|
UMNO hanya akan tersedar bila hilang kuasa.
Semuanya mula terbongkar. Pergeseran Mahathir dengan
Pak Lah membongkar kepentingan keluarga mereka dalam
perniagaan. Mahathir akan mula membongkar peranan
Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin dalam memperoleh "
favours" dari kerajaan kepimpinan Pak Lah dan Pak
Lah , kalau bukan beliau tetapi angkatan penyokong
beliau sudah mula membuka pekong - pekong "keistimewaan"
yang diperolehi oleh anak - anak dan kronis Mahathir.
Semuanya seakan mula terbongkar dan semuanya
menunjukkan satu perkara utama - mereka berbalah
bukan kerana rakyat dan bukan kerana kepentingan
rakyat.
Kalau
ada pun ianya digunakan atas nama rakyat untuk
kepentingan tertentu yang bakal menguntungkan apa
yang disebut "Melayu Perdana". UMNO sekarang
menghadapi berbagai serangan. Semestinya serangan
wujud dari pihak pembangkang dan kini beralih kepada
serangan dalaman UMNO sendiri. Kerajaan kepimpinan
UMNO juga seakan diserang pula oleh ketidakpuasan
orang - orang Cina yang ditambah dengan
kenyataan Singapura seolah - olah mereka akan
memperjuangkan hak - ahk orang - orang Cina
rantau ini.
Tiga
bebanan utama ini - serangan dari pembangkang,
pergeseran dalaman dan kini kritikan dari bangsa
lain yang mengatakan UMNO pengamal politik perkauman
meletakan UMNO dalam keadaan yang amat tidak selesa.
Sungguhpun kalangan UMNO khususnya kepimpinan
Bahagian dan Pemuda Bahagian yang rapat dengan akar
umbi rakyat hanya bertindak dibawah kelambu dan
tidak menyeluruh. Mereka gagal memberi penerangan
yang bersesuaian yang jitu mengenai apa yang sedang
berlaku dan pergolakan yang sedang melanda. Masing -
masing hanya memikirkan politik dalaman sehingga
terlupa bahawa rakyat diluar sana - yang tidak
berpolitik juga adalah pengundi yang akan menentukan
kedudukan UMNO pada pilihanraya akan datang.
Perbicaraan mengenai siapa sokong siapa dalam UMNO,
kem siapa yang harus dipilih melalaikan sehingga isu
- isu rakyat yang lebih penting terbiar begitu
sahaja. Kedudukan ini mampu mencederakan UMNO. Kita
lihat ramai kepimpinan Pemuda UMNO yang lain hanya
bisu dalam membicarakan isu - isu rakyat bagi
menyakinkan rakyat bahawa UMNO adalah satu - satu
parti yang akan memperjuangkan rakyat khususnya
Melayu. Sehingga hari ini yang kita nampak adalah
suara - suara merebut populariti tanpa isi
perjuangan.
Kita
masih berdepan dengan masalah - masalah pengangguran
Melayu , masalah ketidakpuasan hati terhadap rumah
setinggan dan peneroka kota dan masalah sosial
kalangan Melayu. Kita turut sekarang berdepan sedang
sindiket yang memainkan isu - isu bagi menaikan
kemarahan bangsa lain terhadap kepimpinan Melayu
yang turut berselindung dibawah isu kemiskinan orang
- orang Melayu.
Semakin
ramai komen - komen yang hadir dalam laman -
laman web membicarakan bukan sahaja kegagalan UMNO
malah menyuarakan relevansi UMNO dalam
memperjuangkan rakyat khususnya orang - orang
Melayu. Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO semakin
hari semakin banyak membuat urusan yang menjarakan
Melayu dari UMNO. Tekanan terhadap oang -
orang miskin Melayu dan rakyat miskin umum semakin
menjadi jadi dengan kenaikan harga barangan -
kegagalan mengawal kos kehidupan yang semakin tinggi
dan gagal bertindak menyebelahi rakyat miskin khusus
dalam soal - soal perumahan. UMNO dipersoalkan dan
apa yang nampak sekiranya ada program yang mampu
memberi lonjakan kepada kepimpinan negeri maka
disitu mereka akan hadir tetapi sekiranya mereka
dijemput dan diminta membantu dari segi
memperjuangkan hak - hak rakyat - mereka senyap
tanpa berkata - kata. Mereka takut ini akan
mencalarkan kedudukan mereka dalam UMNO dan dalam
menjawat jawatan politik di Kementerian.
Ini
menjadikan golongan rakyat miskin semakin marah dan
terus mempersoalkan relevensi UMNO dalam
memperjuangkan kemakmuran rakyat. Rakyat dalam
merumuskan keadaan ini akan terus menyalahkan Pak
Lah kerana gagal bertindak sebagaimana yang
dijanjikan oleh beliau. Pentadbiran yang effisyen
tanpa birokrasi masih tidak terbendung dan ini
menjadi putik kepada korupsi dan sebagainya. Pak Lah
harus menilai kepimpinan yang sanggup berdepan
dengan rakyat, memperjuangkan rakyat sehingga
sesuatu isu tersebut dapat diselesaikan atau dapat
diatasi dengan penerangan yang sesuai dan berkesan.
Sehingga hari ini masih terdapat kepimpinan yang
lebih suka berdiam tanpa mengambil initiatif untuk
mempertahankan hak rakyat, menyelesakan mereka malah
nampak jelas menyebelahi kontraktor sehingga digelar
wakil kontraktor dan bukan wakil rakyat. Kita juga
dapat melihat rakyat kini berdepan dengan kerajaan
yang bertindak melebihi along - along yang ada,
menekan dan terus menekan tanpa peluang untuk rakyat
miskin dan menghadapi masalah kewangan bangkit untuk
bernafas. Kita faham bahawa ada antara mereka yang
bukan miskin tetapi cuai untuk melakukan pembayaran
tetapi kecuaian mereka tidak harus dipikul dengan
penindasan terhadap rakyat biasa. Kita pernah
memaparkan bil air yang dipotong kerana gagal
membuat pembayaran sebanyak RM 83.00. Kos
penyambungan yang tinggi bernilai RM 50.00 dikenakan.
Adakah ini logik sedangkan wang deposit RM 100.00
tidak dikira sebagai jaminan pembayaran. Isu
- isu kecil rakyat dibiarkan begitu sahaja dan ini
terus menjarakkan rakyat dari kepimpinan yang ada.
UMNO
hanya akan tersedar bila hilang kuasa.
Ahli
UMNO sendiri harus mengambil initiatif yang berbeza
dalam memilih wakil mereka. Mereka tidak harus
terikat pada tradisi usang yang kononnya
pertandingan akan menyebabkan perpecahan.
Pertandingan yang akan menyebabkan perpecahan adalah
sekiranya ukuran kepimpinan bukan dinilai dengan
sumbangan kepada rakyat tetapi dipilih berdasarkan
kronisma dan korupsi politik. Ukuran kepimpinan yang
dinilai dari segi perjaungan terhadap masalah -
masalah rakyat tidak akan menyebabkan perpecahan
malah menguntungkan UMNO sendiri.
Sehingga hari ini apa yang jelas ialah sokongan
terhadap UMNO semakin menipis dan semakin terhakis.
Ini adalah kerana kepimpinan menegah khususnya
diperingkat bahagian dan cawangan hanya hadir untuk
dilantik atau mengharap jawatan yang lebih tinggi
sehingga mereka akur dengan segala perlakuan
songsang kepimpinan yang sedia ada.
Ini
pasti akan menyulitkan UMNO dan pasti akan
menyukarkan Melayu. Hari ini dakwaan UMNO semakin
menyukarkan Melayu semakin kedengaran dan ini adalah
indikasi yang tidak menyenangkan. Ini akan menjadi
satu penyebab bila Melayu akhirnya hilang kuasa
politik. Kita harus sedar kepimpinan yang mahu kuasa
kerana dapat menjual kuasa yang ada adalah
kepimpinan yang khianat bukan sahaja kepada UMNO
malah kepada agama, bangsa dan negara.
Ahli
UMNO fikirkan..
|