BALIK KE MUKA UTAMA

 

 

Edisi KL Harian Metro : Kebas jutaan ringgit sebulan

Oleh Nazarali Saeril

KUALA LUMPUR: ?Lanun? sindiket gores dan menang beroperasi di seluruh negara dipercayai mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit sebulan, hasil penipuan hadiah kereta mewah, selain wang tunai RM1 juta terhadap pelanggan yang terpedaya.

Keuntungan terbabit diperoleh selepas setiap mangsa yang terpedaya di minta membayar secara tunai antara RM3,000 hingga RM12,000 setiap kali diminta untuk menggores kad rahsia yang di dalamnya kononnya terdapat hadiah misteri bernilai tinggi.

Bermodalkan penapis air berharga kurang RM20, mangsa diperdayakan bakal menerima hadiah mencecah RM1 juta tetapi perlu membayar sejumlah besar wang secara tunai walaupun terpaksa bergolok bergadai.

Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), berkata lanun terbabit yang kebiasaannya bergerak dalam kumpulan mengetahui setiap kad gores dan menang yang dibawa mempunyai pengenalan khas sebelum diserahkan kepada mangsa.

?Ada tanda tertentu pada kad gores dan menang seperti tanda titik dan sebagainya untuk memudahkan lanun terbabit menyesuaikan hadiah yang kononnya bakal di menangi dengan mangsa yang menjadi sasaran.

?Jika dilihat mangsa agak berwang dan mudah diperdaya, mereka akan menyediakan kad gores dan menang yang bernilai tinggi dan sebaliknya jika individu berkenaan di rasakan kurang mampu,? katanya, di sini, semalam.

Menurut sumber, kebiasaannya, lanun sindiket terdiri daripada pelajar lepasan sekolah yang dijadikan kambing hitam untuk menawarkan kad terbabit kepada orang ramai sama ada di kawasan perumahan, pusat beli-belah, stesen minyak selain kawasan meletak kenderaan.

Remaja terbabit pandai memujuk selain mampu berlakon sedih jika mangsa menolak tawaran mereka.

?Kumpulan terbabit ada kalanya bersikap agresif sehingga sampai tahap mengugut mangsa terutama golongan warga emas atau yang menetap di pinggir bandar.

?Apa yang penting, mereka mahukan wang tunai seberapa banyak yang mungkin dalam masa sehari. Ini kerana, kumpulan itu memperoleh pendapatan berdasarkan komisen dan sanggup menipu walaupun mangsa daripada golongan kurang berada atau warga emas,? katanya.

Antara taktik diguna ialah membiarkan mangsa mengoyak kad gores dan menang itu dengan alasan ia percuma tetapi mula terpedaya sebaik mendapati di dalamnya terdapat pelbagai hadiah menarik.

Selepas itu, mangsa diminta membuat pelbagai bayaran mencecah RM12,000 dengan alasan, ia mungkin boleh membuatkan mangsa menerima hadiah lebih besar.

?Mereka disyaratkan membuat pembelian terlebih dulu pelbagai produk elektrik bernilai ribuan ringgit dan bagi memudahkan pembayaran, mangsa boleh membayar menggunakan kad kredit.

?Selepas membuat pembayaran, mangsa tidak boleh menuntut kembali wang berkenaan walaupun menyedari di perdaya sindiket,? katanya.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762