|
RAKYAT SUDAH BOSAN DAN JELIK
Saya menulis mewakili rakan - rakan yang saya yakin terdiri dari
golongan “silent majority”. Kami mengecam dan mengutuk
secara keras tindakan pemimpin – pemimpin umno yang ingin
menonjolkan diri sebagai wira dalam isu Tun Dr. M dan kerajaan.
Kebanyakannya biadap mengeluarkan kenyataan bodoh, tidak tahu
hormati pemimpin yang telah banyak berjasa.
Dr Mahathir pernah mengingatkan kita tentang sikap mudah lupa di
kalangan masyarakat kita, kenyataan pemimpin umno jelas
menunjukkan sikap negatif ini. Cuma Pak Lah sahaja yang
seharusnya menjawab bukannya orang lain. Rakyat inginkan PM yang
menjawab persoalan Tun bukannya orang lain. So yang lain “
keep your mouth shut! “
Dr Mahathir merupakan pemimpin negara, pemimpin dunia dan
pemimpin Islam. Dunia Islam hari ini mengalami krisis
kepimpinan.Kita umat Islam ketandusan kepimpinan. Dr Mahathir
adalah antara harapan umat Islam. Pendirian, visi serta
komen beliau semasa Forum Keamanan Global tempoh hari
memberikan nafas baru kepada keamanan dunia. Berbagai lapisan
masyarakat yang hadir untuk forum tersebut menyokong dan
menghormati pandangan beliau. Adakah kita ingin menafikan
kehebatan beliau? Inilah bekas pemimpin Umno dan bekas pemimpin
negara yang kini dihina oleh orang yang dipilihnya sendiri.
Sebagai rakyat dan ahli umno saya kurang bersetuju dengan cara
kerajaan dan umno menangani isu TDM. Pihak yang mendorong
beliau keluar parti Umno adalah pengkhianat bangsa.
Dr Mahathir adalah pemimpin yang amat disayangi dan dihargai
oleh majoriti rakyat Malaysia dan dunia. Sokongan dan
kesetiaan kepada Dr Mahathir masih luas, termasuk saya dan rakan-
rakan yang lain ///. Kami hormati Perdana Menteri sebagai
pemimpin berakhlak mulia dan kami memohon beliau supaya,
berjumpalah Tun,selesaikan secara terhormat, tak usah besarkan
isu – isu ni lagipun TDM yang melantik Pak Lah, lupakah
Tuan PM? Banyak lagi isu yang lebih berat yang hendak kita
semua fokuskan, sebagai rakyat saya jelik dengan kebaculan di
pihak kerajaan mengenai isu bersabit TDM, tak usahlah
terbit buku, siarkan perkara rahsia mengenai surat yang
melibatkan TDM membuatkan rakyat makin bercelaru dan saya pasti
bukan satu cara yang bijak! Percayalah TDM ada kepada
semua jawapan dan perkara ini akan berpanjangan dan tiada
penghujungnya, hanya TDM dan Pak Lah yang boleh menyelesaikan
isu ini. Adakan perjumpaan tertutup empat mata, closed the
isue..Sebagai rakyat,ahli umno saya sudah bosan!!
Jebat Tak Derhaka ///
|