BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: jambolseven@gmail.com

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum,

Saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh saudara Azizi yang lebih  kurang bermaksud, sekiranya seseorang itu telah memilih untuk  mengkafirkan dirinya, maka kita sukar untuk menahannya apatah lagi  beliau telahpun berkahwin dengan seseorang yang beragama kristian yang  dipilihnya.

Namun begitu dalam hal ini, saudara Azizi perlu sedar impak yang akan  berlaku sekiranya Azalina berjaya dalam kesnya maka dengan ini secara  tidak lansung akan melahirkan lebih ramai melayu Islam yang murtad.

Mungkin saudara Azizi boleh memandang kepada pihak saudara yang teguh  agama, tetapi saudara juga perlu memikirkan nasib umat Islam masa kini  yang semakin hari semakin lupa pada agamanya. Dengan dendangan hiburan  serta maksiat merata, dengan keseronokan diatasnya, maka mereka akan  lebih mudah terjerumus kelembah kemurtadan. Ini adalah kerana mereka  tahu, bahawa Islam melarang mereka melakukan perkara-perkara mungkar  sedemikian.

Jika difikirkan dipihak diri sendiri, mungkin diri sendiri boleh  melakukannya, tetapi perlu diingat tidak semua manusia sama seperti  kita. Ada yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar. Agama Islam itu  sendiri adalah agama nasihat-menasihati. Tazkirah, mengapa perlu ada  tazkirah? mengapa perkara yang telah diketahui perlu diberitahu setiap  masa? Sebab manusia itu selalunya lalai dan lupa.

Oleh yang demikian, perkara seperti yang tuan maksudkan bukanlah tidak  benar, tetapi sekiranya dilihat dari keadaan menyeluruh, tidak  sepatutnya dibiarkan mereka terus murtad. Kita sebagai seorang Islam  sepatutnya bertanggungjawab keatas agama kita sendiri. Siapa yang akan  membela agama Islam sekiranya tiada orang yang tampil untuk menahan  segala perkara seperti itu berlaku?. sendiri jaga sendiri punya agama?  sebab itulah, didalam Islam ada imamnaya, ada ulamanya...mereka inilah  yang akan memainkan peranan sebagai nakhoda dalam menerajui bahtera  agama.

sekian,

Tepuk dada tanya selera.

Wassalam.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762