BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Kenyataan Media GERAK
26 Januari 2007


GERAK DESAK PENJELASAN SEGERA PEGUAM NEGARA DAN PDRM


Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi memandang serius keputusan kes yang membebaskan kesemua tertuduh yang melibatkan pembunuhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan, Mohd. Hosni Fadzli Mohd. Amin, 21, pada tahun 2003.
 

Datuk V. T. Singham, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh semalam dalam penghakimannya menyatakan terdapat banyak persoalan yang timbul jika meneliti laporan proses penyiasatan polis.
Dalam alasan penghakimannya bagi membebaskan ?Man Datuk? dan empat rakannya, Hakim Singham antara lain mempersoalkan:
 

* Mengapakah pihak polis mengambil masa hingga enam hari untuk ke lokasi kejadian bagi melakukan ujian forensik?
 

* Proses bedah siasat ke atas mangsa bunuh hanya dilakukan oleh seorang pembantu hospital dan bukan pakar patologi.
 

* Pendakwa enggan menyatakan nama seorang lagi suspek yang masih bebas dalam kertas pertuduhan sedangkan lelaki itu disyaki suspek utama kes pembunuhan itu.
 

* Timbul keraguan ujian profil DNA yang dibuat oleh pakar forensik yang baru lima bulan pulang dari Australia dan ia merupakan kes pertama yang dianalisis oleh beliau.
 

* Analisis DNA yang dibuat melalui komputer meragukan sama ada ia dibuat oleh pakar itu sendiri atau pembantunya.
 

* Keputusan DNA tidak membantu pendakwaan kes itu berikutan keterangan perubatan dibuat secara terbuka.
 

* Banyak barang kes di tempat kejadian pembunuhan tidak diambil dan disiasat oleh polis sedangkan ia boleh menjadi bahan bukti.
 

Dalam kesimpulan penghakimannya, Datuk VT Singham turut menyifatkan kes ini merupakan kes paling cuai yang dikendalikan oleh Peguam Negara.
 

Atas faktor yang disebut di atas dan melihat seorang tertuduh Azman Datuk Ismail (anak bekas Datuk Bandar Ipoh), Peguam Negara dan PDRM tidak boleh mengelak dari persepsi orang ramai mengenai kemungkinan kecuaian yang terjadi dalam proses pendakwaan itu disengajakan.
 

GERAK kesal dengan perkembangan ini. Peguam Negara dan PDRM seharusnya memberikan penjelasan teliti bagaimana ?kecuaian? ini boleh berlaku. Dan jika ?kecuaian? ini disengajakan kerana pengaruh dan salahguna kuasa (korupsi) ia amat serius kerana ia turut melibatkan nyawa remaja yang berumur 21 tahun yang terbunuh dalam kejadian pada tahun 2003 itu.
 

Penjelasan teliti ini amat perlu di buat kerana kes ini bakal menguatkan lagi kadar ketidak kepercayaan orang ramai kepada institusi penting dalam sistem perundangan negara.
Sekian.
 

BADRUL HISHAM SHAHARIN
eksekutif ko ordinator GERAK


che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762