![]() |
|
|
Pengelola Generasi Mahathir agak tertarik laporan sokongan yang diberi oleh EXCO Pemuda Parti Rakyat Malaysia En Khairil Anuar dalam penyataan sokongan terhadap isu - isu yang dibawa oleh Mahathir. Baca laporan umno-reform.com klik sini. Generasi Mahathir turut menyatakan bahawa ada kepimpinan akar umbi Pemuda Keadilan turut menyatakan sokongan terhadap langkah - langkah yang dibuat oleh Dr Mahathir bagi menjelaskan kepincangan - kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran yang sedia ada. Mereka menghubungi kami dalam menyatakan sokongan dan menawarkan perkhidmatan mereka sekiranya diperlukan. Ini adalah sesuatu yang positif. Isu ini melangkaui batasan kepartian - mementingkan agenda yang lebih besar dalam menyelamatkan negara ini dari terus dijual oleh mereka yang gagal memikirkan secara mutlak kepentingan negara. Web Generasi Mahathir dibentuk untuk menjadi media utama saluran aktiviti - aktiviti penerangan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. |
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|