BALIK KE MUKA UTAMA


Reply-To: jambolseven@gmail.com
To: editor1@umno-reform.com
Date: Tue 07/11/06 05:51 AM


Pesanan: Assalamualaikum,

Saudara pengarang, saya yakin terhadap dakwaan Dato Mufti Perak (Dato Seri Harunsani) yang menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 100,000 individu melayu yang murtad yakni keluar daripada Islam.

Sebagai membuktikan dakwaan itu benar, kes yang terang-terang berlaku antaranya kes Ayah Pin, ajaran sesat Haji Kahar dan beberapa kes lain yang yang JAKIM sendiri akui yakni pada tahun 2005 sahaja, terdapat 122 kumpulan ajaran sesat diseluruh negara. Jika bilangan setiap 122 kumpulan ajaran sesat tersebut mempunyai pengikut sebanyak 500 orang setiap kumpulan, maka dengan ini jumlah bilangan mereka telah mencecah 61000 orang.

Itu hanya yang dapat dikesan melalui kumpulan ( http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=150330 ). Bagaimana pula dengan individu-individu atau kelompok-kelompok kecil yang tidak mempunyai ketua atau berkumpulan? Pernah suatu masa lalu saya menjumpai laman web yang bertajuk "Murtad From Malaysia" yang menyenaraikan mereka yang murtad didalam laman web tersebut. Namun laman itu tiada lagi pada hari ini, entah kemana lesapnya atau mungkin telah ditukar kepada url yang lain, wallahualam.

Walaubagaimanapun saya telah menjumpai satu laman web antarabangsa yang juga memaparkan senarai nama mereka yang telah murtad dari seluruh dunia. Terdapat ramai juga mereka yang berasal dari Malaysia. Ada diantara mereka yang menceritakan sebab-sebab mereka keluar daripada Islam/murtad.
 

( http://www.apostatesofislam.com/apostates.htm ).
( http://forum.hotplugins.com/cgi-bin/showreply.cgi?tpid=58648  ).

Ada seorang wanita yang menggelar dirinya "Murtad Mama" Sila lawati laman web ini : ( http://www.menj.org/pejuang/archives/murtad_mama_is_rosin.php  ). Selain daripada itu, kita pernah dikejutkan dengan seorang wanita yang bernama Hasnah yang juga telah murtad bahkan telah memperlekeh Islam didalam sebuah gereja melalui ucapannya. ( http://www.kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=News&file=article&sid=14). Kes Nor Aishah Al-Bokhari (
http://www.mail-archive.com/tumpat@yahoogroups.com/msg00063.html  ). Kes pelajar UKM masuk ke gereja

( http://kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=News&file=article&sid=370  ) dan beberapa kes lain yang telah disembunyikan oleh pihak kerajaan dan media atas alasan menjaga perpaduan kaum.

Saya berharap agar pihak umno-reform dapat mengetengahkan isu ini memandangkan ianya menjadi isu yang teramat berat. Kami risau dengan generasi anak-anak kami.

Sekian terima kasih.

SEMOGA ALLAH MEMELIHARA GENERASI KITA DAN GENERASI SETERUSNYA. AMINN.

Wassalam.





 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762