juga gagal dihubungi.

Sementara itu, keluarga Mahendran yang ditemui di rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi juga enggan mengulas lanjut


http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20060906095329/Article/indexm_html




Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut

Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com




 


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762