PERTIKAI PEMBINAAN
ISTANA BUKAN ANTI
SISTEM BERAJA.
Pada 13 November,
Menteri Kerja Raya,
Datuk Seri S. Samy
Vellu mengumumkan
rancangan kerajaan
untuk membina istana
baru berharga RM400
juta bagi
menggantikan Istana
Negara sekarang.
Lebih mengecewakan
ialah projek
pembinaan tersebut
tidak di berikan
secara tender
terbuka tetapi
diberikan kepada
kontraktor secara
runding terus.
Gerakan Demokrasi
dan anti Korupsi
(GERAK) memandang
serius perkara ini.
Ia bukan setakat
pembaziran wang
rakyat dalam keadaan
ekonomi negara yang
teruk dan kehidupan
rakyat yang
terhimpit tetapi
isunya juga ialah
kenapa projek ini
tidak di bida secara
terbuka.
Apakah ia merupakan
projek yang amat
mendesak dan
berkepentingan
rakyat terbanyak
sehingga ia perlu di
percepatkan dengan
diberi secara
runding terus. Siapa
yang mendapat projek
tersebut dan apa
kreteria pemilihan
kontraktor ? Sudah
tentu penyelewengan
dan salah guna kuasa
bakal berlaku.
Mengulas laporan
Polis terhadap Ketua
Pembangkang Malaysia
yang dibuat oleh
Majlis Angkatan
Permuafakatan NGO
Malaysia (Mapan)
pada 28 November
2006 di Balai Polis
Dang Wangi, GERAK
meminta MAPAN benar
� benar paham isu
sebenarnya.
Mempertikaikan
pembinaan istana
tersebut bukan anti
sistem beraja.
GERAK kesal dengan
kenyataan melulu
Pengarah Sekretariat
Mapan, Dr. Izham
Nayan yang
menyatakan,
kenyataan Lim itu
seolah-olah
mencerminkan
sentimen anti
institusi raja
negara dan hak Yang
di-Pertuan Agong
yang tidak boleh
dipersoalkan.
Mempersoalkan
perkara ini dianggap
biadab, menghina dan
mencabar kewibawaan
rakyat negara ini,��
katanya seperti yang
dilaporkan Utusan
Malaysia.
GERAK menghormati
sistem beraja di
Malaysia tetapi
pembinaan istana ini
isu yang berlainan.
Ia melibatkan
ketelusan dan
integriti kerajaan.
Mapan seharusnya
memahami permasalan
sebenar dan
bertindak
berdasarkan rasa
getir rakyat
terbanyak bukan
hanya bertindak
melulu membodek.
Rakyat malaysia amat
memerlukan
pertubuhan bukan
kerajaan (social
Society movement)
yang memperkasakan
kedaulatan rakyat.
che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com
/ badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404 |