|
Kenyataan Media GERAK
4 Mac 2007
MASA TERBAIK LETAKKAN BADAN PENCEGAH RASUAH DI
BAWAH PARLIMEN.
Pada 26 Febuari yang lepas GERAK telah membuat satu
siding media mendedahkan surat yang mengandungi
makluman mengenai salah laku jenayah Ketua Pengarah
Badan Pencegah Rasuah(BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat
Noor. Kes ini penting kerana apa yang berlaku
mengakibatkan rakyat (termasuk dunia) tidak lagi
mempercayai kredibiliti badan penguatkuasa
terpenting Negara. Jika ini benar berlaku maka ia
juga ada kaitanya dengan kegagalan BPR bertindak
terhadap perbagai laporan dan bukti mengenai rasuah
besar khususnya melibatkan kelompok elit politik
yang berkuasa.
Perbagai pihak telah memberikan respon terhadap
perkembangan itu. Antaranya ialah desakan agar Ketua
Pengarah BPR itu segera di pecat atau sekurang
kurangnya digantung tugas.
GERAK dengan ini ingin menarik perhatian semua
terhadap persoalan pokok dalam isu ini, iaitu bidang
kuasa dan proses lantikan pegawai kanan BPR itu
sendiri.
GERAK dengan ini menegaskan bahawa ini merupakan
masa yang sesuai jika benar Perdana Menteri jujur
dengan kempen perang rasuahnya maka bebaskan BPR
dari kuasa Perdana Menteri dan letakkanya di bawah
parlimen ini menjadi lebih penting setelah orang
sekeliling Perdana Menteri malah Perdana Menteri
sendiri mempunyai banyak keraguan mengenai rasuah
dan salah guna kuasa. Banyak laporan terhadap
Perdana Menteri dan Keluarganya gagal diambil
tindakan oleh BPR yang kini dibawah Ketua
Pengarahnya yang amat di ragui kredibilitinya dan
dilantik oleh Perdana Menteri sendiri. Malah Perdana
Menteri telah menyambung lagi perkhidmatan Zulkifli
walaupun terdapat aduan rasmi ke atasnya.
Pendedahan ini tidak boleh di siasat menggunakan
prosedur biasa berdasarkan surat tersebut Perdana
Menteri dan perbagai pihak bertanggung jawab telah
menngetahui perkara tersebut tetapi terus
mendiamkanya sehinggalah perkara itu didedahkan
GERAK. Malah saya sendiri telah menghantar semua
salinan bukti kepada Pejabat Perdana Menteri secara
serahan tangan dan memberikan masa secukupnya untuk
Perdana Menteri Memberikan respon sebelum GERAK
mendedahkan kepada media tetapi jelas tidak
dipedulikan oleh Perdana Menteri.
Satu Suruhanjaya di Raja juga perlu diwujudkan
segera untuk menyiasat kes ini dan perbagai kes
rasuah yang turut di senyapkan oleh Pengarah BPR
yang amat diragui kredibilitinya.
Mengenai kenyataan Ketua Polis Negara yang mengesa
penulis surat yang didedahkan itu agar tampil, GERAK
berpendapat Ketua Polis Negara cuba membeli masa dan
berharap agar kes ini cepat ˇ°sejukˇ± dan dilupakan
oleh rakyat. Bukanlah sukar bagi polis untuk mencari
bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut jika mereka
benar – benar mahu mencari kebenaran.
Akhirnya GERAK dengan ini mencabar Perdana Menteri
Malaysia jika berani dan benar – benar jujur dalam
kempen perang rasuahnya maka inilah masa terbaik
untuk tampil ke parlimen untuk meminda undang –
undang berkaitan dan meletakkan BPR terus di bawah
kuasa parlimen.
Pendedahan ini juga akan disebarkan kepada jaringan
pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan di seluruh
dunia.
Gerak akan menghantar memorandum kepada Perdana
Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua
Pengarah Badan Pecegah Rasuah (BPR), Dato' Seri
Zulkipli Mat Noor berhubung penyalahgunaan rasuah.
Memorandum itu akan diserahkan oleh Mohamad Ezamm
Pengerusi GERAK sendiri pada 6 Mac dan satu
perarakan dari Pejabat BPR jam 11 pagi dan berarak
ke pejabat Perdana Menteri .
"rakyat bangkit melawan rasuah"
Badrul Hisham Shaharin
Executive Co ordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies
Songkonghoe University, 1-1 Hang-Dong, Guro-Gu,
Seoul
152-716 South Korea
che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404
|