|
Kenyataan GERAK
28 Januari 2007
SPR DAN RAKYAT HARUS MEMBERI PERHATIAN TERHADAP
KEPUTUSAN PILIHANRAYA BATU TALAM.
Jam 8.17 malam semalam (27 Januari
2007) SPR telah mengumumkan keputusan Pilihanraya
Kecil Batu Talam 2007. Seperti yang dijangkakan
Calon dari Barisan Nasional (BN) telah memenangi
pilihanraya tersebut. Berikut ialah keputusan
penuhnya :
Pilihanraya ini menjadi perhatian apabila pakatan
parti politik (PAS / keADILan) dan pertubuhan bukan
kerajaan yang bergabung di bawah nama BERSIH
mengisytiharkan boikot terhadap pilihanraya itu.
Tindakan boikot diambil kerana Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia telah didapati gagal mengadakan
sebuah pilihanraya yang adil.
GERAK juga antara organisasi masa
yang mendokong tindakan boikot tersebut. Kesempatan
pilihanraya kecil ini telah digunakan oleh BERSIH
untuk mempertingkatkan kempen kesedaran kepada orang
ramai dan tekanan terhadap SPR. Namum kelihatan SPR
begitu angkuh memperlekehkan usaha BERSIH menuntut
pilihanraya yang adil. Malah kejadian rasuah dan
salahguna instrumen kerajaan semakin menjadi jadi
dalam pilihanraya kecil itu. Menteri menteri turun
berkempen bagi pihak BN tetapi telah menggunakan
kemudahan kerajaan. Malah berdasarkan sumber yang
diyakini Menteri turut membuat tuntutan atas alasan
tugasan rasmi tetapi turun berkempen membantu calon
BN.
BN dan SPR di lihat bersungguh
sungguh untuk membuktikan bahawa rakyat menolak
usaha pemboikotan BERSIH. Malangnya keputusan penuh
semalam seharusnya dipandang serius oleh SPR kerana
ia menggambarkan ketidak percayaan orang ramai
terhadap institusi itu mula terserlah dan dalam
jangka masa sederhana ia mampu memberi kesan
terhadap demokrasi dalam negara.
Pilihanraya semalam menyaksikan penurunan peratusan
pengundian hanya 7,131 pengundi atau 67.32 peratus
keluar mengundi. Peratusan keluar mengundi itu
merosot berbanding pilihan raya umum 2004 lalu iaitu
76.59 peratus atau 10,866 pengundi.
Manala berdasarkan statistik di
kebanyakan pusat mengundi kekurangan itu amat
terserlah dikalangan pengundi muda manakala jumlah
pengundi warga emas telah meningkat sedikit.
Contohnya, bagi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan
Kuala Atok, pada umumnya, bilangan keluar mengundi
di saluran satu yang dikhususkan untuk golongan
warga emas mencatat jumlah 80.29 peratus.
Peningkatan jumlah pengundi warga emas tidak
dihairankan kerana sejumlah wang yang banyak
dipercayai digunakan untuk tujuan mengangkut
pengundi warga emas ini dari kediaman mereka ke
pusat pengundian, tetapi perlu diberikan perhatian
ialah keengganan pengundi muda untuk keluar mengundi
amat ketara.
Jumlah 385 undi rosak yang tinggi
juga perlu dilihat sebagai respon pengundi terhadap
isu utama pilihanraya kali ini iaitu SPR gagal
mengadakan pilihanraya yang adil.
GERAK sekali lagi mengulang desak
tuntutan jangka pendek ke arah pilihanraya yang
bersih iaitu SPR harus bersihkan senarai pemilih,
gunakan pencelup dakwat di jari pengundi yang sudah
mengundi dan menghapuskan undi pos bagi mereka yang
duduk di kem atau balai polis.
GERAK akan terus mendokong semua
usaha dari mana mana pihak ke arah menjamin hak
demokrasi dalam negara Malaysia. Analisis keputusan
pilihanraya dan laporan usaha pemboikotan ini akan
GERAK hantar kepada semua jaringan
pertubuhan luar negara untuk menarik perhatian dunia.
Kempen kesedaran dan tekanan dalam negara juga akan
diteruskan.
rasuah musuh nombor 1 negara
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Ko ordinator GERAK
0176688404
che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404 |