BALIK KE MUKA UTAMA


<hasmad@tm.net.my>
 Pak Lah penakut? Date: Tue 07/04/06 03:17 AM

Pak Lah ni dah jadi buah mulut orang. Mereka tahu dia tidak patuh kepada masa, selalu datang lambat, bercakap berulang-ulang, tidak berisi, membosankan, tidak suka membaca (surat rasmi yang ringkas pun, menurut cerita yang saya dengar, dia tidak membacanya), tidak tegas, suka melepaskan tangan, berserah kepada orang lain untuk mengambil tindakan (dan jika orang lain itu tidak mengambil tindakan, dia tidak buat apa-apa, dia biarkan sahaja).

Sekarang kita dengan daripada ZAM bahawa Pak Lah penakut - dia takut nak berjumpa Mahathir. Ini bahaya kepada bangsa Melayu atau umat Melayu-Islam di Malaysia, bahaya kalau mereka dipimpin oleh orang seperti PaK Lah, lembab, berdolak dalih, tidak tegas, tidak menghormati masa (ini melanggar nilai Islam), dan akhirnya panakut. Bayangkan, kalau dia digertak atau diugut oleh Bush atau PM Singapura supaya mematuhi kehendak Amerika atau Sinapura dalam hal-hal yang penting seperti pertahanan negara, ekonomi negara, agama Islam dll. Kalau dia menyerah kepada kehendak Amerika alamatlah Malaysia akan menjadi seperti Iraq atau Palestin, atau sebagai koloni Amerika.

UMNO mesti cegah atau perbetulkan Pak Lah; adakan perjumpaan tertutup untuk memberitahu beliau tentang kelemahannya sebagai pemimpin negara, tentang pengaruh Khairy, menantunya, dan lain-lain lagi yang sudah menjadi buah mulut orang dan menjadi sasaran kritik Mahathir -jangan asyik nak puji dan sokong dia sahaja - tapi tak jujur.

Wahai UMNO, Tolonglah, selamatkan bangsa Melayu-Islam di negara ini.

Sang Kancil
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762