|
UMNO tidak mampu membela
perjuangan bangsa
IB tersentak bila membaca komen Najib dan Pak Lah
beberapa hari ini berhubung perdebatan isu membela
bangsa Melayu semasa Perhimpunan Agung UMNO
baru-baru ini. Apa yang mengejutkan IB ialah
komen-komen Pak Lah dan Najib itu membayangkan sikap
pemimpin tidak membela para perwakilan yang
menyuarakan kesediaan mereka untuk memperjuangankan
nasib bangsa Melayu sendiri.
Maksud IB ialah – pimpinan tertinggi UMNO tidak
mengambil sikap menyebelahi para perwakilan UMNO
yang bersuara lantang memperjuangkan isu bangsa,
agama dan bahasa Melayu apabila diserang hebat oleh
pemimpin DAP dan media-media. Yang mana sebenarnya
mereka (media dan DAP) inilah memainkan isu
perkauman dengan memutarkan suasana dan petikan dari
perbahasan dan suara perwakilan tersebut.
IB bukan ingin membenarkan perjuangan UMNO jauh
sekali menjadi ahli. Namun, apa yang diperkatakan
oleh para perwakilan yang dikatakan melampaui batas
(gone overboard) dalam perbahasan dan pidato mereka
sebenarnya tidak ada salahnya.
IB memetik akhbar the Sun (Nov 21, 2006) yang
menyiarkan petikan ucapan tiga perwakilan yang
dilabelkan oleh akhbar ini sebagai keterlaluan dalam
bahasan mereka. (Terjemahan dari petikan dalam
bahasa Inggeris – mungkin bukan “verbatim” yang asal
digunakan perwakilan ini).
Hasnoor Sidang Hussein (Melaka) – “Umno sedia
mengadai nyawa dan bermandi darah dalam
mempertahankan bangsa dan agama”.
Azimi Daim (Pemuda) – “…bila berlaku
ketegangan, darah pendekar Melayu akan mengalir di
dalam kita”
Hashim Suboh (Perlis) – “Datuk Hisham
sudah mengeluarkan keris. Kita ingin bertanya bila
dia akan menggunanya”
Bagi IB, kata-kata yang yang luahkan oleh para
perwakilan di atas TIDAK ADA SALAHNYA. Mereka
hanyalah menyatakan kesediaan dan kesanggupan
mempertahankan bangsa dan agama mereka dengan jiwa
raga mereka.
Mereka tidak dan belum lagi “gone overboard”. Mereka
belum membunuh sesiapa mahupun mengancam untuk
membunuh sesiapa. Dan mereka pun belum lagi menyuruh
orang Melayu keluar beramai-ramai untuk pergi bunuh
bangsa lain. Mereka HANYA sekadar menyatakan
kesediaan mereka untuk mengikuti para pejuang dan
pendekar Melayu yang lalu yang telah berbakti dan
mengorban nyawa mereka hingga kita kita berjaya
menjadi sebuah Negara aman makmur. Hasil keberanian
pejuang dan pendekar Melayu terdahululah,
orang-orang Melayu telah berjuang menentang Portugis,
Belanda dan Inggeris. Pengorbanan orang-orang
terdahululah menyaksikan pertentangan terhadap
penjajahan Jepun. Dan hasil perjuangan orang
Melayulah kita merdeka dan mencapai kemakmuran Tanah
Melayu dan bangsa-bangsa lain turut menumpang
kemakmuran yang kita capai hari ini.
Apakah salah kalau para perwakilan menyatakan
kesediaan mereka untuk mewarisi perjuangan pahlawan
serta pendekar yang telah mengorbankan nyawa mereka?
Akhbar-akhbar the Sun, the Star dan termasuk NST lah
yang sebenarnya memainkan dan mengapi-apikan isu
perkauman. Ditambah dengan ketua-ketua perkauman (dari
parti), yang amat membenci keadilan terlahir dari
Islam, juga turut jahat dalam mengipas bara
perkauman yang dimainkan akhbar-akhbar tersebut.
Yang malangnya untuk para perwakilan ini ialah,
pemimpin mereka sendiri yang kecut apabila diacah
oleh mereka yang memusuhi Melayu dan Islam dan
diapi-apikan oleh pihak media.
Najib yang mula melatah dengan mengikut rentak
permainan DAP dan puak-puak Melayu-phobia dan
Islamophobia. Najib dilaporkan mengaku sesetengah
pemidato “got carried away”. Seperti yang telah
dijelaskan tadi – menyatakan kesediaan
memperjuangkan nasib dan survival Melayu-Islam -
bukannya “got carried away” namanya. Apakah dia
terlalu selesa hinggakan tidak lagi sanggup menuruti
semangat Dato’ Bahaman dan Mat Kilau?
Najib parah terperangkap bila mencari alasan yang
“memakan diri” dengan menyata perwakilan yang “gone
overboard” ini adalah mereka itu kurang
berpengalaman dalam membahas isu perkauman yang
sensitif. The Sun memerangkap Najib bila memetik
ketiga-tiga pemidato di atas – yang mana umum maklum
mereka itu bukan setahun jangung dalam UMNO dan ke
Perhimpunan Agung.
Kenapa tidak Najib membetulkan salah tanggapan
golongan Melayuphobia dan Islamophobia ini sambil
membela dan memberi sokongan moral kepada mereka
yang telah menyatakan kesediaan untuk memperjuangkan
nasib bangsa dan agama? Bukankah itu lebih murni
untuk Najib menyuntik semangat kepada kesediaan
“pejuang Melayu” ini sambil menasihati mereka untuk
berhati-hati bila bertindak dan tidak akan memulakan
cabaran dan turut menegur para Melayuphobia dan
Islamophobia ini agar memahami tanggungjawab UMNO
yang akan mempertahankan hak dan nasib bangsa dan
agamanya. (Apakah mungkin kerana kini UMNO sudah
tidak lagi 100% Melayu-Islam dengan kemasukkan
bumiputra bukan Melayu-Islam ke dalam UMNO – maka
UMNO tidak lagi mampu membela bangsa dan agama?)
Setelah Najib terjerumus dan terperangkap, Pak Lah
turut serta tidak membela para perwakilan. Malah Pak
Lah memberi peluang untuk membukakan siasatan pula
ke atas mereka ini. Dan terbaru pula Ketua Polis
Negara menyambut ura-ura Pak Lah dan akan memulakan
siasatan ke atas perkara ini. Sungguh mengaibkan
kerana pimpinan UMNO sendiri yang memalingkan
sokongan mereka terhadap mereka yang sanggup
memperjuangkan mati-matian hak dan nasib bangsa.
Hari ini, the Sun memaparkan “UMNO hauls ‘em up”.
Najib sekali lagi tidak membuat kenyataan yang
melulu. Kerana diprovoke tidak henti oleh media
Melayuphobic dan Islamophobic, Najib menyatakan
bahawa UMNO akan “proaktif” untuk memanggil mereka
yang “jangled racial nerves” untuk mengadap
jawatankuasa pengurusan UMNO. Hingga Najib terpaksa
menjawab “No … the police have not contacted us.
UMNO will instead be proactive and call in the
speakers in a few days”. Siapa tak tahu, Polis pun
tak akan berani memanggil mereka ini selagi belum
menerima lampu hijau dari pimpinan UMNO?
Jelaslah bagi IB, UMNO tidak mampu untuk membela
perjuangan bangsa dan agama. Hanya cakap-cakap
retorik sahaja yang mampu ditaburkan.
Sekian
Ibrahim Baba
29 Nov 2006
p.s. Sememangnya IB telah lama tidak menulis. Ketika
kembali di Tanah Air untuk sekadar sebulan lebih ini
– IB cuba menulis sekadar termampu. Tulisan-tulisan
lama IB ada termuat di http://www.lamanib.bravehost.com/ |