Dewan Pemuda
PAS Wilayah
Persekutuan
(DPPWP)
Memandang
serius
teguran dan
pendedahan
rasmi
Setiausaha
Parlimen
Kementerian
Kewangan,
Datuk Dr.
Hilmi Yahya
berhubung
perbelanjaan
bernilai
jutaan
ringgit oleh
beberapa
Kementerian
dan Agensi
Kerajaan
bagi
mengadakan
Majlis
Sambutan
Aidilfitri
setiap tahun.
Kenyataan
yang dibuat
semalam,
benar-benar
menyentap
rasa kecewa
rakyat
kerana kita
memaklumi
bahawa
setiap
Kementerian
dan Agensi
Kerajaan
adalah
dijana
dengan wang
rakyat untuk
berkhidmat
kepada
rakyat. Ini
adalah
tindakan
yang sukar
dimaafkan
oleh rakyat.
DPPWP tidak
membantah
sekiranya
pihak
Kementerian
dan Agensi
berhasrat
untuk
mengadakan
apa-apa jua
Majlis
keraian bagi
meraikan
kakitangan
dan
pelanggan
atau rakyat,
tetapi
perbelanjaan
berhemah
perlu
dilaksanakan.
DPPWP
melihat
bahawa
pembaziran
yang
melibatkan
kos jutaan
ringgit ini
adalah tidak
munasabah.
Mengikut
pemerhatian
DPPWP,
kebanyakkan
Kementerian
dan Agensi
yang sering
mengadakan
majlis
sedemikian,
kebiasaanya
akan
menjemput
sekitar
3000-5000
orang tetamu.
Berdasarkan
pemerhatian
ini, DPPWP
beranggapan
bahawa
Majlis
sedemikian
boleh
diadakan
dengan
anggaran kos
yang
maksimum RM
50 bagi
seorang
tetamu
dengan
jumlah
anggaran
perbelanjaan
sekitar RM
250, 000
sahaja.
Tetapi apa
yang mereka
buat adalah
berlebihan
dari yang
sepatutnya.
Oleh itu
DPPWP
mengesa
Jabatan
Audit Negara
untuk
membuat
pemeriksaan
ke atas
semua
Kementerian
dan Agensi
Kerajaan
berhubung
perkara ini.
DPPWP
berharap
agar pihak
Kementerian
Kewangan
mendedahkan
kepada media
dan rakyat
akan senarai
Kementerian
dan agensi
yang didakwa
melakukan
pembaziran
ini bagi
membuktikan
ketelusan
Kerajaan
dalam
memegang
amanah
rakyat.
Adakah
negara kita
sudah cukup
kaya untuk
membazirkan
wang rakyat
dengan cara
sedemikian
rupa. Kita
khuatir
dengan
dengan sikap
segelintir
Menteri dan
Pegawai
Atasan
Kementerian
dan Agensi
yang terlalu
tamak dan
suka
mengadakan
Majlis yang
terlalu
mewah.
DPPWP
dimaklumkan,
Kadang kala
ada
Kementerian
dan Agensi
yang suka
mengadakan
majlis atau
Mesyuarat
Peringkat
Pengurusan
seperti
Perbincangan
Dasar -Dasar
Kerajaan,
Mesyuarat
Post-Cabinet,
Mesyuarat
Bersama
Jabatan (MBJ),
retreat dan
sebagainya
diluar dari
ibu Pejabat
mereka.
Mereka
didapati
gemar
mengadakan
mesyuarat
sedemikian
di
Hotel-hotel
atau resort
diluar dari
kawasan Ibu
Pejabat. Ini
amat
menghairankan
kerana pihak
Kerajaan
sendiri
telah
membina
Putrajaya
sebagai
Pusat
Pentadbiran
Negara
dengan
fasiliti
Kelas
Pertama.
Ruang
Pejabat yang
besar,
Bilik-bilik
Mesyuarat
yang
pelbagai
fungsi dan
Pusat
Konvensyen
yang
dilengkapi
dengan
berbagai-bagai
Kemudahan.
Adakah ini
masih tidak
mencukupi
hingga
mereka perlu
menghabiskan
duit rakyat
untuk
mengadakan
aktiviti di
tempat-tempat
yang mahal.
Kita tidak
mahu
sebarang
penyalahgunaan
duit rakyat
berlaku
hanya kerana
ingin
memenuhi
kehendakan
Pemimpin
atau
pegawai-pegawai
atasan
tertentu.
Oleh itu,
DPPWP
mengesa agar
Ketua
Setiausaha
Negara, Tan
Sri Mohd
Sidek Hassan
memainkan
peranannya
bagi
membendung
gejala yang
tidak sihat
ini. Kita
tidak mahu
melihat
pegawai-pegawai
kerajaan ini
terlalu leka
dan
membazirkan
duit rakyat,
sedangkan
khidmat yang
diberi tidak
seberapa.
Lihatlah
diluar ini,
masih ada
rakyat kita
yang meminta
sedekah
ditepian
jalan dan
rumah-rumah
ibadat.
Masih ada
rakyat kita
yang tidak
berumah
kerana rumah
mereka
dirobohkan
oleh
Penguatkuasa
Kerajaan
Tempatan
atas dasar
Setinggan
Sifar.
Diluar ini
juga, kita
harus sedar
bahawa masih
ramai lagi
anak-anak
yatim,
orang-orang
tua dan
golongan
yang kurang
bernasib
baik yang
memerlukan
bantuan
Kerajaan.
Oleh itu
kita
berharap
agar adanya
kesedaran
bagi
Kakitangan
Kerajaan
untuk hidup
bersyukur
dan berjimat
cermat.
Jangan
kerana
kebuasan
sesetengah
Pemimpin dan
Pegawai
Kerajaan,
tahun depan
harga minyak
dinaikkan,
harga beras
digandakan,
tariff air
dan letrik
ditingkatkan.
Sebelum ini
Pemimpin
kerajaan
selalu
menuduh
bahawa
rakyat
Malaysia
terlalu
boros dengan
menggunakan
terlalu
banyak
peralatan
eletrik,
membazirkan
banyak air
tiap hari,
berbelanja
besar untuk
keperluan
harian dan
sebagainya.
Kerajaan
juga selalu
mengesa
rakyat agar
berjimat
cermat bila
harga minyak
serta tarif
air
dinaikkan.
Pada kali
ini DPPWP
bersama
rakyat
menyeru agar
Kerajaan
turut
berjimat
cermat. Kita
tidak mahu
Pemimpin
kerajaan
cakap
berdegar-degar
tentang
Jimat Cermat
tetapi dalam
masa yang
sama ekornya
bergelumang
dengan tahi.
Ibarat
menepuk ke
air,
terpercik
jua ke muka
sendiri.
Mengata
dulang paku
serpih,
mengata
rakyat-Kerajaan
yang lebih
Oleh itu,
bersamalah
kita
mengamalkan
gaya hidup
yang sihat
dan berjimat
cermat demi
kelangsungan
sebuah
tanahair
yang maju
dan berdaya
saing.
Herman
Samsudeen
Ketua
Penerangan
Dewan Pemuda
PAS Wilayah
Persekutuan