BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: hizwan_ampang@yahoo.com

From_Name: hizwan

Subjek: Comment

Pesanan: Sbg seorang penggerak Angkatan Muda Keadilan di peringkat bahagian, saya merasa terpanggil untuk memberi respon kpd kenyataan-kenyataan yg menyentuh isu IFC dengan Angkatan Muda Keadilan (Pemuda) yg terpapar di sini.

Pada pendapat saya, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sdr Samsul Iskandar itu(jika tidak diambil out of content) tidak lebih dari pendapat peribadi beliau sebagai seorang individu dan pengamal undang-undang.

Ini tidak sekali-kali menunjukkan pendirian Angkatan Muda Keadilan di mana-mana peringkat.Semua sedia maklum,sayap kanan Parti Keadilan Rakyat ini dianggotai individu dari pelbagai latarbelakang seperti ABIM,JIM,UMNO,PRM malah mereka yang tidak pernah berparti sebelum tahun 1997.Justeru, amat mustahil jika dinyatakan bahawa menyokong IFC ialah pendirian total AMK.

Bagi saya, tindakan Sdr. Samsul Iskandar yang memohon agar forum IFC di Johor itu tidak diganggu adalah atas menghormati hak kebebasan bersuara bukan atas apa yang bakal dibicara dalam forum itu.Tetapi teguran yang beliau terima dari pihak akar umbi ialah,beliau juga harus menghormati hak dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan setiap individu untuk berdemonstrasi /menunjuk perasaan secara aman.

Saya kira banyak persoalan yang beliau perlu jelaskan di Kongres Angkatan Muda Keadilan di Equatorial Hotel, P.Pinang pada 1 Sept ini. Parti Keadilan Rakyat amat menghargai perbezaan pendapat.
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762