BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: i_e5a@yahoo.com

From_Name: sepunder

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: assalamualaikum...

Adakah Malik Imtiaz Sarwar dikatakan sebagai peguam untuk membantu  golongan murtad menyelesaikan masalah diorang boleh dianggap sebagai  murtad..entahlah...

Mereka adalah peguam, sudah menjadi tugas mereka mempergunakan semua  kelemahan di dalam sistem perundangan negara ini untuk kepentingan diri  dan ekonomi mereka. Persoalannya, adakah perlu kita menyalahkan mereka  ataupun menyalahkan sistem negara ini yang digelarkan sistem Islam  kononnya.

Saya bukan orang PAS, jangan silap sangka, tapi persoalannya,  adakah sistem kita memberikan kelebihan kepada orang Islam. sudah pasti  jawapannya tidak. kita tidak pernah belajar daripada apa yang telah  berlaku terhadap Aishah bokhari, bagaimana dia dimurtadkan dengan  sedemikian rupa.

Persoalan kedua, Malik Imtiaz Sarwar dikatakan sering memperlecehkan  Jakim , Jais dan semua Jabatan Islam Negeri adalah suatu tamparan yang  perlu dirungkaikan oleh jabatan itu sendiri. Saya tidak pernah melihat  keberkesanan jabatan2 ini didalam memperjuangkan nasib orang islam.  Berapa banyakkah ajaran sesat yang sewenang-wenangnya diajarkan tanpa  diambil tindakan. R&D pun ada tapi apa yang mereka buat. Jabatan Agama Islam hanyalah sama taraf malah lebih teruk dari jabatan2 yang tidak  proaktif yang terdapat di negara ini.

Persoalan seterusnya yang perlu dijawab...ISLAM KAH JABATAN ISLAM....atau  hanya sekadar nama sahaja....

Sudah menjadi nasib orang Islam, direputkan oleh undang-undang yang  diciptakan sendiri oleh pemimpin-pemimpin yang jahil. Manakala Jabatan  Islam kononnya hanya mampu makan gaji tanpa memberikan sebarang nasihat  untuk membantu kelancaran perjalanan ISLAM hadhari (kononya)..

Kehadiran Malik Imtiaz Sarwar dan rakan-rakan mereka sebagai peringatan  daripada ALLAH bahawa jabatan islam di negara ini adalah sesuatu jabatan  yang olok-olok sahaja. nah terimalah bala lantaran kerosakan yang  dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri...



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762