|
Gerakan Anti Najib
Johor sedang dilanda krisis yang serius. Tetapi
pihak media telah diberitahu untuk tidak
menyerlahkan masalah itu. Johor sedang menanggung
banjir besar yang paling dahsyat dalam masa 100
tahun dan inilah kali kedua ia berlaku dalam tempoh
masa beberapa minggu.
Dalam pusingan pertama akhir tahun dulu, perdana
menteri telah berada di Perth merasmikan pembukaan
restoren NASI KANDAR milik adiknya. Hari ini, beliau
bersama timbalannya masih ada di seberang laut
menyelesaikan beberapa ‘urusan peribadi’ sedangkan
orang Johor, daripada negeri yang selama ini
dikenali sebagai kubu kuat UMNO, sedang bergelut
dengan keperitan hidup yang melanda.
Sepatutnya sudah diisytiharkan bencana negara,
tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana ia
memberi gambaran bahawa keadaan memang serius dan
sudah tidak terkawal. Kerana itulah, negara mesti
tidak memberikan gambaran buruk semacam itu.
Ketua jawatankuasa bencana negara kini sedang berada
di London. Dia berada di sana kerana cuba menemui
Tun Dr. Mahathir yang enggan menemuinya. Dia mahukan
Najib Tun Razak yang juga menjadi ketua
jawatankuassa bencana negara pulang ke Malaysia dan
mula berusaha menyelamatkan nyawa di Johor.
Rakyat sudah diberi amaran tidak meredah air banjir
kerana takutkan terkena penyakit berwabak dan
pelbagai penyakit berbahaya yang disebabkan bangkai
hanyut, termasuk lebih kritis lagi bangkai tikus.
Tetapi bagaimana melaksakannya sedangkan air bah itu
hampir menghacupkan bumbung rumah? Mengelak meredah
air banjir di Johor adalah lebih sulit dari
mengelakkan kematian dan cukai. Kita tahu kematian
dan cukai memang tidak boleh dielakkan.
Kini mereka becakap mahu menghantar pelatih PLKN ke
Johor untuk membantu mangsa banjir? Kenapa pelatih
PLKN? Mereka hanya budak sekolah. Apakah mereka
sudah terlatih mengenai hal ehwal kecemasan dan
bencana negara? Kenapa tidak dikerahkan tentera,
polis anti rusuhan, polis hutan, ataupun apa juga
kumpulan lelaki yang sudah terlatih dan memang
dibayar gaji untuk mengambil risiko terhadap nyawa
mereka? Kenapa dihantar budak sekolah kalau ia
berkemungkinan berakhir dengan kematian mereka?
Apakah kerana budak-budak sekolah itu tidak berharga
sedangkan pegawai beruniform perlu dibayar dan
kerajaan sudah pun menyekat bayaran overtaim dan
elaun keluar stesen?
Sememangnya ada bisik-bisik mengatakan pegawai
kerajaan sudah diberitahu untuk mengurangkan
perjalanan keluar kerana kerajaan tidak lagi
mempunyai wang secukupnya membayar mereka kerana
tambahan kos ini. Kalau terpaksa juga kakitangan
membuat pejalanan keluar itu ataupun tidak boleh
dielakkan lagi, mereka perlu membayar sendiri kos
berbangikit daripada saku mereka dulu dan buat
tuntutan apabila mereka pulang ke pejabat. Tetapi
bukan banyak pegawai kerajaan yang sanggup mengikuti
peraturan ini kerana mereka akan menerima balik
tutntutan itu beberapa bulan kemudiannya.
Ada seorang pegwai kerajaan yang sudah pencen
memberitahu saya betapa cek pencen dia sudah
melantun. Saya ketawa bila dia beritahu perkaa ini.
Bagaimana mungkin cek pencen melambung? Bukankah itu
cek Bank Negara? Takkan cek Bank Negara pun boleh
melantun? Dia pun mengeluarkan cek itu dari sakunya
dan tayangkan di depan muka saya. Aduhai! Dia bukan
melawak rupanya. Apakah teruk sangat keadaan kita?
Takkan ktia sudah jatuh muflis?
“Semua ini adalah kerana Mahathir,” kata kawan saya
yang sudah pencen itu dengan geramnya. “Dia dah
habiskan semua duit kita dan serahkan negara ini
kepada Paklah apabila dia sedar negara sudah muflis.
Kamu fikir kenapakah Mahahtir berundur dan serahkan
negara ini kepada Paklah? Kerana dia sedar kita
sudah tidak berduit.”
”Saya mahu bersara pada 1997,” kata Tun Dr.
Mahathir. “Tetapi kerana kerisis kewangan, saya
teruskan juga. Saya tidak mahu serahkan negara ini
dalam krisis kepada pengganti saya. Saya tunggu
untuk enam tahun menyelesaikan masalah. Kemudian,
apabila negara ini sudah O.K semula, saya bersara
dan serahkan negara kepada Paklah.”
”Saya sudah pastikan negara mempunyai wang sebelum
saya serahkan kepada Paklah,” hujah Tun Dr.
Mahathir. “Kalau tidak kerana krisis 1997, saya
sudah pasti bersara paling lewat pada 1998. Teapi
saya tidak boleh buat begitu kerana saya akan
menyerahkan negara yang sedang bermasalah kepada
pengganti saya. Dan kalaulah Anwwr tidak terlibat
dengan skandal seks sudah tentu dia menjadi Perdana
Menteri selepas saya. Sebaliknya saya terpaksa
memecat Anwar dan melantik Paklah sebagai Perdana
Menteri.”
Bagaimana pun, kini Najib berada di London dan
sedang cuba menemui Tun Dr. Mahathir tetapi panglima
perang UMNO yang masih perkasa tiu enggan bertemu
Timbalan Perdana Menteri itu. Sebab musabab Dr.
Mahathir enggan berjumpa Najib bukanlah penting
sangat seperti kenapa Najib terdesak sangat mahu
bertemu Mahathir. Inilah soalan yang lebih penting.
Soalannya amat mudah tetapi jawapannya tidak begitu,
pula.
Mengikut getaran cerita di peringkat akar umbi,
sudah wujud kini satu gerakan yang diberi nama
Gerakan Anti-Najib ataupun GAN. Missi dan wawasan
GAN ialah menentukan penyingkiran Najib supaya
seorang timbalan Perdna Menteri baru boleh
diletakkan di tempat beliau. Mengiktu seorang
Menteri Besar yangmengirimkan sms beliau kepada
saya, beberap ahari yang lalu, Anwar Ibrahim
sudahpun memihak kepada anak menantu Perdan Menteri
Khairy Jamaluddin dan adalah merupakan sebahagian
“pasukan” yang akan bergerak menjatuhkan Najib. Saya
menjawab “Tidak mungkin” dan dia membalas, “Kalau
kamu yang sepatutnya mengenali Anwar lebih mesra
boleh berkata begitu, bererti perkara itu adalah
satu berita palsu.”
Satu hari kemudiannya, Anwar telah mengadakan satu
sidang akhbar di rumahnya di Bukit Damansara dan
mendesak kerajaan untuk meluaskan siasatan terhadap
pembunuhan model Mongolia. Anwar juga mendesak agar
Najib membersihkan namanya kerana ada desas-desus
membabitkan Najib dalam pembunuhan itu. Wau!!!
Inilah yang mengejutkan saya dan kalau diambil kira
saya ini adalah personliti yang paling kontroversi
adalah sukar untuk mengejutkan saya. Apakah ini
secara kebetulan? hanya sehari sebelum itu seorang
yang tinggi pangkatnya dalam tangga heraki UMNO
memberitahu saya wujudnya pakatan Anwar dan Khairy
untuk menggulingkan Najib. Memang berita angin amat
hebat di Malaysia dan saya menghadapi kesukaran
membezakan mana satu antara beras dan dedaknya. Kini
saya sudah tidak pasti lagi, walaupun saya masih
mempunyai fikiran terbuka akan perkara ini sehingga
saya dapat memilikki bukti yang meyakinkan.
Demikianlah keadaannya sehingga semalam. Tetapi hari
ini saya diberitahu bahawa Najib berada di London
dan sedang cuba bertemu Tun Dr. Mahathir. Hmmmmm,,,
apakah ini satu bahan bukti yang boleh diyakini
juga?
Mengikut ceria salah seorang khadam Najib, GAN
ataupun Gerakan Anti-Najib tidak pernah wujud.
Kalaupun ada gerakan yang serius mahu menggulingkan
Najib ia tidaklah sampai begitu sehingga boleh
berjaya mengaitkan Najib kepada kematian model
Mongolia. Adauhai…….saya fikir ini memang cerita
hebat. Nampaknya saya pun tidak mampu capai ke tahap
cerita dongeng semacam ini. Apakah betul cerita ini?
Mungkin juga kita perlu tanya kenapakah Tun Dr.
Mahathir engan bertemu Najib. Mungkin ini tidak
sepenting yang kita mula-mula fikirkan. Apakah
kerana Tun Mahathir betul-betul kecewa dengan Najib
makanya Najib berada di London untuk bertemu beliau
sedangkan dia sepatutnya berada di tanahair
mengkordinasikan kerja-kerja membantu mangsa banjir
di Johor? Ataupun apakah Tun Dr. Mahathri sudah
sedar bahawa Najib sudah habis sekarang ini, dan
hanya dianggap sebagai mayat berjalan sahaja? .
Najib dijangka pulang pada hari Rabu ini dan Tun
Mahthir akan pulang pada Jumaat depan. Jika demikian
kenapa tidak ditunggu hanya beberapa hari sahaja
lagi untuk mengetahui cerita yang sebenarnnya. Untuk
sementara waktu kita boleh bertahan lagi dengan
segala desas-desus dan beria angin yang terus
berputar setiap hari.
”Apakah anda tahu bahawa Najib adalah orang yang
menyokong Malaysia Today,” tanya seorang wartawan
kepada saya. Mereka berkata bahawa Najib membiayai
Malaysia Today.”
“Najib? Kenapa Najib?” tanya saya.
“Sebabnya ialah Malaysia Today kelihatan berlembut
dengan Najib. Anda tidak pernah hentam Najib seperti
anda menghentam orang lain?”
“Tetapi, apakah dia yang hendak dihentam? Apakah
yang anda mahu saya katakan tentang Najib?”
’Najib mempunyai begitu banyak skandal dan Malaysia
Today sengaja tidak mahu menyebutnya, walaupun
satu.”
“Skandal apa yang anda maksudkan? Adakah anda
maksudkan kisah beliau ditangkap basah dengan
seorana penyanyi di satu bilik hotel di Port
Dickson? Adakah kamu maksudkan pembelian kapalselam
dan Sukhoi? Mana satu yang kamu maksudkan?”
”Mungkin juga semua itu.”
”Baiklah… Malaysia Today mempunyai urusan menyiarkan
kisah yang belum diberitahu oleh sesiapa. Kami
membincagkan kisah yang orang lain beliu lagi tahu.
Semua orang tahu akan kes Port Dickson, kisah kapal
selam, Sukhoi dan semua itu. Apa yang perlu kamu
buat ialah naik teksi dan minta pemandu teksi
menceritakan segala skandal itu. Begitu banyak laman
web yang menyiarkan segala skandal itu. Semua itu
kisah lama. Cuba beritahu saya cerita baru yang
orang lain belum tahu. Barulah Malaysia Today
siarkan. Ada berita baru untuk saya?”
Wartawan itu terdiam. Jelas apa yang orang ini mahu
ialah saya mula menghentam Najib. Takkan saya hentam
Najib hanya kerana suka-suka buat begitu. Itu
bukannya cara Malaysia Today beroperasi. Kita tidak
membunuh orang hanya untuk menjatuhkan mereka.
Bisnes kami ialah menceritakan kisah yang belum
diketahui. Kalau kisah itu adalah mengenai sesuatu
yang seluruh dunia sudah tahu, jangan buang masa
memberiahu kami. Itu bukan cara Malaysia Today. Jadi
kalau kamu mahu saya tulis tentang Najib, berilah
saya satu berita yang baru.”
Malah, memang ramai orang yang belum kena hentam
oleh Malaysia Today. Sedangkan ramai orang ini
memang patut sudah lama dihentam. Akan tetapi kisah
orang-orang ini sudah diketahui umum sebab itu
mereka tidak menjadi ancaman serius kepada masa
depan negara ini. Saya tidak kiralah siapa yang liar
dan tidak tahu menyimpan burung mereka dalam
sangkar. Tetapi kalau tindakan mereka adalah satu
ancaman kepada negara ini, Malaysia Today akan
bertindak dengan pantas.
Mereka yang berada di peringkat teratas UMNO sudah
berkata hanya masa menentukan bila Najib akan
berundur daripada jawatannya. Mengikut orang-orang
ini, tekanan keatas Najib begitu hebat dan memng dia
tidak ada jalan lain untuk bertahan. Memanglah dia
boleh mengikut cara Anwar pada 1998 dulu, yang
berdegil tidak mahu melepsaskna jawatannya. Dia pun
akan menemui nasib malang seperti yang dihadapi oleh
Anwar Ibrahim. Kedegilan Anwar telah disambut dengan
harga yang paling mahal. Najib juga akan berdepan
dengan harga yang mahal semacam itu. Kalau dia terus
berdegil.
Cara yang paling selamat ialah untuk Najib
melepaskan jawatan. Ini bererti dia tidak akan
menjadi perdana menteri. Ini juga bererti dia tidak
akan menghadapi risiko disumbat dalam penjara Sungai
Buluh untuk mengongsi bilak bersebelahan dengan
orang tangan kirinya, Abdul Razak Baginda.
Aduhaiiiii nasib baik saya tidak bermain dengan
politik. |