BALIK KE MUKA UTAMA

Isu murtad -  bangganya orang Muslim yang memperjuangkan jalan untuk membolehkan MURTAD


Mereka puak - puak Kristian seluruh dunia sedang mendoakan Lina Joy. Mereka mengambil berat halangan untuk murtad yang dilakukan dan dilaksanakan oleh negara ini.

http://www.mnnonline.org/article/7841
http://www.dohi.org/view_article.asp?id=147&cat=1
http://jacklewis.net/weblog/archives/2005/09/religious_freed.php
http://www.hcjb.org/news/global_religious_news/malaysian_court_rules_conversion_from_islam_illegal_.html
http://www.openweblog.com/users/mertaka/99931.html

Ini adalah antara beratus - ratus laman web luar negara yang bangkit mendoakan Lina Joy Haris Ibrahimdan dalam masa yang sama mengecam bukan sahaja tindakan Malaysia tetapi juga seolah - olah kehadiran agama Islam boleh di cabar dengan logik kebebasan beragama seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara ini.

Dalam banyak  - banyak laman web saya tertarik pada satu laman web http://www.ipsnews.net/news.asp?idnews=33940 bertarikh 12 Julai 2006. Kenyataan peguam Haris Mohamed Ibrahim, seorang muslim memberi kemenangan moral peringkat antara bangsa dengan meletakkan undang - undang ciptaan manusia lebih penting dari surah dan ajaran Allah SWT. Kata - kata Haris Ibrahim yang ditulis dalam web tersebut adalah seperti berikut :This country was intended to be a secular state by the founding fathers. It has a secular constitution and the people enjoy certain fundamental secular rights like freedom of religion," said civil rights lawyer Haris Mohamed Ibrahim, a Muslim himself. Secara spesifik mereka menekankan dalam artikel mereka yang Haris adalah seorang yang beragama Islam dan penekanan ini telah memberi kemenangan moral kepada mereka yang amat gembira melihat orang - orang Islam keluar dari agama.

Dalam satu temu bual dengan The Sun, apabila disoal " apa komen anda sekiranya  orang  - orang Muslim mengatakan bahawa beliau Haris Ibrahim adalah antara orang Islam yang membantu golongan untuk melaksanakan murtad, beliau menjawab dengan memberi sepotong ayat Al Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris "

dan disini saya letakan salah satu tafsiran dalam bahasa Melayu mengenai Ayat Al Nisa ayat ke 75 '   Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

Kami bukannya ada  "authority" dalam membicarakan isu ini tetapi kami percaya ini adalah satu perbuatan yang tidak sihat malah berbentuk ancaman kepada agama Islam malah kami mungkin salah tetapi merasakan Haris Ibrahim menggunakan ayat ini untuk menghalalkan  beliau memperjuangkan agenda mereka yang mahu murtad.
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762