|
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Shafie Apdal meminta pemimpin pembangkang di
Sarawak tidak membuat kecoh tentang kekurangan gula
kerana bekalan yang mencukupi telah dihantar ke
negeri itu.
"Kami mula membekalkan gula ke Sabah dan Sarawak
semalam dan ia dijangka sampai menjelang 29 Sept,
minggu depan.
"Ia diharap akan mampu memenuhi permintaan," katanya
kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan
terhadap harga barang di pasar basah Chow Kit di
sini hari ini.
Shafie berkata beliau tidak mahu melayan kenyataan
Anggota Parlimen Bandar Kuching dari DAP Chong
Chieng Jen baru-baru ini yang memintanya meletak
jawatan kerana gagal menyelesaikan isu kekurangan
bekalan gula di negeri itu.
"Saya tak mau beri respons terhadapnya. Itu komen
bodoh. Saya sudah hantar gula. Adakah dia akan
meletakkan jawatan sekiranya gula itu sampai minggu
depan?" kata Shafie.
memanggil
orang bodoh : beliau perlu tahu mereka menyuarakan
kegusaran rakyat. Isu gula bukan baru - sudah
berlarutan. Menghantar gula pada 29hb Sept bukan
penyelesaian jangka panjang.
Empat kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang
membawa 2,784 tan metrik gula kasar dijangka tiba di
Sabah dan Sarawak menjelang akhir minggu depan bagi
mengurangkan masalah kekurangan gula di negeri
berkenaan.
Mengenai pemeriksaan di pasar berkenaan, Shafie
berkata tidak berlaku kes peniaga menaikkan harga
barang di situ, malah sesetengah mereka menjualnya
lebih rendah daripada paras harga kawalan.
"Harga stabil, malah jauh lebih rendah daripada yang
ditetapkan," katanya sambil menambah bahawa ayam
dijual antara RM5 dan RM5.50 sekilogram, berbanding
harga siling yang ditetapkan iaitu RM6.70 sekilogram
bagi ayam super dan RM6.50 sekilogram bagi ayam
standard.
-- BERNAMA
|