BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

hobin jang <glokal1@yahoo.com.my>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: OTAK PERLU DIISI
Date: Fri 12/01/06 08:09 PM



SATU LAGI MAT, Berlin, Jerman menulis :

****Otak yang diisi dengan pengetahuan sama ada melalui pembacaan, Internet, mengikuti siaran berita dan hal ehwal semasa serta hal ehwal dunia dan sebagainya akan menjadikan mereka prihatin dan sensitif dengan isu-isu semasa****

Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau berkenaan "otak perlu diisi" agar "mereka prihatin dan sensitif dengan isu-isu semasa".

Telah berbuih perbincangan mengenai "sikap" orang Melayu-UMNO di serata cerok rantau, namun, hakikatnya, mereka masih kekal dengan tradisi "bergayut ke atas", tanpa peduli dengan sekitaran.

Kepedulian kepada masyarakat hanya berlaku ketika pilihanraya, selepas itu, mereka akan akan menjadi "hero kepada keluarga dan kroni". Kepedulian kedua ialah ketika berlaku pertandingan dalam pemilihan kepimpinan pelbagai peringkat. Ketika itu mereka kelihatan sebagai orang yang sangat prihatin dengan parti dan masyarakat Melayu. Hujah yang paling memuakkan ialah "abang tak nak jawatan, tapi orang kampung nak juga abang bertanding, jadi kau kena sokonga abang ni ! (bersama itu dihulur amplop)".

Masalahnya, ahli parti atau "masyarakat akan hilang akal bila telah dapat habuan", gilanya, lalu merasa terhutang budi dan ikut mengundi siapa yang menghulur. Dalam pemilihan parti pertimbangan utama bukan kerana kredibiliti sang calon, tapi "calon mana yang mampu memberi paling banyak". Dan, malang sekali bagi calon yang memberi sedikit, mereka akan "menyauk" juga "amplop" mereka, lalu "melopong". Gejala beginilah yang menyebabkan ALlahyarham Tun Gaffar Baba sampai tergamak menyebut "UMNO AKAN DILELONG"

Di sinilah akar permasalahan yang telah menjadi barah dalam umno. Tahap barah ini barangkali boleh diandaikan sama dengan "barah payu dara", walaupun telah dipotong dan menjalani kimoterapi, dalam masa 2 tahun, lazimnya akan meninggal. Menurut dokter pakar, jika dapat dikesan dan dibuang barahnya pada peringkat awal, masih boleh diselamatkan. Tapi, kalau di peringkat kronik, usaha hanya dilakukan untuk menangguhkan kematian (bukan ajal, kerana itu kuasa ALlah SWT).

Isunya, "masih bolehkah umno diselamatkan dari pada barah payu dara yang sudah berada pada peringkat kronik ini ???"

Saya ingin berkongsi pandangan dengan para peserta laman ini.

"MEMPERKUKUH, BUKAN BERMAKNA MERUNTUH"


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762