|
formmail.to: umnoreform
From_Email: jambolseven@gmail.com
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Merujuk kepada artikel yang dibaca di laman web Malaysia Today,
http://www.malaysia-today.net/blog/2006/07/jangan-halang-forum-artikel-11.htm
, saya ingin merakamkan dukacita saya terhadap pimpinan muda
keadilan saudara Shamsul Iskandar Mat Akin yang kununnya cuba
untuk menyebelahi pihak kumpulan artikel 11.
Sepatutnya Shamsul perlu merujuk dan meminta pendapat mengenai
isu yang berkaitan dengan agama ini kepada orang yang lebih
mahir mengenai agama sebelum mengeluarkan pendapat peribadi
beliau. Sebagai seorang Islam, sepatut beliau bertindak
menghalang kumpulan tersebut daripada melakukan perkara-perkara
yang akan menghancurkan Islam dan bukannya terus menyebelahi
pihak tersebut. Memang benar, hak kebebasan bersuara dibenarkan
dalam negara ini bahkan didalam Islam, namun begitu tidaklah
kita sebagai seorang Islam hanya membiarkan kumpulan-kumpulan
tersebut bersuara dan mempertikaikan hal-hal yang berkaitan
dengan agama kita.
Mungkin Shamsul memandang hanya kepada hak kebebasan bersuara,
disamping itu Shamsul menolak ketepi mengenai hal-hal agamanya
yang sedang cuba dirobek oleh beberapa kumpulan yang
menggelarkan mereka sebagai kumpulan artikel 11 yang juga
dianggotai oleh 13 NGO yang bukan beragama Islam.
Saya ingin menekankan disini bahawa hal mengenai agama kita
tidak sepatutnya menjadi topic pertikaian dalam perbincangan
yang akan diadakan oleh kumpulan tersebut.
Saudara Shamsul, walaupun saudara sebagai seorang peguam yang
selalunya mendahulukan hak kebebasan untuk bersuara, namun
sebagai seorang Islam, perlu mendahulukan hal-hal mengenai
kepentingan agama terlebih dahulu sebelum datang
perkara-perkara lain. Mungkin untuk mendapatkan sokongan pihak
berbilang kaum, saudara sanggup menolak ketepi hal-hal agama
yang akhirnya akan membinasakan umat seagama sendiri. Sebagai
seorang Islam, sepatutnya saudara menyertai pihak yang menentang
kumpulan tersebut dan bukannya memihak kepada mereka yang
kononnya atas dasar kebebasan bersuara. Kaji mengapa kumpulan
yang dikenali sebagai BADAI ini menentang dan apakah impak
sekiranya kumpulan artikel 11 tersebut
berjaya membawa isu yang dibincangkan.
Cubalah saudara semak dan kaji laman ini
http://www.geocities.com/membela_islam/index.htm . Dan
fikirlah sendiri.
Sekian,
|