![]() |
|
|
idea asal untuk menjawab datang dari Bad boy <onizuka80an@yahoo.com>
Slogan itu dilancarkan untuk semua kakitangan
kerajaan dalam mengadakan satu bentuk pentadbiran yang
bersesuaian untuk kita mencapai matlamat negara - negara maju. Semua langkah dipercayai telah diambil untuk
menjayakan isi dan makna slogan - slogan tersebut. Saya melihat
slogan "bersih, cekap dan amanah" seperti satu usaha untuk
menerapkan nilai - nilai ini kepada semua penjawat kerajaan
malah untuk semua rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah
pentadbir kepada negara ini. Saya tidak
tidak nampak salah slogan itu selain dari kesalahan individu -
individu yang melanggar matlamat kerajaan untuk menjayakannya.
Kita kena faham sedangkan undang - undang Hukuman Gantung yang
ada dilanggar tanpa ketakutan, inikan pula "slogan". Dalam melihat
pentadbiran polis - satu persoalan ialah, adakah mereka gagal dalam
menjalankan tanggungjawab mereka. Adakah rakyat Malaysia
tidak aman hidup di negara ini, kerana polis gagal membendung
kadar jenayah yang ada? Adakah kita mempunyai "crime rate" yang
tinggi sehingga kita takut keluar rumah. Kita harus melihat
institusi itu secara menyeluruh dan tidak hanya memaparkan
keburukan untuk kepentingan tertentu. Rasuah adalah satu
kesalahan besar dalam negara ini. Namun kita tidak boleh
mengambil tindakan selagi kes tersebut benar - benar mempunyai
bukti yang kukuh. Penulis soalan - soalan untuk saya ini mungkin juga tahu mengenai rasuah yang
berlaku, tetapi berapa ramai yang mahu tampil kehadapan bertemu
dengan
pihak berwajib serta memberikan bukti - bukti yang kukuh. Mereka melakukan
rasuah bukan secara terbuka tetapi pada keselaluannya mengambil
langkah - langkah berhati - hati agar tidak ditangkap. Adakah
kita boleh menangkap seseorang atas alasan hanya dipercayai melakukan
rasuah? Adalah lebih baik orang bersalah terlepas dari
hukuman dari kita menghukum orang yang tidak bersalah. Berhubung dengan kedua - dua bekas Perdana Menteri yang mengkritik hebat Tun Mahathir, atau dalam konteks ini "saya sebagai Tun Mahathir" menangani perkara tersebut dengan pendekatan yang jauh berbeza dari Pak Lah. Kita tidak mahu Allahyarham Tuanku dan Tun Hussein terus merugikan diri sendiri dan akhirnya mengugurkan hormat orang ramai terhadap mereka. Mereka hadir untuk memberi sokongan kepada seorang individu yang tewas dalam pemilihan dan ini menunjukkan mereka diguna secara terbuka oleh beberapa individu yang mahu membawa keluar ketidakpuasan kekalahan mereka dari gelanggang demokrasi yang diperuntukan dalam UMNO kepada desakan mendadak dari luar. Siapa yang sebenarnya cuba memecahbelah keutuhan parti dalam konteks ini? Saya mengambil langkah hadir sendiri berjumpa dengan Tuanku Abdul Rahman dalam mengendurkan salah sangka dan perbezaan antara sesama. Saya percaya kepada kebebasan media dan kebebasan memberi pendapat tetapi langkah - langkah harus diambil untuk menghalang kebebasan untuk mengumpat dan kebebasan yang digunakan untuk memenuhi hasrat peribadi. Kita membenarkan kritikan dan kritikan terhadap saya begitu kuat sekali bukan sahaja dalam negara tetapi di luar negara. Apa pun saya tetap konsisten dalam pendirian saya dan ini tidak dipergaruhi oleh menantu - menantu saya.
Mula - mula sekali kita perlu tahu bagaimana kita
boleh mencapai kecekapan "ekonomi skala". Sudah tentu
melaksanakan projek Proton tidak akan dapat memenuhi terma
"Economic of scale" itu tetapi dengan memulakan dan memahami secara menyeluruh proses
kejuruteraan automotif maka ini akan
meningkatkan kecekapan kita dan dengan peningkatan itu maka kita
mampu mencapai ekonomic skala tersebut. Tanpa melakukannya dan
tanpa mengambil initiatif untuk memulakan, sampai bila pun kita
tidak akan mencapai "economic of scale". Kehadiran Proton tidak
menyusahkan rakyat dan mereka mempunyai beberapa kondisi dalam
mempertimbangkan sama ada mereka mampu membeli atau tidak.
Sepanjang pentadbiran saya usaha - usaha untuk memperbaiki
sistem pengangkutan awam dilakukan , sehingga kini kita
mempunyai sistem - sistem transit yang baik dan berkesan. Itu
pun sewaktu mahu membina sistem LRT , monorail mendapat
tentangan hebat. Nah , hari ini saya dikatakan tidak berusaha
memperbaiki sistem pengangkutan awam.
Salahkah kalau kita mencuba dalam sesuatu bidang
perniagaan yang mampu memberi pendapatan lumayan? Usaha kita
adalah untuk menjadikan Malaysia negara kaya dan adakah salah
kalau kita berusaha kearah itu. Saya mahu melakukan
perubahan yang ketara - mahukan rakyat mendapat nikmat dari
perniagaan yang mampu menjana pendapat berlipat kali ganda. Ini
satu cubaan perniagaan yang mampu membawa pulangan yang hebat.
Dalam pada itu kita tidak meninggalkan usaha - usaha
membangkit sektor - sektor ekonomi yang lain. Kita perlu sedar,
dengan berusaha dan mengambil sedikit risiko maka kita mampu
memperolehi kejayaan dan setidak - tidaknya pengalaman. Saya percaya
mungkin perkara - perkara bio-diesal tidak akan wujud tanpa kita
membangunan sektor - sektor multi media yang membuka mata
kita tentang innovasi - innovasi baru. Pelaburan yang melibatkan
ICT dapat membawa negara ini untuk melihat perkembangan -
perkembangan teknologi baru dan membuka minda kita untuk
mengetahui mengenai dunia luar. Satu pembangunan dalam satu
sektor ekonomi akan dapat memberi peluang untuk sektor lain
berkembang.
Kenapa kita tidak boleh menggalakan perkembangan
penduduk di negara ini? Kenapa pula mereka, dengan perkembangan
ekonomi yang sedang meningkat tidak dapat menyara anak - anak yang ramai.
Kita mempunyai infrastruktur pendidikan dan persekolahan yang
baik. Kita galakan ICT untuk memudahkan dan memurahkan pengajian
dan perolehan sumber ilmu. Kita membuka peluang pekerjaan dengan membawa masuk pelaburan -
pelaburan dari luar, ini dapat menyediakan tempat - tempat untuk
mereka bekerja, malah dengan kehadiran Proton sahaja sudah dapat
menawarkan beratus - ratus pekerjaan secara langsung dan beribu
- ribu lagi secara tidak langsung. Perkembangan ekonomi tidak
boleh di
ukur dengan wang yang ada tersorok dibawah bantal tetapi
kekuatan wang itu berpusing , berpindah milik. Itu adalah konsep
asas yang perlu kita ketahui.
Negara makmur akan menjadi negara tumpuan. Kita
mahukan industri - industri kita berkembang maju. Kita perlu
pekerja - pekerja yang ramai. Populasi kita belum sampai ketahap
untuk menyediakan pekerjaan yang cukup untuk sektor - sektor
tertentu. Ini selari dengan matlamat saya untuk mengadakan
pasaran pekerja yang ramai dengan peningkatan penduduk. Kita
tidak boleh menunggu penduduk kita sampai 70 juta dan menunggu mereka dewasa
untuk memenuhi sesetengah sektor ekonomi yang memerlukan pekerja
tetapi tidak mahu dilakukan oleh orang - orang tempatan. Ini bukan satu
polisi yang salah tetapi kehadiran mereka yang tidak berlesen
bukan dibiarkan sahaja oleh kerajaan sewaktu saya memerintah.
Kita tangkap mereka dan kita kenakan hukuman yang agak keras
tetapi bagi mereka negara kita ini makmur dan penuh dengan
peluang - peluang pekerjaan yang tidak ada di negeri mereka, maka
mereka berani mengambil risiko. Kenapa kita tidak lihat kemakmuran
kita dari sudut jutaan rakyat luar negera yang mahu bekerja
di negara kita?
Datuk Musa Hitan dan sekarang Tun meletak
jawatan sewaktu pemerintahan saya. Mungkin beliau rasakan bahawa
beliau tidak sesuai dengan cara pentadbiran saya atau mungkin
beliau tidak mampu melakukan tanggungjawab dengan kederasaan
yang saya mahukan. Tetapi yang perlu kita lihat adalah, ini
tidak menghalang saya untuk meneruskan pembangunan untuk rakyat
Malaysia. Musa Hitam dan yang lain termasuk saya juga mengecapi
kemodenan yang kita usahakan.
Ini satu masalah yang besar. Apabila ada
pertandingan dikatakan ada pecahan dalam parti. Kalau tidak ada
pertandingan dikatakan tidak demokrasi. Mereka tidak setuju atau
mereka rasakan bahawa usaha saya tidak menepati apa yang mereka
mahukan dan mereka kata mereka mampu melakukan lebih baik dari
saya maka mereka ada ruangan demokrasi yang diberi untuk mencabar saya.
Saya menang, sungguhpun sikit saya menang tetapi saya
bertanggungjawab mendengar suara - suara mereka yang memberi
undi kepada saya. Biar pun menang sikit tetapi hak mereka yang telah
mengundi perlu kita hormati. Kita lihat 761 yang mahu saya
memimpin, dan adalah tidak wajar saya mengundurkan diri kerana
718 lain tidak setuju dengan saya. Saya hormati mereka yang
mengundi saya dan memberi kemenangan kepada saya. Adalah tidak
adil sekiranya dikatakan bahawa saya tidak berusaha untuk
memperbaiki keadaan sedangkan mereka sendiri tidak dipersoalkan
oleh kamu samada
mereka mahu bersatu semula. UMNO adalah hak semua ahlinya. Saya
tidak memecat sesiapa pada waktu itu. Ini demokrasi , mereka
kalah mereka boleh jadi ahli biasa. Adakah mereka menerima
keputusan perwakilan pada waktu itu? Kalau mereka terima mereka
seharusnya sedia untuk terus menjadi ahli dan melakukan kerja -
kerja terbaik untuk perjuangan UMNO.
Saya mengambil langkah - langkah yang
diperuntukan oleh undang - undang untuk mengawal kesejahteraan
negara ini. Penahanan mereka adalah kerana mereka membawa
ketidakpuasan mereka melangkaui landasan yang diperuntukan untuk
mereka menyuarakan ketidakpuasan mereka. Kita berdebat dan kita
bertengkar dalam Parlimen, dalam Dewan Undangan Negeri. Semua -
tempat - tempat itu telah diberi "special privilege" tetapi
mereka sedar percubaan mereka disitu tidak mendapat restu wakil
- wakil rakyat yang mewakili rakyat Malaysia. Akhirnya mereka
bertindak untuk mempengaruhi rakyat dengan sentimen - sentimen
yang menghasut dan mampu mengugat keselamatan negara. Mereka
kalah dalam gelanggang demokrasi mereka cuba guna tektik gerilya
tapi ironisnya mereka kata kita tidak demokratik. Ini salah,
mereka ada platform demokrasi - platform politik tetapi mereka
tahu cara ini mereka tidak boleh mempengaruhi rakyat. Mereka
hadir dalam pilihan raya tapi kalah , ini menunjukkan rakyat
tidak menyokong mereka.
Kita bukan senang - senang nak buang orang.
Kalau kita buang berdasarkan mahu mencengkam perundangan ,
kerajaan terpaksa menjawab kepada rakyat atas pembuangan itu.
Kami tidak mahu hakim - hakim juga terlibat dalam senario
politik negara. Kita lihat mereka mempunyai gerakan yang tidak
selari dengan kehadiran mereka sebagai penguat kuasa undang -
undang . Malang mereka lebih terpengaruh kepada konon - kononnya
agenda pembangkang lebih telus dan lebih baik. Bagi saya agenda
pembangkang nampak lebih telus dan lebih baik kerana mereka
tidak memerintah. Kita perlu melihat dari perbagai aspek. Kita
perlu membuat keputusan berlandaskan pentingan - kepentingan
negara keseluruhan. Asasnya adalah kita tidak mahu atas nama
ketelusan dan kebebasan kita hidup lebih ketakutan dari apa yang
ada. Mereka tidak puas hati dan bertindak
menyuarakan pendapat mereka. Bukan mereka tidak buat pun, mereka
pergi ke platform - platform pembangkang. Kita musykil dengan
habitat hakim - hakim yang menulis surat layang - menulis surat
racun dan sebagainya. Mereka tidak setuju kemukakan kepada
kerajaan malang mereka tidak buat begitu. Saya tidak mahu hakim
yang bertindak kebudak - budakan. Kita juga lihat Bar Council
membantah perkara ini, untuk apa? Bar Council sekarang ini turut
menyoalkan peruntukan syariah, mereka mempunyai niat lain sebab
itu mereka bersuara. Tapi saya tidak pula mengambil tindakan
lain seperti mengharamkan persatuan tersebut. Kalau saya
mempunyai kuasa mutlak, bukan sahaja saya boleh pecat hakim
malah saya boleh tutupkan Bar Council itu, tapi saya tidak buat.
Kita harus melihat banyak sudut. Adakah sistem kehakiman kita,
tidak adil dan boleh dibeli dengan wang? Kalau begitu minta yang
kaya melakukan jenayah dan cuba rasuah hakim kalau mereka berani.
Malaysia gantung sampai mati warga Australia kerana dadah,
apakah kerajaan Australia tidak mampu membayar hakim kita untuk
keputusan tidak bersalah. Mereka ada duit. Tapi sebenarnya kita
asyik mempertikaikan keputusan yang tidak sesuai untuk kita ,
kalau keputusan itu sesuai dan memang menepati kehendak kita
maka kita akan hanya diam sungguhpun ianya mungkin tidak sesuai
untuk orang lain. Hakim hari ini juga adalah hakim - hakim yang
hadir di zaman saya memerintah. Malah Abdul Gani Patail yang
mempunyai banyak kontrovesi sewaktu kes Anwar Ibrahim masih lagi
menjawat jawatan Peguam Negara di zaman Pak Lah. Kalau dia
salah atau dia membuat jenayah dengan menggunakan kekuasaan yang
ada untuk menuruti kehendak saya, kenapa dia tidak dibuang dalam
era pemerintahan Pak Lah. Banyak menteri - menteri yang ada juga
dibawah era saya. Kenapa Pak Lah tidak gugurkan mereka kalau
sewaktu mereka dibawah era pentadbiran saya mereka hanya tahu
mengikut sahaja dan melakukan apa sahaja yang saya suruh untuk
kepentingan saya. Malah Pak Lah juga adalah kabinet saya , kalau
saya melakukan dan dia bersetuju maka kami sama - sama bersalah.
Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan yang telah berjaya membawa kita mengharungi berbagai liku ekonomi yang kita alami. Beliau adalah ahli perniagaan dan beliau lebih suka berniaga. Kita perlukan bantuan beliau khususnya untuk mengemudi Malaysia melalui zaman - zaman kemelesetan dan sehingga hari ini kita tidak bangkrap. Kita membuat keputusan untuk kepentingan semua. Kita tidak mahu usaha kita hanyut dan syarikat - syarikat kita dikuasai oleh negara luar. Kita juga mahu bertanya, mengenai penjualan - penjualan saham ke Tamasek Singapura. Bukankah ini menunjukkan pengaliran hasil ke luar dan bukan ke dalam negara. Kenapa tidak ditanya. Bukankah itu lebih penting kerana kini kita terjual dan sewaktu saya dahulu yang pentingkan kedudukan kita dan kemerdekaan kita. Kita tidak mahu dijajah secara penjajahan baru. Kita telah mengkaji dengan mendalam isu pembelian MAS. Kita harus tahu beberapa perkara penting - yang kita lihat adalah harga pasaran tempatan tanpa melihat nilai - nilai lain yang perlu dikira bersama. Kita mahukan MAS terus beroperasi tetapi dalam masa yang sama kita perlu beretika dalam membeli semula MAS. Kita juga harus ingat jasa - jasa mereka yang mengemudi MAS dan mereka yang telah melabur dalam MAS. Harga pasaran adalah satu harga yang tidak meletak nilai - nilai pengorbanan, usaha dan arahan - arahan seperti tidak meningkatkan harga tambang dan sebagainya. Sekurang - kurang ada benda yang kita beli dari terus membayar tuntutan 360 juta tanpa dapat apa - apa. Pergi tanya kes itu, kerana kerugiannya adalah kerana keputusan yang dibuat dalam beberapa hari, hari ini kita umum mahu meneruskan projek tersebut dengan minggu seterusnya kita umum pembatalan projek itu. Tidak sampai 1 minggu dari pengumuman.
Apabila kita memberi seseorang itu projek kita
harapkan ianya berjaya. Mereka dapat atas kesungguhan mereka ,
kedudukan mereka yang kukuh dan apa yang telah mereka lakukan
sebelum ini. Kejayaan dan kegagalan projek itu bergantung kepada
mereka yang telah menerima tender atas kekukuhan mereka. Kenapa
tidak ditanya kenapa saya tidak menyerahkan projek - projek itu
pada Jepun atau kontraktor luar. Kita bagi syarikat bumiputera
kerana kita mahukan bumiputera bangkit setanding dengan bangsa -
bangsa lain. Ini adalah keputusan yang diketahui oleh semua
kabinet saya pada waktu itu termasuk Anwar Ibrahim. Tanya juga
Anwar Ibrahim, orang yang menyatakan sokongan terhadap saya.
Kenapa ? Adakah beliau menyokong kerana Anwar mahu terus
berkhidmat dengan saya kerana kepercayaan beliau kepada saya
atau kerana mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri kemudiannya
mahu jadi Perdana Menteri.
Penswataan adalah salah satu ketetapan yang kita
buat untuk mengagihkan kos - kos kerajaan dan untuk memperolehi
efisyensi yang perlu ada. Kita hanya menilai wang kutipan dan
kita tidak melihat dari beberapa aspek lain. Penswastaan
memudahkan syarikat itu berkembang - menabur pelaburan
keluar negara dan sebagainya. Memudahkan mereka " explore"
kemungkinan perniagaan dan tekonologi baru. Adakah kita akan
sampai ke arah kecanggihan multi media kalau kerajaan sahaja
yang mejalankan akltiviti Telekom. Dengan penswastaan
Telekom mampu berkembang , membawa masuk broadband dan lain -
lain kecanggihan teknologi. Mungkinkan kerajaan secara
bersendirian mampu membuat exploration sehingga ke tahap
itu? Pengagihan keuntungan perlu dan pengagihan ini
dilakukan untuk berkongsi keuntungan. Ini adalah polisi dan
bukan rasuah dan sebagainya. Ini tidak menjual kepentingan
negara pada orang lain. Ini adalah pengagihan domestik dan ini
perlu untuk mencairkan kewangan supaya ianya melimpah untuk
semua sektor.
Mahkamah yang menentukan. Sewaktu persidangan itu
hakim - hakim menentukan dan mereka adalah manusia yang
mempunyai perasaan dan pendirian mereka sendiri. Saya tidak
boleh hadir duduk di sebelah mereka dan menggesa mereka membuat
keputusan. Andai kalau saya menggesa mereka untuk mendapatkan
keputusan salah bagi Anwar Ibrahim dan akhirnya mereka bangkit
dalam mahkamah memberitahu bahawa Mahathir telah mengarahkan
saya untuk menjatuhkan hukuman bersalah, sudah tentu saya akan
dipenjarakan dan dibuang dari memimpin negara ini. Saya tidak
mahu mengambil risiko bodoh seperti itu. Mereka membuat
keputusan diwaktu perbicaraan. Yang lebih dari itu
Augustine Paul masih lagi hakim dalam era Pak Lah ini, kalau
saya yang mendesak keputusan bersalah dan ini dibuktikan maka
saya dan para - para hakim lain termasuk Abdul gani Patail sudah
tentu dipenjarakan. Pak Lah boleh buat itu semua , dia ada kuasa
tetapi kenapa hakim - hakim ini masih memegang jawatan
sungguhpun bukan dalam era saya. Perlu juga diingatkan Pak Lah
turut bersetuju, tak tahulah sebab dia bersetuju. Mungkin kerana
mahu menjaga jawatan sendiri. Tapi kalau inilah sebab mereka
bersetuju, iaitu menjadi tukang angguk maka nyatalah mereka
tidak mempunyai kualiti seperti yang diharapkan. Saya pernah
tidak bersetuju , hasilnya saya dipecat. Saya tidak peduli,
pecat - pecat lah.
Ini adalah keputusan ransangan ekonomi. Saya
percaya ianya sebagai pintu masuk utama negara dan bagi
menggalakkan pelancung datang dan berbelanja , pembinaan mega
projek akan dapat menggerakkan wang negara. Keputusan ekonomi
ini adalah untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan mereka di
Sepang mendapat manafaat darinya. Pembangunan negara bergerak
atas dasar itu. Matlamat supaya semua dapat merasa kejayaan
negara harus di capai. Ini keputusan kerajaan dalam merangsang
pertumbuhan ekonomi.
Kumpulan Simpanan Pekerja dan Kumpulan Amanah
Pencen masih mampu memberi wang - wang tuntutan apabila ianya di
tuntut. Kita memulakan langkah membenarkan pengeluaran wang
untuk perumahan , komputer dan beberapa alasan lain untuk
membantu perkembangan keluarga. Kita guna juga wang itu untuk
pelaburan dan keuntungan diagihkan kepada pencarum. Ini adalah
cara kita melakukan kerja - mendapatkan pulangan dan melabur
untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan bukan sahaja dari
segi pengiraan wang tetapi juga keuntungan - keuntungan
sosial dan pembangunan masyarakat. Kita harus mengambilkira
semua ini. Soal untung dan rugi adalah soal relatif perniagaan
kerana itu kita tidak melabur dalam satu pelaburan sahaja. Kita
labur pada banyak jenis pelaburan - keuntungan kaunter ini -
kerugian kaunter sana tetapi kita pastikan pengiraan menyeluruh
itu menjana pendapatan untuk pencarum.
Kita perlu berbincang mengenai konsep pluralisma
dengan mendalam. Ini adalah negara yang berasaskan Islam tetapi
membenarkan agama - agama lain bebas dianuti. Kita mengkaji
konsep penerapan nilai - nilai Islam dan kita yakin Islam
menyediakan dasar - dasar yang kukuh untuk pentadbiran . Ini
bukan soal Anwar Ibrahim secara khusus. Kita melihat dia sebagai
seorang pemimpin yang mampu membantu lalu kita ambil dia. Kalau
Anwar Ibrahim sendiri membawa konsep komunisma , walau berapa
bagus ketokohan kepimpinan , karismatik ke atau apa sahaja kita
tidak terima. Kita jangan terpengaruh dengan pengambilan Anwar
dalam kabinet hanya kerana ianya Anwar. kita sudah kenal pasti
konsep penerapan nilai - nilai Islam yang mahu dijalankan dan
dalam pada itu kita nampak Anwar Ibrahim membawa agenda yang
serupa. Anwar memilih UMNO dia menolak PAS. Agama rasmi kita
Islam - kenapa tidak kita katakan negara ini negara Islam. Kita
laksanakan berperingkat -peringkat , mula - mula penerapan nilai
- nilai Islam dalam pentadbiran kemudian kita perkenalkan
Islamic Banking, kita adakan Universiti Islam dan proses -
proses ini meningkat. Kalau isu Anwar ibrahim yang diterbitkan ,
pergi tanya Anwar kenapa dia tidak menyertai PAS dahulu?
Ini bukan soal kuasa atau tidak. Saya dan
kepimpinan UMNO berusaha agar ini perkara ini dihapuskan. Mereka
tidak membayar wang politik di depan saya. Mereka melakukan
dibelakang saya lantas usaha ini bukan mudah untuk di selesaikan.
Hari ini kita lihat ramai yang dikatakan melakukan rasuah
politik, Tan Sri Isa di gantung sedangkan yang lain dikatakan
jelas melakukan perkara yang serupa terlepas. Kenapa - ini
adalah kerana kesukaran mendapatkan bukti -bukti yang kukuh dan
keengganan mereka keluar memberi keterangan. Ini bukan persoalan
yang mudah untuk diselesaikan tetapi mudah untuk menunding jari
dan sebagainya.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|