|
KENYATAAN MEDIA
11 JANUARI 2006
TINDAKAN BOIKOT PILIHANRAYA HARUS
DI PANDANG SERIUS
Gerakan Demokrasi Dan Anti Korupsi (GERAK)
memandang serius terhadap tindakan boikot
Pilihanraya yang di umumkan oleh Barisan Alternatif
(BA) semalam.
Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden
PAS mewakili gabungan BA telah mengumumkan tindakan
memboikot Pilihanraya Kecil Batu Talam 2007 kerana
tidak mempercayai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
mampu menjamin sebuah pilihanraya yang adil pada 10
Januari di Batu Talam sendiri dengan dihadiri 2000
orang termasuk Tuan Guru Datuk Seri Hj Hadi Awang
dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
GERAK menghormati tindakan memulaukan
pilihanraya ini oleh pakatan BA ini dan melihatnya
dari aspek positif. Sebagai sebuah gerakan siasah
seharusnya tidak berkisar hanya memasuki pilihanraya
untuk mengambil kuasa tetapi seharusnya lebih
menumpukan kepada usaha memastikan demokrasi dan hak
rakyat terjamin.
Pilihan raya bersih dan bebas
merupakan satu asas utama dalam sebuah demokrasi
yang sihat dan wibawa. Sistem pilihan raya adalah
mekanisme penting untuk memberikan keabsahan dan
mandat kepada kerajaan yang memerintah.
GERAK mengajak seluruh rakyat
khususnya institusi kerajaan seperti SPR melihat
perkembangan ini dengan serius.
Siri pendedahan penipuan dan
penyelewengan dalam pilihanraya negara ini telah
banyak dibuat oleh perbagai pihak namum ia hanya
dipandang sepi oleh kerajaan mahupun SPR sendiri.
Pemulauan Pilihanraya Kecil Batu Talam ini perlu
dilihat sebagai merupakan kemuncak menifestasi
ketidak percayaan rakyat terhadap perjalanan
pilihanraya khasnya dan sistem demokrasi di Malaysia
amnya.
GERAK menggesa SPR melihat ini sebagai satu peluang
untuk bangkit keluar dari kepompong kepungan parti
pemerintah. SPR harus di reformasi jika tidak mahu
hanya di lihat menjadi kuda tunggangan parti
pemerintah.
GERAK juga akan menghantar laporan
mengenai perkembangan ini kepada teman teman
pertubuhan pro demokrasi seluruh dunia untuk
memperhebatkan tekanan ke arah memberikan nyawa
kepada demokrasi dalam negara ini. Kempen dan
tekanan dalam negeri juga akan di pertingkatkan
Semua pihak harus bekerjasama untuk
memperbaiki keadaan ini segara kerana impaknya
negara akan diberikan persepsi yang negetif lantas
memberikan kesan kepada kenyakinan pelabur untuk
melabur dalam negara yang demokrasinya mati.
demokrasi asas pembinaan negara dan
hak asasi manusia
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Ko ordinator GERAK
0176688404
|