BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Pak Lah masih belum menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia
email diterima

Semakin hari semakin surut dan semakin hari semakin - semakin kalut. Itu adalah hakikat kedudukan Pak Lah dalam memimpin kepimpinan tertinggi negara ini. Serangan bukan membabi buta. Pak Lah terpaksa menjawab dan jawapan beliau sering membenarkan kesahihan tuduhan lantas ini menunjukkan kekalutan pentadbiran negara di bawah era pemerintahan Pak Lah. Soal bermula dengan Islam Hadhari, temuramah yang menjadi pembela kepada pinjaman hampir 9 juta dari seseorang kepada Khairy Jamaluddin, pembatalan jambatan Malaysia - Pulau Pinang, penjualan saham syarikat, pembelian kapal dan kapal terbang amat memperlekehkan diri beliau sendiri. Sampai bila beliau harus menerima dan terus menelan segala tuduhan yang hampir semuanya benar dan tepat.

Pak Lah sebenarnya keseorangan. Mereka yang ada bersebelahan Pak Lah kini sepi dan akan terus menyepi kerana mereka juga tahu, Pak Lah masih belum lagi menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia . Mereka percaya bahawa mereka tidak seharusnya bangkit mempertahankan Pak Lah kerana Pak Lah mungkin tidak akan bertahan lama. Jangan bakar jambatan semata - mata kerana Pak Lah. Mereka hanya perlu bertahan dan mengumpulkan dana buat diri kerana Pak Lah tidak akan dapat membawa kecemerlangan seperti yang dijanjikan. Pak Lah sekali lagi dikatakan masih belum menjawat jawatan Perdana Menteri dalam pengertian yang luas.

Sokongan palsu ahli UMNO pada Pak Lah

Kenyataan Pak Lah bahawa beliau akan meneruskan apa yang beliau rasa perlu dan beliau masih disokong oleh majoriti  adalah angan - angan yang mahu menyedapkan hati sendiri. Pak Lah patut sedar bahawa sokongan ahli UMNO adalah sokongan bersyarat dan beliau pasti akan tahu kebenarnan ini sebaik sahaja kuasa beliau kelak tergoncang.

UMNO hanya menyokong mereka yang sedang memimpin dengan harapan agar sokongan ini dapat menzahirkan sesuatu buat mereka. Namun dalam era Pak Lah semakin banyak tentangan adalah dari dalam UMNO. Ini sepatutnya mengusarkan UMNO khususnya Pak Lah.

Pak Lah pasti akan tersingkir

Dengan prestasi yang amat tidak membanggakan selepas 3 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri, dengan orang kelilingnya hanya melihat dan menanti setiap kesalahan beliau, Pak Lah pasti tersungkur. Selagi Pak LAh tidak bertindak menjadi Pedana Menteri Malaysia yang sebenar - selagi itu UMNO dihujung tanduk.  

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762