|
formmail.to: umnoreform
From_Email: gudanggaram_16@yahoo.com
From_Name: latok
Subjek: Comment
Segera: Yes
Pesanan: Murtad di Malaysia ni bukan perkara baru, kes paling
sensasi ialah ke Siti Aisyah, yang dikatakan sekarang ini
berada di Australia dan menjadi sister di sana. kenapa
masih berlaku lagi perkara macam ini di zaman Islam
Hadhari? kemana menghilangnya pihak berwajib untuk
menagani kes-kes macam ini? jangan semata-mata di letakan
kes-kes sebegini di atas bahu Jabatan Agama Islam, Mufti
dan Ulama sahaja, mana Pak-pak Menteri yang lantang
bersuara mempertahankan Pak Lah bila mana Tun Mahathir
mengkritik tentang isu jambatan bengkok.
Pasal jambatan cakap berdegar-berdegar tapi bila maruah dan
kesucian Islam di perlekehkan oleh Agama lain kenapa Pak-pak
Menteri ni diam seribu bahasa, apa! Menteri-menteri ni
semua dah murtad ke? cuba korang pikir la, macam mana
bangsa dan agama lain tak hormat dengan Agama Islam,
mejoriti Menteri-menteri Kabinet beragama Islam tapi dalam soal
Agama aku tak nampak pun yang lantang bersuara menemplak IFC
atau pun paling tidak Sisters in Islam yang dah tak macam
Islam tu, mane..! tada seorang pun yang berani bercakap
pasal tu, kalau ada pun bila di ajukan soalan dari
wartawan, itu pun bagi jawapan macam orang bodoh, tak ada
yang bersungguh.
Dulu di sekitar tahun 90an ada satu kes di Subang Jaya, satu
keluarga Mualaf India Muslim di bunuh, dan di percayai
yang membunuhnya tu adalah keluarganya sendiri kerana
tidak puas hati anaknya masuk Islam, aku nak tanya pembaca
semua, kes tu dah selesai ke belum? kenapa kes tu tak di
keluarkan di akhbar-akhbar tempatan, cerita tu hanya dapat di
dengar di kuliah-kuliah di surau sahaja,kenapa boleh jadi
macam tu? aku bukan nak menghasut ke apa ke, tapi korang
pikir la sendiri, orang Kafir sanggup mempertahankan
kesucian agama diaorang hinggakan anak sendiri pun sanggup
dia bunuh asalkan jangan murtad pada agamanya, tapi kita sebagai
orang Melayu yang beragama Islam boleh buat PEKAK je bila orang
lain cuba campur tangan dalam Agama kita, tak ke bangang
Orang Melayu macam tu...
Mana perginya Ketua Agama Islam kita? mana perginya Penasihat
kepada Ketua Agama kita? boleh pakai lagi ke Artikel 3
(1),(2),(3),(4),(5), boleh pakai lagi ke? orang melayu
yang mengetuai pimpinan negara ini kenapa tidak dipinda
Artikel 12 (4) atau buat la apa-apa pun asalkan jangan
sampai puak-puak kafir ni memperlekehkan Agama Islam tu di
sebapkan ada nya artikel bodoh tu.
Aku berharap sangat-sangat la sekiranya ada kerabat-kerabat di
raja yang membaca tulisan aku ini, tolong lah masukkan
perkara ini dalam agenda utama mesyuarat majlis raja-raja
nanti, bahas dan bicang lah secara waras dan buatlah satu
keputusan yang tepat untuk kebaikan Agama Islam dan orang
Melayu, jangan di sebapkan kelalaian dan sikap PEKAK kita satu
hari nanti Anak-Cucu kita kencing di atas kubur kita sambil
memaki hamun kerana dulu kita tidak mempertahan kan Agama
Islam dan Ketuanan Melayu, biar kita seribu kali bertukar
parti, jangan sesekali kita bertukar agama.
|