BALIK KE MUKA UTAMA


Subject: GERAK AJAK rakyat tumpu agenda perubahan negara.
Date: Tue 06/27/06 06:55 AM
27 Jun 2006

Kenyataan Media

GERAK AJAK rakyat tumpu agenda perubahan negara.
 

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) menyeru rakyat dan setiap institusi masyarakat terutamanya kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti parti politik yang mempunyai cita cita melakukan agenda perubahan untuk memberikan tumpuan terhadap agenda perubahan di negara ini.
 

GERAK memandang berat kecenderungan memberi tumpuan berlebihan terhadap isu-isu yang di bangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tumpan berlebihan ini dikhuatiri akan menarik perhatian dari tumpuan untuk melakukan perubahan membina Malaysia yang mampu bersaing di dalam persaingan antarabangsa yang semakin getir.GERAK menghormati hak dan kebebasan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersuara tetapi tumpuan kita seharusnya pada persoalan asas negara yang lebih penting dan mendesak.
 

Pada pandangan GERAK persoalan pengukuhan institusi pelaksana hukum seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Institusi Kehakiman merupakan perkara yang lebih utama untuk diberikan penumpuan pada masa ini.
Membina Institusi Kehakiman yang di hormati oleh masyarakat adalah jauh lebih penting dari agenda membina jambatan menggantikan Tambak Johor.
 

Kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berhubung surat layang mengenai rasuah di dalam Institusi Kehakiman dan pengakuan Dato Syed Ahmad Aidid atas surat layang (surat terbuka) oleh beliau yang mendedahkan keterlibatan sejumlah besar hakim dengan salah guna kuasa seharusnya dilihat serius dan menjadi keutamaan kita sebagai rakyat sekiranya kita benar benar ikhlas mahukan perubahan.
 

GERAK akan mendokong sebarang usaha di dalam negara ini termasuk di pihak kerajaan pimpinan Dato Seri Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk melakukan perubahan ke arah mengangkat martabat institusi pelaksana hukum khususnya Institusi Kehakiman dan BPR.

Pada 23 Jun, GERAK telah mengambil inisiatif melaporkan secara rasmi isu rasuah di kalangan hakim kepada BPR dalam usaha membantu kerajaan mengambil langkah perlu menyelamatkan negara ini daripada suasana institusi kehakiman yang lemah dan dicurigai oleh masyarakat dalam dan luar negara.
 

GERAK mengajak semua rakyat di negara ini termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri untuk memainkan peranan positif melakukan agenda perubahan bagi negara ini yang amat memerlukan lonjakan perubahan untuk terus kekal bersaing di arena antarabangsa


RASUAH MUSUH NOMBOR 1 NEGARA

MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Pengerusi


 

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762