|
formmail.to: umnoreform
From_Email: gerakmalaysia@gmail.com
From_Name: penting
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: KENYATAAN MEDIA GERAK
8 DISEMBER 2006
Transparency International Global Corruption
Barometer 2006
55 % RAKYAT TIDAK YAKIN PERANG ANTI RASUAH KERAJAAN
3 % RAKYAT TERLIBAT BERI RASUAH DALAM 12 BULAN
PDRM AGENSI PALING KORUP
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK), mengajak
kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat melihat
serius satu hasil kajian mengenai ukuran
rasuah yang diumumkan baru baru ini.
Kajian yang di umumkan oleh Transparency
International yang dikenali sebagai Global
Corruption Barometer 2006 dijalankan secara soal
selidik secara rawak di kalangan rakyat biasa
di seluruh negara.
GERAK sama sekali tidak terkejut tetapi mengajak
rakyat melihat dengan serius bahawa 3 % dari
mereka yang di temui dalam soal selidik ini
mengaku bahawa mereka atau isi rumah mereka ada
terlibat memberikan atau dipaksa memberikan
rasuah dalam tempoh dua belas bulan kebelakangan ini.
Ini menunjukkan rasuah telah membarah di seluruh
peringkat dalam negara.
Manakala dari soal selidik tersebut PDRM di letakkan
sebagai agensi paling korup di ikuti parti
politik, sektor swasta, parlimen (parliament /
legislature), pendaftar dan pihak berkuasa yang
memberikan permit, sistem kehakiman dan
perundangan, percukaian dan media.
Ini amat mencemaskan bagaimana polis yang merupakan
elemen penting dalam menjamin keselamatan
negara mula diragui ketelusannya. Persepsi ini
perlu dibaiki segera Suruhanjaya seperti IPMC perlu
disegerakan untuk mengembalikan imej PDRM.
Dalam perkembangan ini GERAK turut menyatakan
sokongan terhadap saranan Ketua Polis Negara Tan Sri
Musa Hassan yang menyatakan bukan sahaja harta
milikan pegawai polis akan disiasat tetapi
cara perbelanjaan mereka juga akan di pantau, cuma
GERAK berharap pemantauan harta dan cara hidup
ini bukan kepada pegawai polis biasa sahaja
tetapi juga pegawai kanan PDRM termasuk Tan Sri Musa
juga dan ia perlu di buat oleh sebuah badan
bebas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
Melalui hasil Global Corruption Barometer 2006 juga
dinyatakan 55 % rakyat Malaysia tidak yakin
dengan keberkesanan perang anti rasuah yang di
lakukan kerajaan ini berbeza dengan Singapura, 89 %
rakyatnya yakin dengan keberkesanan usaha
kerajaan Singapura ke arah memerangi korupsi.
GERAK mendesak kerajaan agar memberikan perhatian
dalam perkara ini. Seluruh dunia mula melihat
korupsi semakin parah dalam negara ini.
Selepas negara jatuh ke tangga 44 dalam Indeks
Persepsi Rasuah kini satu lagi kajian
antarabangsa menyatakan lebih dari rakyat Malaysia
juga tidak yakin dengan perang rasuah kerajaan.
Senario ini amat tidak baik untuk iklim
pelaburan. Pelaburan asing yang masuk semakin
mengecut dan pelabur menjauhi Malaysia kerana
persepsi ini. Kerajaan perlu lebih serius dan
bukan hanya memerangi rasuah dengan slogan dan
retorik.
Negara perlu ada sebuah badan anti rasuah yang bebas.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu diperkasakan
dan dibebaskan dari bawah Jabatan Perdana
Menteri. GERAK sekali lagi mengulang gesaan BPR
perlu diletakkan terus di bawah Parlimen
Malaysia dan juga kerajaan perlu mengakui serta
menggunakan pakai Konvensyen Anti Korupsi UN. Rasuah
perlu diperangi dengan tindakan dan pindaan di
parlimen bukan hanya dengan slogan retorik.
RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Ko Ordinator
www.gerakmalaysia.org
|